5 jenis trend travel terkini yang anda boleh cuba!
Tahukah anda bahawa terdapat banyak jenis kategori travel masa kini? Antara yang seringkali didengari adalah seperti Staycation dan camping. Oleh itu, kali ini kami nak kongsikan 5 lagi jenis travel yang mesti anda ketahui! Mana tahu antara 5 ini ada yang berkenan di hati anda untuk dicuba!
1. Floacation
2. Voluntourism
Jika anda seorang yang sukakan aktiviti sukarelawan dan berjalan sana-sini, anda boleh mencuba traveling jenis Voluntourism iaitu sebuah perjalanan yang memberi fokus kepada kerja-kerja amal. Sebagai contoh, anda bercuti ke sebuah pulau atau pantai lantas anda membersihkan persisiran pantai tersebut dengan mengutip sampah. Anda juga boleh membantu mengajar anak-anak kecil di kawasan yang anda lawati (kebanyakkan di kawasan pedalaman). Traveling sebegini bukan hanya mensajikan anda sebuah pengalaman yang bermakna malahan anda dapat menyumbang sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat.
3. Glamping
Glamping merupakan singkatan dari perkataan ‘Glamorous’ + ‘Camping’. Mungkin terdahulu anda sering mendengar istilah camping namun kini ianya telahpun berkembang menjadi Glamping sehingga menjadi trend yang diminati oleh ramai orang. Glamping biasanya dilakukan oleh mereka yang ingin menikmati alam semula jadi dengan berkhemah tetapi tidak mahu terlalu banyak masalah untuk membawa peralatan berat. Khemah untuk Glamping biasanya dilengkapi dengan kemudahan yang sangat lengkap seperti tilam dengan elektrik dan televisyen.
4. Doom Tourism
Doomtourism adalah perjalanan ke suatu tempat di dunia yang diancam kepupusan. Kepupusan yang tercetus itu berlaku atas beberapa faktor seperti kerosakan yang disebabkan oleh pemanasan global. Salah satu contoh Doom Tourism adalah seperti perjalanan melihat glasier di Patagonia dan perjalanan melihat terumbu karang di Great Barrier Rief, Australia. Bagi sebahagian orang, Doom Tourism juga dikenali sebagai traveling ke tempat-tempat ‘kiamat’ kerana perjalanan ini bukanlah bertujuan untuk ‘have fun’ walhal lebih kepada melihat perubahan dunia yang semakin hari semakin terancam.
5. Spafari
Sekiranya anda bercadang untuk melawat ke negara Afrika Selatan, jangan lepaskan peluang untuk menikmati traveling jenis Spafari. Pada dasarnya, spa dan safari adalah dua aktiviti yang berbeza namun ianya digabungkan menjadi satu jenis traveling yang menarik untuk dicuba. Anda boleh melewati laluan safari dan menikmati keindahan star-gazing dan setelah letih bersafari, anda bakal diberi perkhidmatan spa bagi memberi kesegaran semula pada tubuh badan. Kebanyakan spa yang disediakan dalam traveling jenis Spafari menggunakan tanaman herba dan tumbuhan tradisional Afrika. Kini, terdapat banyak pakej-pakej Spafari yang disediakan oleh para industri pelancongan di Afrika Selatan. Boleh cuba google ya!
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!