Itinerari 18 hari memandu di Thailand – explore lebih 15 kawasan menarik!

Tak dapat dinafikan Thailand merupakan antara negara yang popular dilawati rakyat Malaysia. Bukan setakat menjanjikan makanan yang sedap-sedap, malah kos perbelanjaan ketika disana pun boleh dilabelkan ‘berbaloi’. Ada tak yang planning nak pergi travel ke Thailand dengan duration yang panjang sikit? Kalau ada, maybe perkongsian dari brader Amir Zaki yang travel selama 18 hari di Thailand baru-baru ini membantu kalian. Padu beb~ Jom ikuti itinerari dibawah:


White Temple

Itinerari 18 hari di Thailand – driving

Ini route secara roughly:
Kajang ➡️ Hat Yai ➡️ Bangkok ➡️ Phetchabun Chiang Mai ➡️ Chiang Rai ➡️ Golden Triangle ➡️ Mae Sai ➡️ Pai ➡️ Ban Rak Thai ➡️ Mae Hong Son ➡️ Mae Sariang ➡️ Mae Sot ➡️ Kanchanaburi ➡️ Bangkok ➡️ Pattaya ➡️ Hua Hin ➡️ Prachuap Khiri Khan ➡️ Hat Yai ➡️ Kajang

Sadao Border
Pha Hi Village
Thaweesin Hot Spring

Itinerari 18 Hari

  • Day 1: Kajang ➡️ Hat Yai
    • Hotel di Bangkok: Silom Boutique
    • Hotel Perjalanan: + / – 553km
  • Day 2: Hat Yai ➡️ Pratunam, Bangkok
    • Perjalanan : + / – 941km
    • Timing: 12H 40M ( google maps time ) / 15hrs (actual Time)
    • Hotel di Bangkok : Pratunam City Inn Hotel
    • Singgah solat di M asjid มัสยิด อัน นูร-ปากีสถาน kawasan Surat Thani
    • Isi minyak dan makan halal food (restoran paling tepi) di stesen minyak PTT Chaiya Piyagas
Maeklong Market
Maeklong Market
  • Day 3: Bangkok Day
    • Maeklong Station – Damnoensaduak Floating Market
    • Dekat Damnoensaduak Floating Market ni ada 1 kedai Melayu Bangkok Halal Restaurant. Tomyam dia sedap. Sesiapa pergi market ini terus masuk kebelakang sikit kedai dia. Buka sampai jam 3 petang rasanya
    • Bangkok Night Market di Ramkhamhaeng University Night Market. Makanan Halal bersepah banyak gila
Damnoensaduak Floating Market. Kedai halal pakcik Syukri
 Ramkhamhaeng University Night Market
  • Day 4: Bangkok ➡️ Phetchabun
    • Perjalanan : + / – 304km
    • Timing: 4h ( google maps time ) / 5hrs (actual Time)
    • Hotel di Phetchabun : Bestiny Hotel & Restaurant
    • Recommended – Suraburi Sunflower Field
Suraburi Sunflower Field. Out season dah. Bunga dah kering.
  • Day 5: Phetchabun ➡️ Khao Kho Wind Farm ➡️ Route 12 Coffee Shop ➡️ 7e Pha Sorn Kaew / Pinno Latte Coffee ➡️ Asian Intersection ➡️ Chiang Mai
    • Perjalanan : + / – 550km
    • Timing: 7h ( google maps time ) / 9hrs (actual Time)
    • Hotel di Chiang Mai: Pause & Play Boutique Hotel
    • Recommended wajib pergi – Khao Kho Wind Farm – Route 12 Coffee Shop – 7e Pha Sorn Kaew – Pinno Latte Coffee House
    • Asian Intersection – Sampai sini pastikan korang amik gambar 4 simpang ni. Simpang lain-lain benderanya. Bendera Malaysia ada salah 1 dari 4 simpang ni
 Khao Kho Windmill
 Khao Kho Windmill
Khao Kho Windfarm
  • Day 6: Rest Day di Chiang Mai
    • Sarapan pagi di Chiang Mai
    • Peshawar Restaurant – halal food
    • Karen Long Nek Village – Night Safari Chiang Mai – Chiang Mai Night Bazar
Pha Sorn Kaew
Karen Long Neck Village
Karen Long Neck Village
Chiang Mai Night Safari
  • Day 7: Chiang Mai ➡️ Chiang Rai ➡️ Golden Triangle Mae Sai
    • Timing : 4h ( google maps time ) / 6hrs (actual Time)
    • Perjalanan : + / – 300km
    • Hotel Di Mae Sai: Piyaporn Place Hotel
    • Recommended – lokasi wajib singgah di laluan Chiang Mai ke Chiang Rai: Thaweesin Hot Spring – White Temple – Lunch di (Chiang Rai) – Kome Beach Café – Kiengdoi Café
    • Wajib Pergi: Golden Triangle – The Northern Most of Thailand
    • Dinner: Premium HKG Roadted Duck
Golden Triangle
Golden Triangle
The Northern Most Of Thailand. Sempadan Myanmar
  • Day 8: Mae Sai ➡️ Pai
    • Timing : 6h15m ( google maps time ) / 8hrs (actual Time)
    • Perjalanan: + / – 350km
    • Hotel di PAI : The Heart Of Pai Resort
    • Recommended – sarapan pagi di Mae Sai
    • Lokasi singgahan saya laluan dari Mae Sai ke PAI – Tham Luang Cave – Doi Chang Moob Military Outpost – Pha Hi Village
    • Otw Ke Pai wajib singgah (ambil gambar) – Air Diamond Café & Hotel – One Thousand Corner
Tham Luang Cave
Air Diamond Cafe
  • Day 9: PAI ➡️ Ban Rak Thai ➡️ Mae Hong Son
    • Timing: 3h30m ( google maps time ) / 4hrs (actual Time)
    • Perjalanan : + / – 190km
    • Hotel di Mae Hong Son: b2 Premier Resort Hotel Mae Hong Son
    • Recommended – 1864 Landmark (port wajib berhenti amik gambar) – Ban Rak Thai (the most beautiful village in Thailand)
    • Lunch dan solat di masjid Mae Hong Son
    • Mae Hong Son night market
    • Tempat ambil sijil 1864 & 4088 corner – utk yang bertanya kat mana nak amik sijil 4088, seberang jalan je pejabat 1864 ni ada pejabat 4088 corner
 Ban Rak Thai. The most beautiful Village in Thailand.
  • Day 10: Mae Hong Son ➡️ Mae Sariang ➡️ Mae Sot
    • Timing; 7H ( google maps time ) / 9 hrs (actual Time)
    • Perjalanan : + / – 400km
    • Hotel di Mae Sot: J2 Hotel Mae Sot
    • Singgah lunch di Mae Sariang di kedai makan Halal Khao Soi Halima
Certificate 1864 & 4088. Selamat Graduate
  • Day 11: Mae Sot ➡️ Kanchanaburi
    • Timing: 7H ( google maps time ) / 9 hrs (actual Time)
    • Perjalanan : + / – 490kmHotel di Kanchanaburi: Latima Boutique Hostel Kanchanaburi
    • Wajib pergi area Mae Sot – The Moie River Westernmost Point – Curve 33, Ban Mae Konken
    • Perjalanan ke Kanchanaburi
    • Wajib pergi – South Asia Gate – Magic Hill (Magic Hill ni hanya boleh dicuba dari arah Kanchanaburi ke Mae Sot. Kalau dari arah Mae Sot ke Kanchanaburi takda starting point ni. Kene uturn dan wajib cuba. Saya dah cuba dengan kereta saya. Gear N laluan mendaki dan menjadi kereta jalan mendaki dengan sendiri)
 The Moei River Westernmost Point.
Port ni wajib cuba. Magic Hill dia menjadi.
  • Day 12: Kanchanaburi Rest Day
    • River Kwai Bridge: ambil train dari sini utk pergi ke Tham Krasae
    • Ticket 1 Orang 100 Baht – Tham Krasae Railway Bridge – Jeath War Museum – Meena Café
    • Lunch – Zubra Farm Islamic Food: totally recommended, makan sedap, ada surau boleh solat Jamak Zuhur / Asar siap-siap
Tham Krasae
 Death Railway Kanchanaburi
Meena Cafe
  • Day 13: Kanchanaburi ➡️ Bangkok
    • Timing: 2h13m( google maps time ) / 3 hrs (actual Time)
    • Perjalanan : + / – 150km
    • Hotel di Bangkok: Bangkok City Hotel
    • Recommended – Chan Nature Café – Kanchanaburi Safari Park
Chan Nature Cafe
  • Day 14: Bangkok ➡️ Pattaya ➡️ Bangkok
    • Timing: 1h30m( google maps time ) / 2 hrs (actual Time)
    • Perjalanan : + / – 150km Laluan dari Bangkok ke Pattaya guna lebuh raya
    • Toll fees 105 baht / jarak dalam 120km rasanya
    • Nak tahu cara nak guna highway dan nak bayar tol highway dari Bangkok ke Pattaya?
      Klik sini: Cara Guna Tol Highway di Bangkok – Pattaya
    • 7E terbesar di Thailand terletak di Pattaya – Hard Rock Café Pattaya – Pattaya beach – Pattaya City Sign
    • Lunch – Amir Halal Food Pattaya
    • Solat di Pattaya (Toatillah Masjid)
Kanchanaburi Safari Park
  • Day 15: Bangkok Day
    • Makan halal berhampiran hotel – Phetchaburi Road
    • Madena Restaurant – Farida Fatornee – Masjid Darul Aman – Pratunam Night Market
    • Shopping mall berdekatan – MBK Centre / Siam Paragon / The Platinum Mall dan banyak lagi.
    • Dekat MBK Centre tu malam ada jual halal food stall banyak tepi-tepi kaki lima mall
    • Halal food kat stall-stall kat MBK Mall ni harga mahal nak mati
Night view at Bangkok
MBK Mall
  • Day 16: Bangkok ➡️ Hua Hin
    • Timing: 2h30m( google maps time ) / 4 hrs (actual Time)
    • Perjalanan : + / – 200km
    • Hotel di Hua Hin : Stardust Boutique Hotel
    • Recommended – Hard Rock Café Shop Bangkok – Mahanakhon Tower – Chatuchak Weekend Market
    • Dinner at Hua Hin – Mooz restaurant halal
Hua Hin Railway Station . Port wajib OOTD.
Hua Hin Railway Station . Port wajib OOTD.
  • Day 17: Hua Hin ➡️ Prachuap Khiri Khan ➡️ Hat Yai
    • Timing: 10h( google maps time ) / 12 hrs (actual Time)
    • Perjalanan : + / – 750km
    • Hotel: Buri Sriphu Boutique Hotel
    • Recommended – Sarapan di Hua Hin: Tan Roti Mataba
    • Tempat wajib pergi sampai Hua Hin – port OOTD; Hua Hin Railway – Hua Hin Beach –
    • Singgah kejap ke Prachua Khiri Khan. Janji sampai
Hua Hin Beach
  • Day 18: Hat Yai ➡️ Kajang
  • Lunch di Kai-Tod Decha – then singgah di Khlong Hae Floating Market
  • Sampai border Thailand – Malaysia BKH jam 8.00 mlm
  • Alhamdullillah, selamat sampai Kajang jam 4.30pg

Total kos:

Malaysia ➡️ Thailand ➡️ Malaysia
Total in KM : + / – 7000KM
Duration : 18 Days
Total hangus – Ron95 + Hotel / Hostel: + / – RM 5,000

Cara bawa kenderaan masuk Thailand?

Kalau nak bawa masuk kena make sure dokumen lengkap. Antara yang kena ada adalah:
– Pasport (Pastikan masih hidup. Passport dah nak expired lagi 6 bulan elok renew siap-siap)
– Geran Kenderaan (bawa salinan/ori)
– Jika kenderaan milik syarikat/hak milik penama orang lain, kena buat surat pengesahan dari owner – surat bahasa Inggeris ye..
– Nak tahu lebih lanjut pasal bab ni, tekan sini >> Cara Bawa Kenderaan Masuk Thailand

Wifi Support?

Korang boleh rental portable wifi from Samurai WiFi Malaysia – Terbaik coverage kali ni.
Nak booking? Klik sini: Booking WiFi Samurai


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *