Best ke terbang dengan MYAirline? Jom baca review jujur ni..

Baru-baru ini, team Kaki Travel terima jemputan daripada syarikat penerbangan tambang rendah baharu, MYAirline yang baru sahaja melancarkan laluan baharu dari KLIA2 ke Sibu, Sarawak. So, merasalah kami naik flight baharu di Malaysia ni ye. Nak tahu best ke tak terbang dengan MYAirline? Jom ikuti review dibawah:

1. Harga Tiket
Jika dibandingkan dengan harga tiket airline lain, MYAirline sememangnya menawarkan harga yang jauh lebih murah dan berbaloi. Disebabkan masih baru lagi dalam Malaysia, banyak juga promosi menarik ditawarkan. Selain Sibu, MYAirline turut menawarkan penerbangan ke Sarawak (Miri, Kuching), Sabah (K.Kinabalu, Tawau), Penang, Langkawi dan Kota Bharu.


2. Online Check-in
Online check-in pun boleh dibuat sehari sebelum tarikh penerbangan. Boleh guna website atau apps MyAirline. Setakat ini MYAirline belum ada kiosk macam AirAsia atau MAS so korang kena pergi ke kaunter kalau nak print boarding pass.


3. Kaunter Check-in
Kaunter check-in di KLIA2 terletak dekat kaunter Z, sebelah kanan dari pintu utama. Kalau tak pasti jangan malu-malu bertanya ye. Malu sesat jalan, sesat satu, lambat satu hal pulak.. Btw, service di kaunter okay cuma kalau taknak kena queued panjang berjela, silalah datang awal ye..
Oh drop luggage pun dekat area check-in ni. Tiada self-drop baggage cuma bawa printed boarding pass, tunjuk di kaunter, drop baggage then nanti staf MYAirline akan maklumkan korang kena lalu gate mana satu. Settle.
4. Boarding Time
Masa di KLIA2 kami masuk lewat sikit tapi so far tengok keutamaan diberikan kepada warga emas. Masa di Sibu pula, kami masuk based on zone. Sebab nak elakkan kesesakan dalam pesawat so siapa yang Zon A diminta masuk dulu then ikut zon-zon seterusnya..



5. Tempat Duduk
Sebelum naik flight MYAirline, ada juga terbaca review orang kata kerusi ‘keras & nipis’. Tapi masa naik hari tu, rasa macam ok saja meh. Selesa juga sampai tengok orang depan sedap tido ye haha. Kalau tengok seat dalam flight tu dia tak tegak 90 darjah tapi tak boleh adjust la ek but overall padan ja dengan harga. Kiranya untuk penerbangan around 2jam tiada masalah.


6. Meal


Masa gerak dari KLIA2 – Sibu, sempat rasa nasi lemak. Sambal tak pedas so sesuai untuk geng tak makan spicy plus ikan bilis dia rangup gila! Selera la teman.. hehe. Masa balik dari Sibu pula kami try roti jala, tak pedas sangat kari tu. Ada juga menu lain yang korang boleh cuba plus harga dia okay juga compare dengan other airline. Nak murah lagi order secara online ye.




7. Pakaian Krew Kabin

Waktu awal-awal nampak gang cabin crew MYAirline lalu rasa macam wow! Lain macam weh style depa nak banding dengan airline lain sebab nampak ‘youngster’ gitu. Pemakaian t-shirt kat dalam then jaket yang siap hoodie boleh pasang-cabut, seluar panjang cutting straight cut digayakan dengan kasut siap ada label MYAirline tu memang mantap.
Kalau secara praktikal kira ngam sangat untuk mudahkan cabin crew bergerak sana-sini. Even masa borak dengan cabin crew pun cakap depa selesa pakai macam tu senang buat kerja.
Oh ya, dari segi servis cabin crew tip top. Boleh dikatakan depa steady senyum ja even ada la sekali dua anak kecil menangis menjerit terpekik bagai.. chill ja cabin crew cari solusi tenangkan budak tu. Bak kata cabin crew, keselesaan pelanggan keutamaan kami gitu~


So overall boleh dikatakan MYAirline ini antara pilihan terbaik buat golongan marhaen dan student yang duduk merantau jauh untuk pulang ke kampung halaman. Harap MYAirline dapat kekalkan harga berbaloi dengan service yang ditawarkan ya.
Korang yang suka buru tiket murah tu rajin-rajinlah follow akaun socmed MYAirline sebab banyak juga promo best selalu ditawarkan! Nak tahu lebih lanjut layari www.myairline.com

5feb23..kemarin la kan..pilot tu tersasul “thank you for chosing airasia”hahahaha..X asia pilot kot..anyway i enjoy my flight
saya nak try..tp tu la..xpernah dgr lagi nama My Airline… sbb harga pun too good to be true.. skrg tgh tgk review2 org..sbb airasia pun dah mcm mas.. harga mahal…
sama . tapi alhamdulillah. selamat sampai kampung hahaah . pestime dpt harga 29 kul-kbr
memang terbaik berbanding sblum nie balik naik yg dot dot dot.. heheee.. 🙃😉😉
pertama kali naik pegi & balik Sabah baru-baru nie…
servis crew memang tiptop., pemakaian sopan jew, lelebih guna kasut, smart laaa… 😍😍 hope my airline dpt kekal kan harga berbaloi & service yg terbaik…my airline adalah pilihan terbaik!!! 😊😊😊✌️✌️✌️
Setakat ni puas hati dgn myairlines.. Suka pemakaian dorg skrg..
RM0MYA:Your flight Z98805 KULBKI 11MAR23 at 06:15PM has been retimed to 09:10PM. Reach us via Live Chat for further inquiries
RM0MYA: Your flight Z98804 BKIKUL 14MAR23 at 18:25PM has been retimed to 20:10PM. Reach us via Live Chat for further inquiries.
Flight pergi balik KUL BKI KUL kedua2nya delay so memang not recommended
Not recommended. First time beli ticket flight Myairline first time juga burn. Surat dari dokter staff Myairline cakap tak valid sebab lebih sehari dari kiraan minggu mengandung. Dokter kot yang tulis dia cakap salah. Suru buat surat baru mana sempat lagi 2 jam nak flight
Not recommended. First time beli ticket flight Myairline first time juga burn. Surat dari dokter staff Myairline ckp tak valid sbb lebih sehari dari kira an minggu mengandung. Dokter kot yang tulis dia ckp salah. Suru buat surat baru mana sempat lagi 2 jam nak flight
Not recommended dh skrg myAirline… Delayed retime teruk sangat smpai 4jam.. org yg ada urusan penting…terpaksa terlepas suma Hal penting
Nak tukar tarikh flight ada kena chaj rm400, nak tukar nama atas orang lain tidak boleh ok kah?
Terbaik..first time guna servis MyAirline sangat² berpuas hati,All the staff so profesional,good attiude..and very hopeful..love it.
Not recommended. Management dia teruk , ada surat dari dokter pun dia ckp tak valid sbb lebih sehari. First and last book flights Myairline.