Gadis ini kongsi trip solo ke Semporna – Snorkeling, makan seafood unlimited!

Ada tak yang plan nak pergi bercuti dalam masa terdekat ni? Nak pergi dengan member, member busy.. nak pergi sorang-sorang tak tahu pula what to do 1st rite? Haa.. mungkin perkongsian sister Chut yang baru-baru ni travel solo ke Semporna, Sabah boleh dijadikan inspirasi buat para wanita!

Tak perlu nak travel jauh-jauh guys, korang start ja dulu dari dalam negara. Dah biasa gerak solo baru panjangkan kaki ke luar pulak.. hehe


Actually dah lama nak pergi Sabah tapi takda kawan untuk teman. Then i saw this one tweet on Twitter promote trip to Sabah yang sesuai untuk yang nak travel solo. So tanpa fikir panjang i terus WhatsApp number attached kat tweet tu and tadaaa! Here I’m dekat Sabah dah!

Btw, this trip (4D3N) is under AbgHa, sporting nak mampus ya orangnya! Just imagine, 1st day dah macam member masing-masing.

Bajet berapa?

Total hangus around RM1.6k inc everything (flight, makan minum, aktiviti) korang tinggal bawa diri ja. Tidur dekat waterhouse, unlimited seafood , fun circle weh! One of the best thing follow this trip sebab hari-hari makan unlimited seafood! Takda limit sorang 3pcs ka apa, boleh makan sampai pengsan guys memang gain weight ya balik trip ni! Haha..

Night view at Semporna is so sempurna! Malam-malam baring kat luar enjoy the breeze and star gazing

Itinerari

  • Day 1
    • KL – Tawau
    • Van ke Pekan Semporna – naik bot ke penginapan
    • 2ptg: Check in – rest
    • Minum ptg – dinner
  • Day 2
    • Breakfast – mataking
    • Lunch
    • Snorkeling di Timba-timba
    • Snorkeling di Pom-pom
    • Minum ptg – dinner
  • Day 3
    • Breakfast
    • Bohey Dulang – Matabuan
    • Lunch – Sibuan
    • Minum ptg – dinner
      *Bohey dulang kitorang tak dapat pergi sebab hujan pagi tu so snorkelling sampai pengsan!
  • Day 4
    • Breakfast – prepare nak balik
    • Bot balik ke Pekan Semporna – van – airport
    • Tawau – KL

Berbaloi ke gerak solo?

Lagi satu yang best pasal trip ni sebab siap ada pakej orang amikkan gambar ye! Dah la cantik-cantik guna iPhone 14 pro max lagi. hehe..

So as conclusion trip ni berbaloi and trusted! I enjoy soooooo much sampai rasa taknak balik hahaha..

Any tips?

  • Bawa baju yang ringan senang kering/tak berat
  • Outfit bawak yg color contra like kuning/merah/hot pink so that your OOTD lagi cantik!
  • Sandal bawal la yang comel-comel sikit jangan jadi cam i bawak sandal buruk so OOTD spoil la sikit..

Kalau terdetik nak pergi tu ws ja terus jangan lambat2 sebab nk tunggu korang betul2 free tu lambat lagi. Book ja dulu and the best thing is boleh bayar ansuran. Student pun tak rasa terbeban nk pi healing.. Boleh contact no ni ya: +6010-201 0138


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *