Nikmati hidangan buffet Ramadan ‘vibes’ kampung di Zebra Square Kuala Lumpur – Serendah RM45 ja!

Sedar tak sedar, kita semakin menghampiri bulan Ramadan yang penuh barakah. Sempena bulan yang mulia ini, pasti ramai yang tak sabar nak  menunaikan ibadah puasa dan tarawih kan. Haa, tapi mesti ada juga yang tak sabar nak membeli juadah di bazar atau mungkin ingin berbuka secara buffet bersama insan tersayang. Dah tahu ke nak iftar dekat mana Ramadan tahun ni? Kalau masih mencari lagi ‘port’ yang menawarkan aneka hidangan yang enak, mungkin anda boleh cuba berbuka di Zebra Square Kuala Lumpur.


Ramadan tahun ini, Zebra Square Kuala Lumpur menawarkan hidangan buffet bermula dari 25 Mac hingga 19 April 2023. Anda akan dihidangkan sajian yang disediakan oleh Chef Eksekutif Mohamed Muzaffar dan kru dapur yang berdedikasi. Marvelous beb!

Apa je menu yang ditawarkan?

Pelbagai masakan anda boleh cuba disini. Dari masakan ala kampung sampailah ke hidangan ala-ala western gitu. Difahamkan, ada hampir 88 jenis masakan dengan 12 stall menarik akan dibuka. Haa, memang rambang mata la korang tak tahu nak cuba yang mana satu nanti.

Antara best choice yang kalian kena cuba kat sini adalah Ayam Palembang. Serious sedap! Selain itu, ada juga kambing bakar yang diperap dengan ramuan istimewa. Memang terliur tengok kambing golek tu weh! Anda juga boleh try aneka lauk tradisional seperti Daging Gulai Kentang Utara, Ikan Masin Nenas, Kerabu Sotong, dan banyak lagi!

Ada juga dessert seperti puding nanas, cream puff, egg tart dan macam-macam lagi!

Dari segi suasana pula, memang rasa vibes ‘kampung’ gitu. Syok la layan masakan kampung dengan vibes sedemikian. Tambah berselera la kome~~

Ada surau tak?

Jangan risau! Dekat Zebra Square ini fasiliti complete. Surau ada, toilet ada, Wi-Fi pun adooo~ Selain itu, korang tak perlu nak pening kepala fikir nak parking kat mana sebab ada lebih 154 lot FREE parking disediakan.

Harga Buffet

  • Dewasa: RM85.90
  • Kanak-kanak (bawah 12 tahun): RM45
  • Warga emas: RM45
  • Kalau nak harga laaagi murah, beli Early Bird punya guys! Beli 5 seat, dapat 1 free seat!  *tawaran mulai 26 Feb – 20 Mac 2023
  • Berminat nak tempah? Hubungi no dibawah:
    • 019-340 5719 / 019-233 1180 / 017-251 6316
  • Alamat: Zebra Square Kuala Lumpur, No. 18 & 20, Jalan Kampung Pandan, Off Jalan Tun Razak, 55100 Kuala Lumpur (dekat dengan bulatan Kg Pandan/seberang stesen minyak Shell)

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *