Aktiviti menarik untuk peminat ‘outdoor’ di Langkawi
Tak dapat dinafikan bahawa Pulau Langkawi merupakan salah-satu destinasi yang menjadi tumpuan orang ramai. Seperti yang diketahui, bila sebut sahaja Pulau Langkawi pasti akan terbayang Skybridge, Pulau Dayang Bunting, Makam Mahsuri dan yang paling wajib kalau singgah ke Langkawi.. borong segala coklat sebab duty free weh! haha.. Tapi, tahukah anda kewujudan tempat-tempak menarik untuk beraktiviti lasak? Haa.. kalau belum pasti.. jom baca perkongsian dari bro Rahman Khair mengenai the adventure side of Langkawi!
Sebelum ini aku sangka Pulau Langkawi hanya penuh dengan aktiviti santai tapi sejak aku explore Langkawi ni bersama kawan- kawan selama 5 hari.. baru aku sedar bahawa Langkawi juga merupakan salah-satu syurga untuk penggemar adventure tourism!
Sebagai sekumpulan anak muda yang sentiasa dahagakan adventure, jadual kitorang cuma dipenuhi dengan aktiviti rekreasi sahaja selama 5 hari menetap dekat sini.
- Antara aktiviti yang dilaksanakan:
- Mendaki Gunung Machinchang dan Gunung Kuang
- Mandi dekat Bluepool dan Telaga Tujuh
- Berkayak daripada Jeti Nelayan Kilim sehingga ke Tanjung Rhu [ 20 km ]
- Ekplorasi Gua Selat Panchor yang masih lagi belum komersial untuk para pelancong
Sepanjang trip ni kitorang langsung tak jejak Pantai Chenang weh.. waktu sambut New Year pun kitorang camping dekat tempat yang private, jauh dari orang ramai
- Untuk pengetahuan, dalam Langkawi ni ada 3 gunung sahaja iaitu:
- Gunung Raya
- Gunung Machinchang
- Gunung Kuang
- Gunung Kuang
- Merupakan gunung yang paling rendah sekali antara ketiga-tiga gunung yang ada di Langkawi
- Walaupun paling rendah dan tinggi tak sampai 500m, trail dekat sini boleh tahan mencabar!
- Dekat sini bukanlah tumpuan pelancong sangat macam Machinchang, jadi keadaan denai dia agak bersemak sikit ya
- Pacak dia pun boleh tahan mencanak juga dari bawah sampai atas.. haha..api view dia paling superb!
- Boleh nampak gugusan pulau yg cantik keliling Langkawi ni. Macam view Raja Ampat pun ada sikit. Tak menyesal weh naik atas lepak kat sini!
- Machinchang Cambrian Geoforest Park
- Selalunya orang naik cable car untuk pergi skybridge
- Kalau rasa nak lebih adventure boleh cuba mendaki dari starting point Telaga Tujuh
- Trek dekat sini memang komersial. Ada jambatan, pondok berehat dan tali disediakan dekat laluan dia but still, pacak dia tak bagi discount tau! Kadang tu boleh cium lutut juga lah! haha..
- Dekat sini berangin gila and view kat sini pun open juga. Boleh nampak side Machinchang Cable Car dari atas puncak
- Otw turun bawah tu korang boleh terjun terus kat bluepool dia. Legit biru weh air dia, rasa refreshing gila mandi sini!
- Personally bagi aku, mendaki kedua-dua gunung ni aku rasa newbie boleh je try naik, tapi slow slow la okay enjoy perjalanan dan make sure ada guide
- Kilim Karst Geoforest Park
- Salah satu tumpuan pelancong juga dekat Langkawi ni, selalunya orang naik tour boat dekat sini untuk jalan jalan sekeliling sungai yang dipenuhi dengan Mangrove
- Tapi sebagai anak muda yang selalu dahagakan adventure, kitorang decide untuk menikmati pemandangan dekat sini dengan berkayak di sepanjang kawasan Mangrove ni dan seterusnya masuk ke kawasan laut sikit sehingga ke Pantai Tanjung Rhu
- Jarak kitorang berkayak dekat sini adalah sekitar 20km
- Experience kat sini memang lain dari yang lain berbanding naik boat
- Aku recommend kalau yang nak try aktiviti ni kena ada basic berkayak.. kalau tak, memang barai la korang lagi-lagi kalau tiba-tiba kena berkayak dalam keadaan ombak yang ajak bergaduh
- Kalau tak pandai bermain dengan ombak, confirm capsized weh! Haha..
- Gua Selat Panchor
- Lokasi aktiviti yang terakhir ini adalah antara lokasi yang paling favourite dan paling underrated dalam Langkawi!
- Di gua ini korang akan merangkak dalam air, climb & descend (tanpa tali) sambil menadah muka hadap air terjun yang mengalir deras dari atas, berjalan/merangkak/mengengsot di laluan yang maha sempit dan banyak lagi (sebab tak habis explore)
- Yang paling best sekali, gua ni sikit pun tak buat aku rasa panas melekit seperti kebiasaan aktiviti caving sebab gua ni sentiasa basah dan sejuk dengan air dari awal perjalanan
- Aku selalunya kurang gemar dengan aktiviti caving sebab boring dan panas, tapi hasil experience daripada gua ini buatkan aku rasa passionate untuk explore more uncommon cave in future
- Sebagai seorang yang sangat cerewet dan ego dalam memuji sesuatu tempat, this place deserves all my pujian! Hihihi..
Aku yakin aktiviti yang kitorang buat ni cuma beberapa percent je yang baru kitorang cover. There are so many things untuk explore dekat Pulau Langkawi ni. 5 Hari dekat sini memang tak cukup lah nak explore semua weh! Aku harap dengan penulisan ni sedikit sebanyak boleh menyedarkan orang ramai tentang kewujudan adventure-tourism yang pelbagai dekat Pulau Langkawi. Till next time, Langkawi!
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!