5 Tips Berguna Untuk Pengembara Muslim
5 tips yang sangat berguna bagi semua pengembara Muslim yang boleh digunakan sebelum dan semasa pengembaraan dilakukan adalah seperti berikut:
1. Maksimakan Pengunaan Telefon Pintar Dengan Aplikasi Mesra Muslim
Kita sangat bertuah di masa kini dengan kesediaaan pelbagai aplikasi untuk kita pakai sepanjang tempoh mengembara. Maka tips pertama yang boleh digunakan oleh pengembara Muslim ialah menavigasi pelbagai perkara seperti waktu solat, arah kiblat, mencari musolla dan masjid terdekat dan macam-macam lagi sebenarnya dengan hanya melalui aplikasi. Di antara yang boleh dicuba adalah:
Islamic Finder , Muslim PRO , Halal Trip , dan #HHWT Have Hall Will Travel
Selain itu, pencarian makanan halal juga adalah di antara perkara penting bagi pengembara muslim. Maka, banyak aplikasi telah dibangunkan bagi menyenarai restoran halal atau porkfree untuk dimuat turun seperti Halal Navi dan Zabihah
2. Rancang Perjalanan Berdasarkan Waktu Solat Destinasi Anda
Dalam kita mengembara ke negara orang, tiada alasan untuk kita tinggal solat! Menjadi seorang yang beragama Islam juga tidak menghalang kita untuk melawat atau menziarahi negara yang bukan beragama Islam. Ini adalah kerana sebagai seorang manusia kita harus menjelajahi negara asing untuk mengenal budaya luar dan bagaimana persepsi orang luar terhadap Islam.
Seperti yang kita semua tahu, ada negara yang yang mengalami empat musim dan mempunyai waktu solat yang berbeza-beza. Biasanya waktu siang yang panjang pada musim panas manakala waktu siang yang pendek ketika musim sejuk. Oleh itu, tips keduanya iailah kita perlu rancang betul-betul program dalam sehari yang bersesuaian dengan masa solat kita mengikut masa terbit dan terbenam matahari. InshaAllah perjalanan akan menjadi lebih teratur dan tuntutan solat anda dapat dilaksanakan dengan tenang. Masa ini, bolehlah maksimakan pemggunaan aplikasi-aplikasi yang dikongsi di atas sana.
3. Botol Penyembur Air (Mini Spray Bottle)
Tips ketiga adalah membawa mini bottle spray kemana-mana anda pergi. Spray bottle ni memang sangat berguna terutamanya bila anda nak solat di dalam perjalanan yang sangat panjang dan kadang kala tidak berkesudahan 🙂 . Percayalah, memang sangat berguna sebab kadang-kadang kita sudah merancang betul-betul perjalanan kita, namun kadang kala, perancangan itu akan ke laut atas sebab-sebab tertentu. Makanya, sekiranya anda semua berada di situasi tersebut dengan ketiadaan air utk berwuduk, maka bolehlah guna spray ini untuk berwuduk. Boleh tonton cara macammana nak ambil wuduk dengan spray air di sini.
Boleh beli di mana botol spray ini? Dekat Daiso /Watson/Miniso memang banyak pilihan. Pastikan anda cari spray bottle yang boleh muat kurang dari 100ml ya. Kalau lebih dari 100ml nanti, nak bawa masuk kapal terbang pun tak lepas. 😊
4. Sejadah dan Telekung Travel
Walaupun sekarang banyak negara majoriti bukan Islam menyediakan ruang solat kepada pengembara Muslim, ada kalanya kemudahan sebegini sukar dicapai seperti di kawasan luar bandar atau kampung. Jika anda berhadapan dengan situasi tersebut, Tips keempat ini dengan membawa sejadah bersama akan banyak memudahkan urusan sembahyang di mana jua anda berada.. Terdapat pelbagai jenis sejadah bersaiz mini yang dijual di pasaran untuk golongan pengembara ini. Cukuplah sekadar dapat menjadi pelapik untuk kepala anda mencium tanah ketika sujud. Harus diingatkan supaya sejadah yang dibawa harus sekadar cukup dimuatkan dalam beg galas. Oleh itu, jadikan sejadah mini sebagai peneman perjalanan anda! Pilihan sejadah mini boleh dicari di Kaki Travel Shopee di sini..
Bagi golongan Muslimah, telekung travel memang sangat diperlukan sebenarnya. Di antara kriteria yang memang diperlukan untuk telekung travel ini adalah jenis kain yang berat dan tidak melayang-layang (Sekiranya nak beli jenis kain parachute, ambil yang parachute premium) , mudah dilipat dan dilengkapi dengan beg kecil yang boleh masuk handbag atau bagpack.
5. Makanan untuk Alas Perut
Orang kata, kalau perut penuh, hati gembira ye dak?
Tapi dalam kita mengembara ini, kita kena pastikan perut kita perlu sentiasa di alas. Tak perlu kenyang, tapi perlu diisi supaya tidak kosong dan masuk angin. Terutamanya bila kita pergi ke negara lain semasa musim sejuk. Asyik lapar sahaja. Makanya, tips kelima atau terakhir adalah membawa bersama kudapan-kudapan seperti coklat, kekacang, biskut-biskut (mini pack) dan roti semasa mengembara.
Bukan semua tempat yang kita pergi ini ada restoran halal, maka rancanglah apa yang anda nak makan semasa mengembara demi memastikan perut kita sentiasa diisi. Selain dari kudapan kecil, ada pelbagai jenis makanan yang korang boleh bawa seperti nasi impit, serunding dan macam-macam lagi seperti di SINI .
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!