Pulau Songsong – destinasi ‘hidden gem’ di Kedah

Pastinya jika bercakap tentang pulau di negeri Kedah, ramai yang akan bercerita tentang Langkawi. Namun begitu, sebenarnya terdapat lagi pulau-pulau lain di negeri Kedah yang boleh anda terokai. Salah satunya adalah Pulau Songsong yang terletak di daerah Yan, Kedah.

Pulau Songsong ni merupakan salah satu daripada empat pulau yang terdapat dalam kawasan Jerai Geopark. Empat pulau tersebut ialah:

  • Pulau Songsong
  • Pulau Bunting
  • Pulau Bidan
  • Pulau Telor

Pulau Songsong ini boleh dikategorikan sebagai pulau yang paling popular antara keempat-empat pulau tersebut kerana ia mempunyai kawasan yang sesuai untuk melakukan pelbagai jenis aktiviti.

Tawaran pakej yang menarik ke Pulau Songsong!

Untuk menjejakkan diri ke Pulau Songsong, anda perlu menaiki bot selama lebih kurang 20 ke 30 minit.  Perkhidmatan bot ini boleh didapati di jeti Sg Udang, Yan. Biasanya ejen-ejen pelancongan di sini akan menawarkan pakej ‘Day Trip’ atau pun pakej ‘Camping’ satu malam di sana.

Jom pergi snorkelling!

Suasana di Pulau Songsong ini memang tenang dan santai. Sesuai untuk anda yang nak ‘chill’ hilangkan rasa tekanan stress bekerja. Banyak juga aktiviti menarik boleh anda cuba lakukan di sini. Antaranya anda boleh membawa makanan untuk berkelah dengan keluarga, pergi snorkelling, bermandi-manda di pantai dengan anak-anak, memancing dan berfoto di sekitar persisiran pantai yang berbatu merah (batu lumpur). Boleh tahan cantik view nak berfoto di pulau ini ya!

Foto: Kedah Tourism
Foto: Kedah Tourism
Foto: Kedah Tourism

Tips sekiranya ke Pulau Songsong

  • Dekat pulau ini tiada gerai atau warung yang menjual makanan/minuman, seeloknya anda bawa bekalan sendiri, takut kehausan sebab cuaca biasanya panas
  • Jika anda berkelah di sini, sila pastikan kebersihan kawasan dijaga. Sila bawa balik sampah anda sewaktu meninggalkan kawasan pulau
  • Dalam kawasan pulau ini turut disediakan surau dan tandas
  • Tiada chalet, homestay atau resort dekat dalam pulau ini, tapi kalau nak berkhemah boleh cuma anda kena bawa khemah sendiri atau sewa dengan para ejen yang tawarkan trip ke sini
  • Banyak pakej yang ditawarkan, ada pakej yang termasuk snorkelling, ada pakej yang sekali dengan makan tengahari dan macam-macam lagi. Boleh buat pilihan mengikut kesesuaian waktu dan bajet anda

Jika dah boleh melancong nanti, ikutlah saranan Menteri Pelancongan YB Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dan praktikkan amalan norma baharu. Melanconglah dengan selamat…

Artikel ini adalah hasil kolaborasi bersama Kaki Travel dan Tourism Malaysia selaras dengan kempen Cuti Cuti Malaysia!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *