Jalan-jalan sambil hayati sejarah di Lembah Bujang, Kedah

Sekiranya anda mencari destinasi percutian yang mempunyai unsur-unsur sejarah, di negeri Kedah juga ada tapak sejarah yang hebat. Negeri yang popular dengan gelaran ‘Negeri Jelapang Padi’ ini turut menyimpan banyak sejarah tamadun manusia terdahulu yang menarik untuk anda terokai. Salah satunya ialah Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang terletak di kaki Gunung Jerai berhampiran kawasan Merbok, Kedah.

Binaan tertua di Asia Tenggara!

Untuk pengetahuan anda, Lembah Bujang merupakan binaan tertua manusia di Asia Tenggara! Perkara ini terbukti menerusi kajian yang dijalankan di Lembah Bujang, didapati bahawa wujudnya masyarakat paling awal bagi tamadun Asia Tenggara iaitu pada 535 sebelum Masihi. Di kawasan ini, anda boleh mempelajari sedikit-sebanyak ilmu berkaitan peradaban manusia. Selain itu, terdapat juga bukti menyatakan bahawa tempat ini dahulunya pernah menjadi pusat perdagangan antarabangsa di rantau ini. Kira hebatlah orang-orang kita zaman terdahulu!

foto: fatinfadlan
foto: Joseph Foo

Ketahui info bersejarah di Muzium Arkeologi!

Sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat sejarah yang lebih mendalam, anda boleh melawat ke ruang pameran Muzium Arkeologi Lembah Bujang ini secara percuma. Terdapat banyak koleksi artifak dan monumen bersejarah ketamadunan masyarakat terdahulu yang disimpan rapi dalam tempat ini. Sambil jalan-jalan tengok candi, bolehlah anda tingkatkan ilmu pengetahuan mengenai sejarah tamadun manusia terdahulu.

Beriadah di air terjun Lembah Bujang

Selain melihat pameran artifak di Muzium Arkeologi serta melawat keunikan seni bina pembinaan candi, di kawasan ini juga terdapat kawasan air terjun semulajadi untuk anda beriadah. Air terjun Lembah Bujang ini menyajikan air yang sejuk & jernih. Ia juga menjadi tumpuan masyarakat tempatan untuk bermandi-manda khususnya pada setiap hujung minggu. Namun pengunjung tidak dibenarkan berada di sini selepas jam 7 malam atas faktor keselamatan.

foto: mizy_yusof
foto: mizy_yusof
  • Waktu Operasi Muzium: 9 pagi – 5 petang // dibuka setiap hari

Alamat:
Muzium Arkeologi Lembah Bujang
08400 Pekan Merbok, Kedah
Tel: +604-457 2005 Fax: +604-457 5051

Jika dah boleh melancong nanti, ikutlah saranan Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan praktikkan amalan norma baharu. Melanconglah dengan selamat…

Artikel ini adalah hasil kolaborasi bersama Kaki Travel dan Tourism Malaysia selaras dengan kempen Cuti Cuti Malaysia!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

1 Response

  1. Best travel ke tempat-tempat yang macam ni.

    Semoga industri pelancongan akan kembali pulih sepenuhnya seperti tahun-tahun sebelum dunia dilanda pandemik.

    Kami kat Kereta Sewa Shah Alam ni pun dah 7 tahun dalam industri, dan masih cuba bertahan setakat yang termampu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *