Sempena cuti sekolah! Jom bawa anak-anak ronda ibu kota menaiki KL Hop On Hop Off
Tak lama lagi musim cuti sekolah akan tiba! Jadi, mesti ramai ibu bapa yang pusing kepala piki nak kemana pula cuti sekolah kali ini kan? Haa.. tak perlu susah-susah bawa pergi jauh-jauh, apa kata kalian bawa anak-anak ronda Kuala Lumpur dengan menaiki bas ‘double decker’ iaitu KL Hop On Hop Off! Tak tahu macam mana nak naik bas dua tingkat ni? Jom ikuti perkongsian daripada sis Syaqira Kyra di bawah..
Disebabkan minggu depan dah start cuti sekolah, jom bawa anak-anak ronda KL naik double decker bus, boleh pusing 1 kuala lumpur dalam masa dua jam! Bukan anak je yang seronok, mak bapak pon seronok!
Kalau nak naik bas ini, ada dua waktu which is naik pada siang hari ataupun malam. Tapi trip nak naik tu beza sikit. Boleh refer bawah ni ya:
1. Day Trip
- Kalau siang – dari jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang
- Last trip kena naik bas jam 4:00 petang ya
- Boleh naik kat mana-mana pit stop
- Harga tiket:
- Dewasa : RM30
- Kids (5-12y) : RM20
- Kids (0-4y) : Free
2. KL City of light tour – night
- Kalau malam, dari jam 8.00 malam hingga 10 malam ja. Memang ada 1 waktu ni saja ya
- Wajib naik bas di check point Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang sahaja
- Harga tiket:
- Dewasa : RM35
- Kids (5-12y) : RM20
- Kids (0-4y) : Free
Dekat mana je lokasi dilalui?
- Soal laluan ni, boleh dikatakan ada lebih 15 pit stop ya bas ini akan lalu. Berikut senarai pit stop yang ada:
- Sg Wang Plaza (Main Kiosk)
- Swiss Garden
- China Town
- Central Market
- Little India
- KL Sentral
- National Museum
- National Palace
- Lake Garden
- Bird Park
- National Mosque
- Merdeka Square
- Medan MARA
- KLCC
- MaTIC
- KL Tower
- P. Ramlee
- Aquaria
Beli tiket kat mana?
Kalau nak senang, korang beli ja secara online. tak payah susah-susah nak beratur panjang. Boleh redeem tiket di kiosk Sungei Wang Plaza, Bukit Bintang.
Any tips?
- Make sure makan siap-siap sebelum naik bas sebab tak boleh bawa makanan ye! Jangan lupa bawa air kosong, nanti haus pula sebab 1 trip, 2 jam guys!
- Nak fefeling udara ibu kota, trylah seat belah atas tadak bumbung tu
- Enjoy ya!
nak tahu lebih lanjut, boleh refer laman web myhoponhopoff.com
Menarik dibaca:
- 7 aktiviti menarik dicuba bersama BFF di Petaling Street! (klik untuk baca)
- Floresta Hotel @ Chinatown, KL – bilik luas, selesa dengan harga murah! (klik untuk baca)
- Element Hotel Kuala Lumpur – hotel dengan kolam renang view KLCC (klik untuk baca)