Ada Apa Dekat Ipoh, Perak? – trip rentas negeri

Buat korang yang tengah plan nak pergi bercuti tapi tak tahu nak kemana. Boleh try tengok artikel ini ya. Saya nak kongsi sedikit pengalaman bercuti ke Ipoh selepas PM kata dah boleh rentas negeri. Harap perkongsian kali ini boleh tolong korang well prepare sikit untuk trip ke Ipoh, Perak ya!

First of all, korang kena tahu bahawa Perak merupakan salah-sebuah negeri yang kaya dengan khazanah alam. Kiranya kalau korang jenis minat nature, suka baca benda-benda sejarah, suka tengok benda old school haa moh lerr ke Perak yo.

Tasik Cermin

Rasanya tempat ini makin hari makin femes weh, walaupun lokasinya agak tersembunyi tapi still menjadi buruan orang awam untuk OOTD gittew. Manakan tidak, dia macam fefeling korang masuk ke dunia lain weh. Siapa sangka di sebalik bukit-bukau tinggi melangit ada gua menuju ke tasik yang indah! Seriously, cantik sangat-sangat. Tapi sebabkan masa kami pergi tu ramai gila orang *masa tu weekend* so, agak sukar ye nak bergambar hahaha. Ni saya share sikit info kalau nak ke sana:

– Maybe dulu kena jalan jauh sikit untuk ke tasik tapi sekarang korang boleh dah bawa kenderaan masuk sampai ke depan pintu gua. Kena caj RM5 – 1 kenderaan. Kira macam depan gua tu ada kawasan parkir gak la.

– Untuk sampai ke tasik cermin, kena lalu sebuah terowong (gua). Kena jalan kaki ye, around 2-3 min ja jalan dalam tu. So nak selesa pakailah kasut yang flat sikit kalau pakai heels pepandai la kamu berpaut pada siapa-siapa yang boleh dipaut ye sebab gelap enn.. huhu

Kellie’s Castle

Dah puas masuk gua, tengok tasik bukit batu kapur semua, jom jalan tengok bangunan bersejarah pulak ye. Haa, dekat Perak ini ada satu castle yang orang cakap ‘misteri’ gittew. Tapi tula, cantik weh senibina dia. Ramai juga yang jadikan Kellie’s Castle ini port untuk pre-wedding, shooting and dating. tiber.. Oh just nak cakap, lencun jugak lerr nak ke Kellie’s Castle ni sebab dari jalan masuk depan nak ke castle kena naik jambatan, naik bukit, naik tangga, naik panas jugak lerr. haha tapi for the sake of ‘gambar’ gigih ye guys!

Sedikit info mengenai Kellie’s Castle:
Merupakan sebuah istana lama yang tidak sempat disiapkan. Rekabentuknya berinspirasi daripada sebuah istana Moghul di Agra, India. Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia berserta dengan lif yang pertama dibina Tanah Melayu.

Harga tiket: RM5 – dewasa // RM4 – warga emas
*Harus diingatkan bahawa once korang nak masuk kawasan Kellie’s Castle tu (even tak naik ke building castle tu, just nak duduk area bawah kedai2 tu ja pun still kena beli tiket masuk ye)

Canning Dim Sum

Asyik sembang pasal tempat OOTD ja pun tak ngam gak en? So ni saya share satu kedai dim sum sedap kat Ipoh. Okay, tbh.. saya bukan jenis minat makanan chinese but this one so sedap! Sebab tu saya share dalam ni okie! Don’t worry kedai ni halal plus cantik juga view kat luar kedai ni beb.

Okay, kalau nak makan kat sini.. sampai je kat kedai, sila dapatkan no giliran ya. Sebab ramai sungguh orang yang datang makan. Korang kena sabar around 20-30 min gak la untuk dapat meja makan *ni kalau datang weekend ye, sebab saya pi masa weekend*. Then nanti dah dapat masuk, sila order air. Dim Sum tak perlu order sebab staff dia sendiri yang akan datang kat meja kita bawak macam-macam jenis Dim Sum weh. So korang tinggal nak pilih ja mana satu idaman kalbu. Kalau nak tambah order boleh ja panggil staff tu minta bawakan Dim Sum. Harga? As for me affordable gak la. yang penting sedap.

*Just nak inform, seberang jalan kedai Canning Dim Sum ni ada satu kedai makan. Hari tu tengok ramai jugak beratur makan kat situ. Tak silap ada dim sum juga kat kedai tu cuma bezanya kedai tu dia macam kedai-kedai biasa la so boleh ja kalau korang nak try okie.

Nasi GanjaRumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan

Haa, pernah dengar kan member ke budak ofis korang ke dok sebut-sebut nasi ganja? Disebabkan ramai dok hasut cakap “weh pergi Ipoh jangan lupa try nasi ganja”, so here i go..

Dulu terpiki gak la apa benda nasi ganja ni, rupanya nasi dia ala-ala nasi kandar. Tapi still ada beza ye dengan nasi kandar! Dalam nasi ganja yang saya makan hari tu ada kuah rasa macam kelapa. Tanya my mom, dia cakap tu ‘sambal nyok’. Haa dia macam korang makan tosai tu kuah kaler putih tu haa. *gigih ye nak explain hahaha

Okay, tbh, kedai ni ramai orang. tapi ada trick kalau nak makan sini dengan cepat tanpa perlu beratur panjang. Caranya, korang pergi masuk kedai sebelah nasi ganja ni which is nama kedai tu ‘Cendol Durian’. Kira kedai cendol la. Korang masuk makan situ, order air or cendol then boleh order sekali nasi ganja. Ye, dia ambil order sekali untuk kedai sebelah. So tadak la korang dok kalut beratur panas lit-lit kat luar tu weh. Tapi tula, untuk nasi ganja kat kedai ni, dia da buat set punya only. kira nasi lauk ayam/ nasi lauk daging etc. Kalau jenis nak banjir letak macam-macam lauk, silalah beratur di kedai nasi ganja ye.

Oh wait, kalau nak cari kedai nasi ganja tu, jangan pulak waze ‘nasi ganja’ mau tak jumpa. Korang waze ‘Rumah Tumpangan dan Kedai Kopi Yong Suan’. Sebab kedai nasi ganja tu atas dia signboard tulis benda tulah. Jangan tanya lerr kenapa nama lain jual lain ek..

Laksa Sarang Kafe Setinggan

Bagi peminat laksa pula, sila hadir ke Kafe Setinggan. Dekat sini anda boleh try nikmati hidangan laksa bersarang. Haa, itu sarang sebenarnya telur ye. Saya pergi kedai ini pun sebab member sorang jenis tak makan laksa cakap laksa kedai ini sedap. So kita pun cubalah ek, and yes so shedapppp! Ikutkan kat kedai ini ada jual juga nasi kukus tapi masa saya pergi hari tu dia tak buat pulak nasi. Oh ya, lagi satu yang korang kena try kat sini adalah pau! Ada macam-macam jenis pau beb. Yang menariknya, pau kat sini cantik-cantik. Sayang betul nak makan! Contoh la kan, kalau pau inti jagung, bentuk pau dia macam jagung. kalau ayam, bentuk macam ayam. hahaha sayang weh nak makan plus gebu-gebu beb! Recomended guys!

Jadi, tunggu apa lagi? Pakat ajak member lepak Ipoh ye pasni. Have fun guys!


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

1 Response

  1. Ikayusof says:

    Kalo datang kat ipoh jangan lupa, datang kat me kari ej,,di areal Klebang restu,sape yg char kwitau kerang pon ada,,,👍👍👍👍👍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *