10 Tips jika ingin buat roadtrip di Iceland

Pasti ramai dalam kalangan kita yang merindui percutian ke luar negara. Ada juga yang dah mula throwback moment-moment indah semasa bercuti kat oversea ye! Oleh kerana penularan pandemik COVID-19 masih lagi dalam keadaan yang tidak menentu.. kita semua harus jaga dan patuh SOP yang ditetapkan oleh kerajaan.

Justeru, untuk mengubat rindu korang yang nak travel ke luar negara tu.. kali ini Kaki Travel kongsikan pengalaman dan tips menarik dari sis Nyna Bananyna sewaktu bercuti di Iceland! Haa mana tahu nanti border dah bukak korang boleh jejak ke Iceland. Bagi kalian yang memang dah lama simpan niat untuk ke Iceland tu.. meh baca 10 tips berguna sebagai persediaan untuk roadtrip disana.


  • Mulakan tabiat menabung!
    • Apa yang sis boleh katakan.. Iceland ni kira mahal jugak la berbanding negara-negara Eropah yang lain. Jadi, korang kena start saving kalau nak kena sana!
    • Nak lagi jimat, korang masak sendiri. Cuba bawa bekal along the journey ya. Korang takkan menyesal bawak bekal sebab sepanjang roadtrip tu konfem rasa lapar je.. haha


  • Bawa kad kredit/debit
    • Part ni penting ya lagi-lagi sewaktu korang nak sewa kereta, memang akan perlukan kad kredit.
    • Oh ya, cards are accepted everywhere, even kalau korang nak masuk toilet pun boleh guna kad sahaja. So don’t worry about cash if taknak bawa banyak.


  • Air paip dijamin selamat!
    • Dekat Iceland ni.. korang boleh ja minum air dari paip tu directly sebab dijamin selamat ya.
    • Kalau korang nak taw, air paip kat Iceland ini merupakan one of the cleanest and most delicious drinking water in the world! tak percaya?? Nanti dah sampai sana cuba rasa sendiri okay!


  • Full tank!
    • Before korang nak mulakan roadtrip, sila pastikan minyak kereta sentiasa berisi. Check dulu before gerak beb, sebab dah banyak kali incident minyak nak habis tapi tak jumpa petrol station. Hahaha.
    • Korang kena alert part ni sebab stesen minyak dari satu tempat ke satu tempat tu boleh dikatakan agak jauh jugak lerr. Please alert dengan keadaan minyak kereta kalian.


  • Kedai murah untuk berbelanja?
    • Okay, kalau korang nak something like bahan makanan etc, sila beli di Bonus Supermarket. Walaupun logo market ni gambar babi (hahaha), tapi barang-barang kat kedai ni murahlah juga daripada supermarket yang lain.


  • Cuaca tak menentu?
    • Cuaca dekat Iceland ini sering berubah-ubah. Boleh jadi kejap hujan lepas tu bertukar jadi panas pulak. Tak lama lepas tu tetiba turun salji. Unik kan?
    • So, sebagai langkah berjaga-jaga.. sila sediakan extra layers and waterproofs.
    • Oh ya, time korang nak sewa kereta tu kan.. pastikan tayar kereta sewa dilengkapi dengan snow chain.


  • Warna striking for OOTD!
    • Bagi kalian yang suka OOTD.. make sure pakai baju yang warnanya striking!
    • Boleh cuba pakai baju warna merah, biru terang, kuning atau shocking pink untuk nampak outstanding.
    • Masa kat sana, sis pakai warna mustard mostly so gambar agak tenggelam sebab dah sama warna dengan tanah. Hahaha..



  • Aurora oh Aurora~~
    • For those yang memang dah lama aim nak shoot aurora, pastikan korang rajin check aurora forecast. Masa sis pergi ni rezeki nak ketemu aurora tak kesampaian.. huhu
    • Oh ya, sila standby tripod untuk shoot aurora. Mana tahu rezeki korang dapat lihat secara live kat sana kan? boleh shoot terus. Good luck!

  • Cas bateri! Cas bateri! Cas Bateri!
    • Untuk pengetahuan kalian, bateri kamera akan cepat drain sewaktu cuaca sejuk.
    • Justeru, untuk pastikan korang tak terlepas any moment yang indah sewaktu trip.. sila pastikan bateri full and ya bawa extra bateri kamera.
    • Sila bawa sekali waterproof case/plastic untuk cover kamera/phone korang sewaktu menuju ke air terjun.


  • Port menarik wajib disinggah?
    • Kalau nak tahu.. Geothermal pools merupakan salah-satu tarikan utama di Iceland! Sis berkesempatan pergi ke Blue Lagoon and rasanya sangat berbaloi walaupun harganya agak mahal. haha
    • Bayangkan cuaca sejuk gila masa tu then dapat berendam dalam geothermal. Fuhhhh layan gila. Bukan selalu merasa pengalaman sebegini so why not cuba kan?




Menarikkan perkongsian dari sis Nyna Bananyna ni! Marilah kita sama-sama doakan agar pandemik COVID-19 makin reda.. supaya industri pelancongan bisa pulih seperti sedia kala dan kita semua boleh lepas rindu untuk travel ke sana sini! Stay Safe everyone!!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *