Tawaran Warna Rasa Bufet Ramadan Di Royale Chulan Hotels Dan Resorts
Royale Chulan Hotels & Resorts menjemput korang semua untuk menikmati pengalaman kulinari yang memikat sepanjang bulan Ramadan ini. Dengan pelbagai hidangan tradisional dan aneka cita rasa dari masakan Malaysia, Asia, serta antarabangsa, bufet ini menjanjikan kepuasan dalam setiap suapan.
Setiap cawangan Royale Chulan menampilkan menu istimewa yang diketuai oleh barisan chef berbakat, memastikan setiap pelanggan menikmati pengalaman berbuka puasa yang mengasyikkan. Selain itu, tawaran harga istimewa untuk pembelian awal turut tersedia.
Royale Chulan Kuala Lumpur
Tarikh: 3 – 29 Mac 2025
Lokasi: Taman Mahsuri, Royale Chulan Kuala Lumpur

Bufet “Warna Rasa Ramadan” di Royale Chulan Kuala Lumpur ini membawakan konsep berbuka puasa dalam suasana desa yang menenangkan.
Selain itu, terdapat lebih 150 hidangan antaranya Udang Nestum, Kerabu Maggi, Satay, Ikan Bakar Portugis, Nasi Kerabu, aneka air balang dan gerai makanan tambahan. Turut tersedia persembahan muzik secara langsung, kaunter zakat di lobi hotel dan ruang untuk solat terawih.
Harga bagi dewasa (RM 288), kanak-kanak (RM 110) dan warga emas (RM 188). Untuk sebarang tempahan boleh hubungi Warisan Cafe di 019-325 4718 atau emel fnbpromo.rckl@royalechulan.com
Royale Chulan Seremban
Tarikh: 2 – 30 Mac 2025



Menampilkan hidangan istimewa Negeri Sembilan seperti Paru Berlado, Rendang Pucuk Ubi, Daging Salai Masak Lemak Mangga Muda, Sup Ekor Asam Pedas dan Rendang Itik Pucuk Maman. Selain itu, terdapat 10 gerai yang menawarkan makanan tambahan seperti Pasembor, Cucur Kurma, Yong Tau Foo, Shawarma dan bermacam lagi.
Turut tersedia ruang solat yang seleasa dan tempat kereta yang luas bagi memudahkan pelanggan untuk berkunjung ke Royale Chulan Seremban.
Harga bagi dewasa (RM 130), kanak-kanak (RM 80) dan warga emas (RM 100). Jangan lupa untuk dapatkan tawaran harga istimewa untuk pembelian awal (RM 110) sehingga 28 Februari. Untuk sebarang tempahan boleh hubungi Asiatique di 06-766 6666 atau WhatsApp 016-920 9891.


Royale Chulan Damansara
Tarikh: 2 – 29 Mac 2025
Menyajikan hidangan istimewa seperti Kambing Golek, Barbeku Lok-Lok, Asam Pedas Ikan Pari, Nasi Kerabu, Serawa durian sebagai pencuci mulut dan beberapa gerai khas juga persembahan muzik pada setiap hujung minggu.
Turut tersedia ruang untuk solat terawih pada setiap hari Khams hingga Ahad.
Harga bagi dewasa (RM 178), kanak-kanak (RM 98) dan warga emas (RM 148). Harga istimewa bagi pembelian awal serendah (RM 148) sehingga 10 Mac. Untuk sebarang tempahan boleh hubungi Royale Coffee House di 03-7959 9000 (ext:1409) atau WhatsApp 016-220 0397.
Royale Chulan The Curve
Tarikh: 2 – 29 Mac 2025
Terdapat dua pilihan sekiranya berbuka di Royale Chulan The Curve sama ada di Window Restaurant atau Tiara Rini Ballroom.
Kedua-duanya menyajikan lebih 150 hidangan seperti Kambing Golek, Bubur Lambuk, Royale Chicken Rice dan Nasi Bekwoh serta Kuih Muih Tradisional seperti Apam Balik dan Dodol Nikmat. Apa yang lebih menarik, terdapat cabutan bertuah pada setiap hujung minggu.
Harga bagi Window Restaurant dewasa (RM 149), kanak-kanak (RM 99) dan warga emas (RM 119). Manakala bagi Tiara Rini Ballroom dewasa (RM 109), kanak-kanak (RM 79) dan warga emas (RM 89). Untuk tempahan boleh hubungi 03-7843 1111 atau emel enquiry.rctc@royalechulan.com


Royale Chulan Penang
Tarikh: 2 – 30 Mac 2025
Sri Tanjung Café, Royale Chulan Penang menawarkan “Ramadhan Warna Rasa Buffet” dengan lebih 70 pilihan menu dalam suasana santai. Antara hidangan utama Sup Tulang Rawan, Nasi Mandy Kambing, Gulai Kawah Daging Utara dan Aneka kuih-muih tradisional hasil air tangan chef pastri.
Harga bagi dewasa (RM 128), kanak-kanak (RM 68) dan warga emas (RM 88). Untuk Tempahan boleh hubungi 04-259 8888 atau WhatsApp 016-330 3408


Royale Chulan Cherating
Tarikh: 3 – 29 Mac 2025
Nikmati lebih 100 pilihan hidangan termasuk Kambing Golek, Shawarma, Kebab, Barbeku, kerabu dan ulam-ulaman. Turut tersedia Kuih tradisional, pastri Perancis, ABC serta cendol.
Rebut peluang harga tempahan awal (RM 90) sehingga 1 Mac! Harga bagi dewasa (RM 123), kanak-kanak dan warga emas (RM 70). Untuk tempahan boleh hubungi 09-584 7333 atau WhatsApp 016-2050902 / 016-2059704
Nikmati Berbuka Puasa dengan Penuh Makna di Royale Chulan
Bufet “Warna Rasa Ramadan” di Royale Chulan Hotels & Resorts bukan sekadar tentang makanan, tetapi juga pengalaman berbuka yang bermakna bersama keluarga dan sahabat. Dengan menu istimewa, suasana yang menenangkan, serta kemudahan lengkap untuk ibadah, jadikan Royale Chulan destinasi pilihan anda Ramadan ini. Tempah awal untuk menikmati harga istimew.