Trip 3 hari kembara ke Tanah Tinggi Bakelalan, Lawas, Sarawak

Seronok kan kalau dapat mengembara ke tempat orang lain. Nak pula kedatangan kita ke sana memberi pengalaman yang menakjubkan untuk diingati. Kali ini, salah seorang followers Kaki Travel iaitu Nurul Anis Abu Bakar ingin berkongsi pengalamannya ke Tanah Tinggi Bakelalan yang terletak di Lawas, Sarawak. Apa yang menarik kat sini? Haa.. korang kenalah baca artikel ni sampai habis!


Trivia mengenai Bakelalan:
– Terletak di daerah Lawas di Bahagian Limbang.
– Dahulunya dikenali sebagai ‘Ba’kelalan’ : Ba’ bermaksud Sawah Padi manakala Kelalan bermaksud Sungai.
– Kawasan yang terdiri daripada 13 buah kampung etnik Lun Bawang.
– Kedudukan Bakelalan berada 3,000 kaki (910m) tinggi dari aras laut dan mempunyai suhu persekitaran di bawah 21°C
– Kawasan ini sejuk dan sangat indah pemandangannya umpama Switzerland versi Malaysia!
– Bakelalan juga terkenal dengan produknya seperti beras,garam, strawberi malah suatu ketika dahulu cukup terkenal dengan ladang epal!!



Cara untuk ke Bakelalan:
-Boleh melalui jalan darat atau jalan udara.
Dari Bintulu setelah perjalanan darat selama 2 jam, kami memilih perjalanan melalui jalan udara ke Bakelalan melalui penerbangan twin otter Miri-Lawas-Bakelalan. Untuk pengetahuan korang semua, Airport Bakelalan adalah airport terkecil di Malaysia taw! Sampai ja kat destinasi, terasa kesejukan angin tanah tinggi..



Hari Pertama:
– Melawat Purait Strawberry Farm ; kat sini boleh rasai sendiri kesegaran strawberi organik dan beramah mesra dengan pemilik ladang ini.
– Then, kami berjalan di sekitar sawah padi serta beramah mesra dengan warga kampung yang sedang menangkap ikan di sawah.
– Kami meneruskan perjalanan ke homestay melalui batas padi dan meniti buluh merentasi sungai sebelum sampai ke homestay yang tersergam indah di tengah sawah berlatar belakangkan bukit bakau.
– After lunch, kami meneruskan aktiviti trekking ke Pa Sarui View Point untuk melihat kawasan Kampung Buduk Nur dari atas bukit.
– Trek ke sini agak mudah.
– Dari atas kami dapat melihat kehijauan sawah padi yang mengelilingi perkampungan ini.
– Setelah itu kami kembali ke homestay dan menanti matahari terbenam dan pada waktu malam selepas makan kami menikmati jutaan bintang ‘milky way’ , tahi bintang dan kunang-kunang sambil menahan kesejukan angin tanah tinggi.





Hari Ke-2:
– Selesai sarapan, kami trekking ke Sungai Kumap untuk melihat penghasilan garam di Lg Kumap salt spring.
– Seterusnya mandi manda di sungai, air sungai di kawasan tanah tinggi memang tidak dapat lagi dinafikan tahap kesejukannya! Umpama mandi di dalam air berisi ais hehe..
– Selepas itu, kami melawat tapak projek epal Bakelalan dan melawat sekitar kampung Buduk Nur.
– Pada waktu petang pula, kami berjalan sekitar kawasan sawah padi dan malamnya kami mengulangi aktiviti malam pertama.




Hari Ke-3:
– Kami melawat Bakelalan Airport Handcraft dan bertolak pulang.
– Keseluruhannya kawasan tanah tinggi Bakelalan adalah salah satu destinasi wajib untuk sesiapa yang ingin menelusuri kehidupan masyarakat Lun Bawang.
– Sepanjang di sini pelbagai kisah menarik dikongsi oleh guide kami Badau, pemilik homestay Andy dan Maureen.
– Selain aktiviti santai, boleh juga ke sini untuk untuk mendaki Gunung Murud iaitu gunung tertinggi di Sarawak, melawat sempadan Kalimantan (masih lagi ditutup disebabkan oleh PKPP), trekking ke waterfall, bird watching dan banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini!



Homestay Bakelalan Owl House
Sepanjang di sini, kami menginap di homestay Bakelalan Owl House yang terletak ditengah-tengah sawah padi. Menginap di sini mengembalikan kembali nostalgia zaman kanak-kanak. Hidup tanpa gajet, bergerak ke mana-mana berjalan kaki meniti batas padi, boleh juga mengail ikan, bermain selut di sawah padi. Korang takkan rasa suram sebab orang kat sini semua ramah-ramah! Seronok taw!





Menarikkan trip sister ni? Untuk maklumat lanjut berkaitan pakej, guide dan homestay boleh terus rujuk FB Page Bakelalan Owl House


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *