Halloween di Lost World of Tambun, Ipoh
Bulan Oktober pastinya sinonim dengan sambutan Halloween. Taman tema The Lost World of Tambun juga tidak ketinggalan dalam menyambut perayaan ini. Dengan bertemakan The Day of The Dead, ianya menyajikan satu kelainan berbanding tahun-tahun sebelum ini.
Biasanya sambutan Halloween di Malaysia dibuat berdasarkan kepada tema Zombie, tetapi The Day of The Dead lebih menggambarkan kematian mengikut adat tradisi masyarakat Mexico. Di Mexico, “Day of The Dead” juga dikenali sebagai Dia de Muertos dimana ia merupakan hari untuk mengingati mereka yang telah meninggal dunia.
Forest Of The Dead
Untuk bulan Oktober ini, tarikan Luminous Forest telah diubahsuai menjadi Forest of The Dead. Dimana terdapat elemen-elemen serta karakter-karakter The Day of The Dead ditambah bagi menyesuaikan lagi dengan tema Halloween tahun ini. Pengunjung juga berpeluang untuk mengecat muka atau badan dengan luminous paint, dimana ianya akan bercahaya apabila anda masuk ke ruangan Forest of the Dead ini.
Party of The Dead
Party of the Dead adalah merupakan acara kemuncak untuk sambutan Halloween tahun ini. Ianya akan diadakan pada 30hb Oktober 2019. Para pengunjung berpeluang mendapat diskaun 50% dari tiket Night Park jika berpakaian mengikut tema The Day of The Dead.
Anda juga akan diberikan satu pack minuman ‘darah’ ataupun Blood Bag Drink macam dalam gambar dibawah ni
Nak tau apa 5 tarikan menarik dekat Lost World of Tambun ni? Jom tengok video dibawah
Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok www.lostworldoftambun.com atau laman facebook Lost World Of Tambun.