10 tempat makan best di Cyberjaya!
Jika sebut Cyberjaya, apakah yang bermain di minda kalian? Mungkin sebilangan berpandangan Cyberjaya tadak benda best pun plus ‘krik-krik’ jela.. silap tu gang! Dekat Cyberjaya sekarang ni dah ada macam-macam kedai makan yang menarik ye. Kalau malam pun dah ada tempat lepak best korang boleh chill2 ye.. nak tahu kat mana? Jom baca perkongsian dibawah:
10 tempat makan best di Cyberjaya:
1. Santapan Cafe
- Bagi kalian yang mencari tempat breakfast menarik di Cyber, bolehlah singgah di Santapan Cafe
- Dekat sini korang kena try ‘Roti Sarang Mac & Cheese’, nampak macam pelik tapi sedap doe!
- Selain itu, ada juga menu lain seperti lontong kuah lodeh, pulut rendang, puri dhal & sardin
- Kalau time lunch, boleh cuba nasi ulam ikan bawal. Recommended! Nasi putih ni digaul dengan ulam seperti bunga kantan, serai dan kacang panjang. Cicah dengan sambal kicap pedas.
- Boleh juga cuba nasi dengan asam pedas ikan tenggiri, berbaloi harga dengan portion yang dihidangkan.
- Waktu Operasi: Setiap hari // 8pagi – 2.30 petang
- Lokasi: CBD Perdana 2, Cyberjaya (sebaris dengan Salam Noodles)
2. Kocha Lala
- Bagi kalian yang gemarkan selera masakan kampung, jom singgah makan di Kocha Lala
- Boleh try ikan jenahak dan daun kayu masak tempoyak, memang slurpp sebab kuah pekat!
- Selain itu, ada juga lempeng kelapa yang dicicah dengan sambal ikan bilis
- Oh selera Johor pun ada macam kacang pool, mee bandung Muar dan mee kari
- Waktu Operasi:
- Isnin – Khamis: 12tghari – 8.30mlm
- Jumaat: 11pagi – 9.30mlm
- Sabtu & Ahad: 9pagi – 9.30mlm
- Lokasi: Kocha Lala di Tamarind Square (sebelah myNEWS)
3. Ay Cinta Cafe
- Ay Cinta Cafe turut menawarkan pelbagai sajian di pagi hari yang menyelerakan!
- Antara yang kalian patut cuba adalah set pulut kuning yang dihidangkan dengan rendang ayam (best selling)
- Oh jangan lupa try set breakfast western – waffle chicken! Lain dari yang lain okie
- Selain itu, ada juga menu seperti mee sup utara, mee kari. Portion banyak dan meriah beb! kuah pekat memang mantap!
- Waktu Operasi:
- Isnin – Khamis: 8pagi – 6ptg
- Jumaat: 8pagi – 7ptg
- Sabtu: 8pagi – 5ptg
- Lokasi: AY Cinta Cafe di Glomac, Cyberjaya (sebaris dengan Bank Rakyat)
4. Mr. Mee Authentic Xinjiang Cuisine
- Tekak nak merasa makanan Chinese style? Don’t worry, boleh try makanan Cina Muslim di Mr. Mee Authentic Xinjiang Cuisine!
- Dulu kedai ini dikenali sebagai ‘Hot Meal Bah’ tapi dah tukar management but still makaan sama sedap-sedap belaka
- Salah-satu yang wajib dicuba adalah Cumin mutton chop. sedap weh!
- Selain itu, Xinjiang potato chicken – portion besar, sesuai untuk share ramai-ramai (4-6 orang)
- Alang-alang dah ke mari, wajib order Chinese Ba Bao tea okie!
- Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Jumaat // 10pagi – 10mlm
- Lokasi: Mr. Mee Authentic Xinjiang Cuisine di CBD Perdana 2, Cyberjaya (sebelah Salam Noodles)
5. Warung A&A
- Kalau nak ‘pekena’ shellout, silalah ke warung A&A!
- Kalian boleh try shellout dengan kuah Kam Heong, pekat dan spicy! Kalau nak creamy sikit ambil kuah buttermilk
- Selain itu, ada juga siakap steam limau. Memamg kick beb! ikan segar-segar belaka
- Boleh juga cuba rasa daging sambal petai dengan nasi goreng kambing blackpepper. kambing juicy sungguh!
- Oh ya, dekat luar warung A&A ni ada juga vendor kedai makan lain yang korang boleh try
- Waktu Operasi: Buka setiap hari // 4ptg – 1.30pagi
- Ditutup hari Ahad minggu pertama & ketiga
- Lokasi: Plaza Crystalville (sebelah Shell Cyberjaya)
6. Tumez Cafe
- Buat anda yang nak makan ikan bakar, jom lerr ke Tumez Cafe!
- Bukan setakat ikan bakar, masak lemak cili api, sambal berlado dan sambal petai pun ada ye geng
- Dekat sini dihidang jenis set dulang tapi korang boleh ja add on lauk lain
- Oh ya, untuk hidangan bakar-bakar mula disaji jam 5pt – 10.30 mlm sahaja
- Waktu Operasi: Buka setiap hari kecuali Ahad // 11pagi – 10.30mlm
- Lokasi: Tumez Cafe, Rekascape
7. The India Gate Restaurant
- Nak merasa Indian cuisine yang sedap dan authentic? Jom ke The India Gate Restaurant
- Jangan risau sini status ‘Muslim friendly’, no pork & no alcohol served
- Boleh try nasi briyani chicken lollipop kat sini, sedap beb! Ayam dia rasa sweet-sour gittew
- Mixed naan memang paling syok makan dengan butter chicken. Kuah flavorful dan sangat creamy
- Mixed chicken Tikka portion besar, boleh makan untuk 4-5 orang
- Jangan lupa try teh masala dan ‘almond & gula Melaka kulfi’ kat sini!
- Waktu Operasi: Buka setiap hari // 11pagi – 11mlm
- Lokasi: India Gate Restaurant – Shaftsbury Square, Cyberjaya (Ground Floor)
8. Mildura Lane Coffee
- Mencari port untuk chill dengan rakan-rakan? Jom ke Mildura Lane Coffee
- Sambil kalian lepak-lepak, bolehlah try coffee, pasta dan dessert yang menarik disini
- Jangan lupa try creamy mushroom toast, sos pekat, creamy dan langsung tak muak! Mushroom pun banyak
- Waktu Operasi: Dibuka setiap hari kecuali Selasa // 9pagi – 6ptg
- Lokasi: Tamarid Square di unit D-02-03-02 (sebelah San Francisco Coffee)
9. Pastribella Bakeshop
- For those yang suka spot lawa-lawa dan instagram things gittew, jom lepak di Pastribella Bakeshop!
- Oh ya, kalau nak tahu owner kedai ni adalah Dr. Ezani, juara Masterchef Malaysia musim pertama tu guys!
- Recommended for cake lovers! wajib ke mari ya
- Banyak kek gebu-gebas yang sedap untuk dicuba kat sini, salah-satunya burn cheesecake
- Selain itu ada juga western food macam Singapore chilli prawn spaghetti, Almond coriander pesto dan banyak lagi!
- Waktu Operasi: Dibuka setiap hari // 12tghari – 9mlm
- Lokasi: Tamarind Square di unit D3-04-03 (Boleh naik melalui tangga dari Burger King atau BookXcess
10. Cubee Cafe
- Masuk ja dalam Cubee Cafe ni nanti, korang akan rasa luas dan cozy!
- Memang sesuai dijadikan port makan santai dengan family dan kawan-kawan
- Antara yang menarik untuk dicuba kat sini adalah roasted chicken, dipanggang hingga isi ayam juicy dan tak kering. Sedap bila cicah dengan demi-glace sauce
- Boleh try ‘Mother clucker chicken burger’ dan ‘Beef pablo burger’, patty memang rangup!
- Cafe ini turut mensajikan pelbagai jenis pai, dan croffle yang rangup
- Waktu Operasi: Dibuka setiap Sabtu – Khamis // 9pagi – 5ptg
- Lokasi: Shaftsbury Square Cyberjaya (sebaris Pizza Hut)
Jom ke ‘Lorong Belakang’ Cyberjaya!
- Haa satu lagi port menarik kalian kena datang dekat Cyberjaya pada hujung minggu adalah di Lorong Belakang Cyberjaya!
- Tempat ni ala-ala uptown la tapi level up sikit sebab mostly yang berniaga disini terdiri daripada vendor makanan & barangan preloved, bundle etc, kedai bunga fresh & henna etc
- Selain itu, korang boleh juga chill layan buskin beb!
- Waktu Operasi: Setiap Sabtu // 4ptg – 12tghmlm
- Lokasi: Belakang bangunan Shaftsbury Square
Kalau nak tahu banyak lagi port menarik atau any berita tentang Cyberjaya, boleh follow Facebook Cyberjaya Info okie!
Sumber: Cyberjaya Info
Bestnya. Thank you share Info. Nak try nanti.:)
jangan lupa pergi Lorong Belakang kt Cyberjaya tu ya! Port best lepak malam2!