Tempat Menarik di Kuala Kangsar, Perak: Bandar Diraja

Kalau korang tengah cari destinasi yang tenang, penuh sejarah dan aesthetic untuk content, Kuala Kangsar memang sangat berbaloi. Bandar diraja Perak ni bukan sekadar tempat persinggahan tapi ada banyak spot cantik, cerita lama, dan vibe klasik Melayu yang susah jumpa di tempat lain.

Jom explore tempat menarik di Kuala Kangsar, Perak yang wajib masuk itinerary 

Masjid Ubudiah

Tempat Menarik Kuala Kangsar

Kalau sebut Kuala Kangsar, memang tak boleh skip Masjid Ubudiah. Masjid ni terkenal dengan kubah emas yang sangat striking dari jauh pun dah nampak. Dibina pada tahun 1913 oleh Sultan Idris Murshidul Adzam Shah dengan bentuk diinspirasikan daripada seni bina Indo-Saracenic (gabungan Islam + kolonial)

Istana Kenangan 

Istana ni antara bangunan paling unik kat Malaysia. Kalau dilihat dari ruang udara, ia menyerupai pedang. Dibina pada tahun 1926 sebagai istana sementara Sultan Iskandar Shah, struktur diperbuat sepenuhnya daripada kayu tanpa menggunakan paku dan kini dijadikan Muzium Diraja Perak. Korang dapat tengok dengan lebih dekat, perabot, pinggan mangkuk dan pelbagai lagi yang masih utuh juga dijaga rapi. 

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 4.30 petang (Setiap Hari) 

Jambatan Victoria 

Tempat Menarik Kuala Kangsar

Jambatan ni antara jambatan kereta api tertua di Malaysia, dibina pada tahun 1987 sejak zaman penjajah British. Sekarang, ia tidak lagi digunakan tetapi masih berdiri kukuh. Korang boleh datang tangkap gambar, sambil menikmati keindahan sungai perak. 

Kampung Warisan Budaya 

Kalau korang nak rasa “real kampung vibe” tanpa perlu balik kampung sendiri, singgah ke sini. Terletak bersebelahan Victoria Bridge je! Tempat ni mengumpulkan hampir seluruh rumah traditional melayu asli dari serata negeri di Malaysia. Korang dapat belajar perbezaan setiap rumah, aktiviti yang dilakukan dan bermacam lagi. 

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Setiap Hari) 

Labu Sayong @ Win Kraft 

Kalau pergi Kuala Kangsar tapi tak singgah tengok Labu Sayong, memang macam tak lengkap trip tu. Win Kraft Labu Sayong adalah salah satu workshop yang masih aktif hasilkan kraftangan tradisional ni. Korang boleh tengok proses pembuatan secara live, kalau ada peluang boleh cuba buat dan beli sebab banyak design. Kalau bawa mak korang, mesti penut bonet kereta di borong. 

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 7.00 malam (Setiap Hari) 

Lepak Kampung Talang 

Mesti tak sangkakan dalam kampung tapi ada tempat lepak yang chill macam ni! Rasa macam makan dekat kedai pak jabit, dengan stall yang dihias ala vibes kampung + asthetic. Makanan pun ada banyak, seperti sate, nasi lemak, roti kukus dan bermacma lagi. 

Waktu Operasi: 6.00 petang – 12.00 malam (Tutup Isnin & Selasa) 

Rumah Makan Rendang Tok Yeop

Kalau korang sampai Kuala Kangsar dan craving makanan kampung yang betul-betul ada rasa, singgah sini! Paling famous ‘Rendang Tok’, siap korang boleh tengok live cooking session, ada juga terdapat pelbagai menu pilihan. Selain itu, Korang boleh bergambar di setiap sudut rumah. Memang mengamit memori semua barang dalam ni old school tau. 

Waktu Operasi: 9.00 pagi – 5.00 petang (Tutup Rabu) 

Kenapa Kuala Kangsar Berbaloi Masuk Bucket List?

Kuala Kangsar bukan hanya destinasi tapi ada vibe klasik, spot asthetic, suasana tenang (tak sesak) dan penuh dengan sejarah yang menarik.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *