Nak menang percutian ke Korea? Jom sertai Spend & Win Watsons!
Menjelang musim bunga yang akan tiba tidak lama lagi, Watsons dengan kerjasama Korea Tourism Organization Malaysia melancarkan kempen K-Beauty Festa ‘I Got Seoul’.
Kempen yang bertujuan untuk meraikan ‘the aesthetic of Korea Beauty’ ini akan berlangsung dari Februari hingga 29 Mac 2023.
Menurut Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh, kempen K-Beauty Festa ‘I Got Seoul’ ini bersesuaian dengan trend K-beauty yang semakin mendapat sambutan di negara ini. Malah, pihak Watsons Malaysia ingin memberi peluang buat para pelanggan merasai vibes Korea itu sendiri.
Rasai Korea vibes di K-Beauty Festa!
Menerusi kempen K-Beauty Festa ‘I Got Seoul’, terdapat lebih 25 jenama K-Beauty yang terkemuka boleh dicuba seperti Some By Mi, PeriPera, Pink by Pure Beauty, Mise en Scene dan banyak lagi!
Anda juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman mendekati produk kecantikan K-Beauty ini di Depoh Sentul KL bermula 16 hingga 19 Mac 2023.
Banyak aktiviti menarik boleh anda sertai sepanjang festival berlangsung disana seperti menyertai workshop kecantikan, sesi Meet & Greet, mencuba makanan khas dari Korea dan macam-macam lagi!
Rebut tiket percutian 5D4N ke Korea!
Menariknya, kempen K-Beauty Festa ‘I Got Seoul’ ini bukan sahaja memberi pendekatan buat anda mengenali lebih mendalam produk-produk kecantikan dari Korea. Malah, anda juga berpeluang untuk memenangi tiket percutian ke Korea Selatan selama 5hari 4malam!
Macam mana nak sertai?
- Pastikan anda menjadi Watsons Club Member
- Sertai peraduan ‘Spend & Win’ – anda perlu berbelanja RM120 ke atas dalam satu resit
- Tertakluk bagi produk jenama yang mengambil bahagian sahaja (boleh beli di kedai atau secara dalam talian)
- Hantar penyertaan anda menerusi pautan www.watsons.com.my/promo-k-beauty
- Bagi kalian yang menjadi ‘Elite Member’, anda berpeluang menyertai peraduan ini sebanyak 2kali!
- 10 pemenang bertuah akan dipilih
- Peraduan berlangsung dari 23 Februari – 29 March 2023
Menarik kan tawaran dari Watsons Malaysia ni! Tunggu apa lagi, jom pakat ramai-ramai sertai peraduan di atas! Untuk ketahui maklumat lanjut, sila layari www.watsons.com.my/promo-k-beauty