Warnai percutian di Kampung Pelangi, Kuala Selangor

Buat anda yang meminati lokasi berwarni-warni.. di Indonesia, terdapat perkampungan yang sememangnya ceria dengan pelbagai warna. Namun, tahukah anda bahawa di Malaysia juga mempunyai destinasi yang seakan sama dengan perkampungan tersebut? Jika anda masih belum ketahui, mari baca perkongsian dari bro Helmi Baharum mengenai Kampung Pelangi yang terletak di Kuala Selangor, Selangor.

Kampung Pelangi Kuala Selangor (KPKS) merupakan sebuah produk pelancongan Selangor terbaharu *baru sahaja dibuka pada 5hb Mac 2021. Tempat ini bukan sahaja sesuai untuk dijadikan kawasan beriadah dengan insan tersayang, malahan anda juga boleh menginap disini bagi merasai keindahan lokasi yang sangat ceria!

Apa je ada di Kampung Pelangi Kuala Selangor?

  • Bagi saya, agak berbaloi untuk kunjung ke sini sebab banyak kemudahan disediakan dan banyak spot-spot menarik untuk bergambar
  • Antara kemudahan yang ada:
    • Mini Zoo: boleh tengok rusa, kuda, arnab, ayam, burung, kambing, angsa dan banyak lagi
    • Kemudahan penginapan: Hobbit stay, Tubestay, Cabinstay, Arabianstay, Capsulestay, Container dan lain-lain
    • Archery dan Yoyo Kart : percuma bagi semua pengunjung (ada bayaran untuk main ekstra)
    • Obstacle games // Indoor games
    • Restoran, tandas dan surau juga ada ya

Jom bermain Teng-Teng Gergasi!

  • Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan disini, antaranya ialah:
    • Yoyocart *siap ada Yoyocart track slide lagi
    • Archery
    • Pet Feeding / Tangkap ikan
    • Naik Keretapi Drum ATV
    • Bermain Soopa Doopa, Trampoline, Giant Dam Ular, Teng-Teng Gergasi
    • Bermain bola sepak
    • Berbuaian di Hammock yang santai
    • BBQ

Harga Tiket: RM15 (dewasa)

Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh tengok di FB Page Kampung Pelangi Kuala Selangor // Kuala Selangor Cabin Camp. Semoga hari-hari anda seindah pelangi guys!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

1 Response

  1. Ida Widyani says:

    Assalamualaikum, rumah saya dekat kuala selangor, tapi x pernah sampai sana. Insya-Allah, boleh lah pergi cuti sekolah nanti. Terima kasih atas perkongsiannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *