13 Destinasi Menarik di 6 Daerah di Sabah, Wajib Masuk Wishlist!

Sabah bukan sekadar ada Gunung Kinabalu. Dari laut biru di Semporna, suasana desa di Kundasang hingga pengalaman budaya dan alam di pedalaman… setiap daerah ada tarikan tersendiri. 

Kalau korang tengah plan aktiviti menarik, ini senarai 13 destinasi di 6 daerah Sabah yang boleh bantu korang rancang itinerary dengan lebih mudah.

Semporna

Destinasi Menarik di Sabah

1. Royal Resort

Kalau korang tengah cari resort atas laut ala-ala maldives tapi di Malaysia? Royal Resort Semporna, wajib masuk dalam checklist! Dengan air yang jernih dan bilik terus menghadap laut, siap ada balkoni sendiri. Memang sesuailah untuk yang nak honeymoon atau tenangkan fikirkan.

Antara aktiviti yang korang boleh cuba:

  • Snorkeling, berkayak, berenang, tengok susent dan banyak juga spot bergambar! Selain itu, boleh island hopping di Pulau Timba-Timba, Mantaking, Mantabuan, Sibuan juga hiking di Bohey Dulang.

Kundasang

2. Desa Dairy Farm

Dikenali sebagai “Little New Zealand” Sabah, berlatar Gunung Kinabalu. Disini, terdapat petting zoo, ladang lembu, kilang susu, kedai aiskrim & cafe. Setiap sudut sangat Instagrammable untuk bergambar atau family portrait.

3. Bombon Kampung Marakau

Fish spa semula jadi dengan ikan koi, lampam, kelah & tilapia. Syok tau, sebab korang boleh bagi makan ikan tu sambil belai-belai dia.

4. Ranau Rabbit Farm

Bukan sekadar Ladang arnab tapi juga tempat untuk berehat melihat keindahan alam. Selain itu, dekat sini ada swing! Korang boleh pilih nak level biasa sehingga ke extreme. Dress tu perlu bayar, untuk gambar & video ada pekerja yang akan ambilkan. Menang worth it!

Tenom

5. Tenom Railway Station

Laluan kereta api klasik melalui hutan & Sungai Padas. Datang pada Rabu & Sabtu untuk naik kereta api lama, dan tengok orang tempatan bawa hasil tanaman mereka ke bandar.

6. Murut Culture Centre

Pusat kebudayaan bagi suku Murut, disini terdapat pameran artifak lama, pakaian tradisional, persembahan tarian buluh.

  • Antara aktiviti interaktif tersedia trampolin, belajar menyumpit, dan merasai pengalaman budaya sebenar.

7. Yit Foh Coffee Factory

Kilang kopi tertua di Sabah, lengkap dengan cafe, restoran, penginapan & kedai souvenir. Wajib singgah untuk pencinta kopi boleh cuba kopi tempatan segar & beli sebagai oleh-oleh.

Papar

8. Seri Serbang Homestay

Homestay yang menawarkan pengalaman alam semula jadi seperti river cruise, sunset, dan firefly watching. Kalau bernasib baik, boleh jumpa monyet proboscis atau buaya di sekitar sungai.

Tamparuli

9. Rumah Terbalik Tamparuli

Tarikan unik untuk bergambar dengan konsep rumah terbalik memang buat orang terkejut & seronok explore.

10. Jambatan Tamparuli

Jambatan gantung sepanjang 135 meter. Boleh berjalan sambil tengok pemandangan sungai dan gunung, biasanya ada persembahan muzik tradisional sebelum masuk.

Kota Kinabalu

11. Pantai Tanjung Aru

Spot paling popular untuk sunset. Sesuai untuk picnic santai atau lepak petang sambil tengok langit bertukar warna.

12. Todak Waterfront

Syurga seafood segar, korang boleh pilih sendiri hasil laut sendiri & masak terus. Sesuai untuk makan malam tepi laut sambil dengar bunyi ombak.

13. Pasar Filipina

Tempat membeli cenderamata: mutiara, kraftangan tangan, ikan bilis & ikan masin.

  • Tip: Boleh tawar-menawar harga, sesuai untuk last-minute souvenir sebelum balik.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *