Cottage Homes PD – nikmati homestay ‘English Style’ di Port Dickson

Buat mereka yang ingin bercuti ke Port Dickson & mahukan kelainan, kali ini Team Kaki Travel nak suggestkan korang untuk menginap di kawasan yang serba fancy & colorful! Kalau korang nak merasa percutian seperti di Desa ala-ala Inggeris, jom menginap di Cottage Homes PD.

Cottage Homes PD mula dibuka pada November 2018. Ianya berlokasi di Kg. Sawah Sunggala Port Dickson, Negeri Sembilan. Jaraknya nak ke Teluk Kemang cuma 7 minit sahaja. Berkonsepkan Cottage kedesaan Inggeris, homestay ini pasti menawan hati korang sebab terlalu cute & menarik. Tempat ini sesuai sangat untuk buat family gathering, reunion & bachelorette party beb!

Untuk pengetahuan korang, terdapat 2 jenis rumah yang ditawarkan iaitu Mini Bungalow & Studio Suites. Menariknya disini, setiap rumah mempunyai warna & nama yang berbeza!


  • Mini Bungalow

Bagi Mini bungalow, ianya terbahagi kepada 2 jenis warna iaitu:
– Daisy Cottage (Pink)
– Bluebell Cottage (Blue)


Fasiliti:
> 6-7 pax
> 3 Bilik tidur berhawa dingin & kipas
> 2 katil (Queen) & 1 katil (single)
> 2 Bilik Air (1 bilik air dalam bilik utama)
> Ruang tamu berhawa dingin & kipas
> Balkoni dilengkapi kipas & tempat istirehat
> Tv saluran njoi
> Pemanas air / water heater (bilik utama sahaja)
> Pengering rambut
> Seterika & papan penggosok
> Sejadah

Harga 1 malam:
Weekend – RM 480
Weekday – RM 350


  • Studio Suites

Studio Suites juga terbahagi kepada 2 jenis warna iaitu:
– Lavender Cottage (Purple)
– Sunflower Cottage (Yellow)

Fasiliti:
> 2 pax
> Bilik berhawa dingin & kipas
> 1 katil (Queen)
> 1 bilik air
> Pantry
> Balkoni dilengkapi kipas & tempat istirehat
> Tv saluran njoi
> Peti sejuk mini
> Pemanas air
> Sejadah

Harga 1 malam:
Weekend – RM 200
Weekday – RM 180

Kalau korang rasa malas nak mandi laut tu, haa bolehlah terjun dalam swimming pool ni! Kolam renang yang berkeluasan 30×10 kaki ini terbuka kepada setiap pengunjung yang stay di Cottage Homes PD tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak.

Jangan lepaskan peluang korang untuk bersantai sambil bergambar di buaian & gazebo yang berkonsepkan English style ini. Sesekali fefeling macam ada kat oversea pun best jugak!

Cottage Homes PD turut menyediakan ruangan & alatan untuk korang buat BBQ. So, kalau nak bercuti ke sini bolehlah plan dengan family atau member korang untuk bawa sekali bahan-bahan untuk ber-BBQ ya!

Lawa kan tempat ni? Haa tunggu apa lagi, tag abang akak adik & member korang untuk ajak bercuti ke sini!Untuk maklumat lanjut, korang boleh usha di FB Cottage Homes PD . Boleh hubungi terus dengan pihak homestay di 011-11495235 untuk tempahan

Jom tengok video pasal tempat nie

Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan info yang superb Awesome!

You may also like...

18 Responses

  1. Munirah says:

    Tarikh 31hb & 1 hb maah kosong ke??

  2. Zalila says:

    Studio suites utk 31/8/19 (sabtu) masih available ker?

  3. Siti says:

    Tarikh 31hb ade kosong lg ke

  4. Suhaila says:

    31hb n 1hb ada kosong x?

  5. Rozita says:

    5-6 oktober 2019 masih ada kosong lagi tak? Klu boleh nak mini bungalow. Pls reply me wassap 0133485366 (Pn Ita). TQ

  6. Wilson Goh says:

    Hihi. Ada tak kosong pada 30 Dec 2019 sampai 1 Jan 2020? For 14 adult and 2 baby.

  7. Sara says:

    27th – 28th October boleh dapat?

  8. Ladygojes says:

    Macam mana nk booking

  9. Nur Hidayu says:

    9/11/2019 – 10/11/2019 masih ada kekosong lagi ke?

  10. Sheila says:

    14hb dan 15hb /12 /19.. Masih ada kosong tak…

  11. Avery says:

    Can I held a garden wedding there for my whole family ? How many cottages should I book ?

  12. Milo says:

    Muat tak kalau untuk 30 oarang?

  13. Norhawa says:

    Boleh saya tau date yg available untk bulan nov 2019?
    Nak booking mcmna?

  14. Paaru says:

    On 8th nov 2019 is available ah.i want mini bungalow blue colour..cn whatspp me 0146366155

  15. zettyhashim says:

    boleh sy taw date yg available nov dan dec 2019?utk fmly day..tlg email sy segera tq

  16. Azlan says:

    Cm ne nk contact utk pertanyaan tempahan ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *