Perak Agrotourism Resort – destinasi untuk keluarga

Pasti seronok kalau dapat pergi ke sebuah destinasi yang mensajikan panorama yang aman dan damai. Ditambah pula kita pergi dengan keluarga yang tercinta.. feeling bless gittew! Dekat mana eh tempat nice macam tu boleh diketemui? Haa.. jangan risau guys! Kali ini kami nak kongsikan pengalaman Cik Sara yang bercuti bersama keluarganya di Perak Agrotourism Resort yang terletak di Tanjung Tualang, Perak. Mana tahu lepas baca perkongsian ini korang pula terdetik hati nak ke sana.. hehe

Bilik Tip Top!

  • Masa tengok dalam gambar Facebook, ingatkan biasa-biasa je bilik kat Perak Agrotourism Resort ni.. silap besar guys! Rupa-rupanya keadaan bilik dekat sini ya tuhan.. cantik sangat!
  • Dalam bilik ada:
    • aircond, mini fridge, tv, kettle dan paling special turut disediakan kain sembahyang, al quran serta kain pelekat untuk tetamu muslim
  • Ringkasan itinerari sewaktu di Perak Agrotourism Resort
    Day 1:-
    • Lepas check in jam 3 petang – rest dekat bilik sambil tengok view area bilik
    • Jam 5 petang – train colorful datang ambil dekat depan bilik untuk bawa pergi horse riding dan pergi main aktiviti air.
    • Petang tu, kami just naik kuda dan naik ATV saja. Tak sempat nak pergi buat aktiviti lain
    • Malam just rest dekat bilik sebab dah penat
    • Dinner – resort takde sediakan. Boleh keluar makan atau beli makanan diluar ya
  • Day 2:-
    • Breakfast – staff resort akan hantar ke bilik. So no need pergi cafe untuk breakfast. Diaorang bagi nasi lemak & kuih. Boleh la makan santai-santai di bilik
    • Lepas breakfast – pergi tengok itik, naik paddle boat dan pergi petting zoo
    • Kalau ada budak-budak seronok la bawa pergi petting zoo
    • Ada juga guest dekat sini memancing. Dapat pula ikan patin besar.. haha
    • Nak memancing boleh sewa joran, diaorang bagi sekali dengan umpan
    • Lepas je pergi petting zoo – train ambil bawa pergi ladang itik tengok cara buat telur masin dan pergi tengok tanaman cili
    • Masa pergi tengok ladang itik.. terkejut jap sebab banyak gila itik!
    • Staff kat sana ada juga tunjuk cara untuk buat telur masin. Nak beli tapi tak ada stock pula.. huhu
    • Lepas tengok itik terbang ke dalam air, kami pergi tengok tanaman cili. Segar dan besar-besar cilinya. Boleh beli juga cili dekat sini. Kami petik beli sekilo bawa balik. Then balik ke bilik untuk bersiap nak check out

Aktiviti yang ada di Perak Agrotourism Resort?

  • Antara aktiviti yang disediakan:
    • Horse Riding
    • ATV
    • Kayak
    • Paddle Boat
    • Memancing
    • Jet Ski
    • Berbasikal
    • Petting Zoo
    • Farm Tour (Melawat proses membuat telur masin & tanaman cili)

Best juga stay sini sebab ada macam-macam aktiviti kita boleh buat. Kalau ikutkan.. banyak lagi aktiviti boleh buat tapi tak semua open masa tu. Tempat ini sesuai sangat untuk datang bersama keluarga dan bawa anak-anak ya. So tunggu apa lagi? Moh lerr kita..


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *