5 lokasi cantik layan view bunga Sakura di Tokyo

Bagi anda yang suka melancong pada musim bunga.. jangan lepaskan peluang untuk melihat keindahan rimbunan bunga sakura yang mekar di Jepun. Tak tahu nak dapatkan view sakura yang cantik kat mana? Okay, kali ini salah-seorang followers Kaki Travel iaitu Kamal Zharif yang telahpun menetap di Tokyo sejak 2014 nak kongsikan sedikit mengenai 5 lokasi cantik untuk anda melihat view sakura di Tokyo, Jepun.

  • Kalau tengok di Tokyo, biasanya waktu sakura mula mengembang adalah pada akhir Mac, tetapi kali ini bunga sakura mengembang lebih awal sedikit.
  • Jika anda ke Tokyo dan berniat untuk melihat keindahan bunga sakura.. ini saya senaraikan 5 tempat yang sesuai untuk dilawati:

1. Shinjuku Gyoen Park

  • Tempat ini merupakan taman terbesar di Tokyo, di mana lokasinya terletak berdekatan Shinjuku, barat bandar Tokyo
  • Terdapat lebih dari 65 spesis pokok sakura dan lebih kurang 1,000 pokok di kawasan ini
Foto: Your Japan Journey
Foto: Japan Forward

2. Ueno Park

  • Salah-satu tempat yang mendapat sambutan ramai orang
  • Sekiranya anda mahu berkelah disini, anda disarankan untuk ‘book’ awal tempat berkelah, jika tidak anda akan mengalami kesukaran untuk mendapat tempat
  • Terdapat lebih kurang 1,000 pokok sakura yang ditanam dekat kawasan ini
Foto: Nippon
Foto: Tokyo Cheapo

3. Chidorigafuchi

  • Seandainya dilihat, ia seperti memberi simbol bahawa memang adanya taman di dalam bandar besar Tokyo
  • Kawasan ini berdekatan dengan Imperial Palace
  • Kebanyakan pepohon sakura ini di tanam di tepi-tepi laluan Imperial Palace tersebut
Foto: Go Tokyo
Foto: Go Tokyo

4. Sungai Meguro

  • Terdapat lebih kurang 800 pokok sakura yang sudah besar di tepi sungai
  • Alang-alang dah sampai ke sini, boleh singgah minum di Starbucks kedua terbesar di dunia *terletak berhampiran dengan sungai Meguro
Foto: Departures
Foto: Savvy Tokyo

5. Sumida Park

  • Tamannya dibuat betul-betul berhampiran sungai besar di mana anda boleh melihat menara tertinggi di dunia iaitu Tokyo Skytree
  • Berdekatan dengan kawasan ini terdapat Asakusa Nakamise iaitu tempat membeli barangan cenderahati. Bolehlah anda nak beli untuk buat kenang-kenangan dari Jepun
Foto: Tokyo Weekender
Foto: Japanistry

6 Perkara tentang Sakura yang Anda Perlu Alert!

  • Bunga sakura hanya mengembang dalam tempoh 1 minggu saja dalam tempoh setahun
  • Sakura popular di Jepun mempunyai warna yang bukan pink terang, tetapi menghampiri warna putih
  • Di Jepun, anda tidak boleh suka-suka petik bunga sakura lebih-lebih di tempat awam
  • Waktu mengembang sakura di Jepun berbeza mengikut tempat. Kalau Hokkaido ia lambat kerana musim sejuknya lagi panjang
  • Waktu untuk bunga sakura mengembang tak ada ‘fixed date’
  • Daun dan bunga sakura boleh dimakan. Sebab itu ada teh masin bunga sakura, kek sakura, gula-gula sakura, biskut sakura, atau mochi sakura. Penggemar makanan boleh mencubanya ya!

Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *