Lebih 4 juta rakyat Malaysia melawat Thailand pada 2018
Thailand menutup tirai tahun 2018 dengan mencatatkan kedatangan 38.27 juta pelancong ke negara tersebut. Angka tersebut adalah 7.5 peratus lebih daripada tahun 2017 (35.59 juta bagi tahun 2017).
Dalam laporan daripada Kementrian Pelancongan Thailand, rakyat Malaysia merupakan negara kedua yang menyumbang kepada angka tersebut. Jumlah kedatangan rakyat Malaysia adalah lebih 4 juta pelancong bagi tahun 2018. Pelancong dari China masih lagi mendominasi jumlah pelancong ke Thailand dengan 10 juta pelancong.
Antara negara-negara lain yang menjadi penyumbang terbanyak adalah India 1.5 juta, Singapura 1 juta, Vietnam 1 juta dan Amerika Syarikat 1 juta pelancong.
Menteri Pelancongan Thailand, Weerasak Kowsurat berkata dasar kerajaan Thailand adalah untuk menjadikan pelancongan sebagai alat untuk “mengurangkan ketidaksamaan pendapatan” serta menjadikan pelancongan “mudah, bersih, dan selamat”
Beliau menjangkakan bahawa pada tahun 2019, jumlah ketibaan pelancong akan mencapai jumlah 41.1 juta pelancong asing (+ 7.5%) serta menjana pendapatan sekitar THB2.21 trilion.