Rasai penangan Mee Kuah Tulang Singkir Darat – Kedah
Rasanya tak lengkap kalau pergi berjalan-jalan tanpa singgah makan di kedai yang sedap kan? Bagi melengkapkan itinerari anda yang nak bercuti di sekitar kawasan Jerai Geopark, Kedah. Kami nak kongsikan sebuah restoran yang popular dengan menu utamanya iaitu Mee Kuah Tulang.
Restoran Mee Kuah Tulang Singkir Darat yang terletak di daerah Merbok ini mula beroperasi sejak tahun 2005 lagi. Dah lebih 16 tahun? Mesti power resepi depa ni kan!
Semua makanan pasti berkuah!
Di restoran Mee Kuah Tulang Singkir Darat ini, anda boleh merasai pelbagai jenis masakan berkuah. Antara menu yang popular dan sering mendapat tumpuan orang ramai adalah:
- Mee Kuah Tulang
- Sup Gearbox (kambing/lembu)
- Sup Ekor
Untuk sup gearbox, saiz gearbox akan bergantung kepada bekalan bahan mentah setiap hari. Sekiranya anda memilih untuk mencuba hidangan sup, anda boleh memilih untuk menikmatinya dengan mee, kuetiau, bihun, meggi ataupun nasi.
Oh ya, kalau datang beramai-ramai tapi ada antara kalian tak gemar sangat makan makanan berkuah, jangan risau ya, restoran ini turut menghidangkan masakan panas lain seperti bihun goreng, mee goreng dan nasi goreng.
Daging lembut & empuk!
Sewaktu team kami singgah makan di sini, kami sempat mencuba mee kuah tulang dan sup ekor bersama nasi. Memang tak mengecewakan! Dagingnya lembut, empuk & rempah ratus semuanya cukup! Harga yang dikenakan juga sangat berpatutan.
Menurut pemilik restoran ini yang mesra dengan panggilan Abang Mie, semua bahagian lembu yang digunakan akan direbus diantara 3 ke 6 jam untuk mendapatkan kelembutan seperti ini. Mereka juga menggunakan air rebusan tulang dan daging sebagai salah satu ramuan untuk membuat kuah.
Jika anda nak singgah ke sini, boleh waze Mee Kuah Tulang Singkir Darat. Kalau nak tahu maklumat lanjut mengenai restoran ini, boleh tengok FB Page Mee Tulang Singkir Darat atau hubungi 019-5561802 (Abang Mie).
- Waktu Operasi: 11 pagi – 11 malam
- Buka: Setiap hari
Jika dah boleh melancong nanti, ikutlah saranan Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan praktikkan amalan norma baharu. Melanconglah dengan selamat…
Artikel ini adalah hasil kolaborasi bersama Kaki Travel dan Tourism Malaysia selaras dengan kempen Cuti Cuti Malaysia!
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!