8 port sarapan pagi di Lembah Klang berbaloi dicuba!
Pasti seronok jika di pagi hari dapat nikmati sarapan yang sedap-sedap! Lagi best kalau makanan tu kena dengan selera tekak kita. Bagi anda yang stay di area Lembah Klang, kali ini kami nak kongsikan 8 kedai makan best dijadikan port breakfast korang!
1. Restoran Kukus
Nak fefeling makan dalam suasana zaman 70-80an? Korang boleh singgah try kedai ni yang menawarkan hidangan sarapan pagi seperti ubi rebus, lempeng, roti kukus, roti bakar dan banyak lagi. Sambil makan dengar pulak lagu-lagu P.Ramlee fuh, mereciks!
Alamat: Lot 1004, Jalan Tepi Sungai 6, 41100, Klang, Selangor
2. No.4 Cafe
For those yang gemar makan roti canai di pagi hari, boleh try dekat Cafe No.4
Dekat sini ada aneka roti yang paling special roti sarang datsun! Tengok ja dah terliur inikan pulak masuk mulut. Selain aneka roti canai, ada juga menu lain seperti nasi lemak, nasi kerabu, nasi khomok & macam-macam lagilah!
Alamat: 31b, Jalan Suarasa 8/3, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor (Sebelah Tabung Haji)
3. BreakfasT.Co
Mengidam selera Amerika & English style? Jom singgah beli breakfast di BreakfasT.Co Kat sini korang boleh dapatkan hidangan western seperti variasi bagel, egg muffin, sandwich, focaccia cheese toasties & hashbrown! Memang fancy betul menu kat sini weh!
Alamat: Serasa Garden Taman Melawati // Lepakings Gombak
4. Roti Kitab
Korang yang stay Shah Alam, dah sampai belum dekat kedai roti kitab ni? Haa, pepagi nak fresh air sambil pekena breakfast tepi tasik.. ini antara port ngam weh. Ada pelbagai pilihan roti yang ditawarkan dekat sini, roti kitab, roti gedik, roti kacang bakar etc. Selain itu, ada gak aneka kuih-muih & nasi macam nasi air dingin, nasi dagang, nasi tumpang, nasi ayam penyet, laksam, laksa, spaghetti olio!
Alamat: Kiosk 1: Roti kitab, Taman Tasik, Jalan Platinum E 7/E, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
5. Kopitiam 143
Geng suka lepak kopitiam, dah pekena kopi dekat kopitiam 143 ke? Haa.. kedai kopi comel ni terletak tepi jalan je, pernah viral sampaikan pepagi buta ramai gila terpacak nak breakfast disini! Selain kopi kaw, ada juga menu roti arang bakar, mee wantan, mee sup, air vanilla banana and banyaklah!
Alamat: AJ25 Flat Taman Keramat, Taman Keramat, 54200 Ampang Jaya, Selangor
6. Sate 7 Pagi
Buat kalian yang gemar masakan Johor or tetiba rasa nak makan sate pepagi tu.. meh singgah breakfast di Sate 7 Pagi! Recommended gila sate kat sini sebab lembut je. Selain itu, ada juga mi rebus, roti kahwin and more!
Alamat: 3244 Jalan 18/37, Taman Sri Serdang, Seri Kembangan, Selangor
7. Hening Restoran
Tetiba rasa nak breakfast selera kampung? Meh makan di Hening Restoran! Korang boleh cuba menu seperti ubi kayu rebus, lempeng, lontong darat, soto & banyak lagilah! Kedai ni memang sesuai kalau datang bawa seisi keluarga. Sesekali bersarapan dengan family kat luar pun ngam kan..
Alamat: Lorong Damai 1, Jalan Damai, Kuala Lumpur
8. Maboba Restoran
For those yang mencari pulut kuning dipagi hari.. jom ke Maboba restoran. Ada lebih 30 menu hidangan boleh dicuba kat sini seperti pulut ayam ala Thai, pulut kuning, peknga kelapa sambal bilis, nasi lemak pataya, lontong dan macam-macam lagilah!
Alamat: No 19 Jalan 2a/6, Taman Setapak Indah, Kuala Lumpur
Tips nak pergi sarapan!
- Rata-rata kedai yang kami suggest ni famous, so bila tempat dah popular confirm ramai datang kan.. nak pastikan korang dapat breakfast tu, sila datang awal. Janganlah pukul 9 pagi baru nak pergi memang habis lerr weh!
- Sebelum pergi korang boleh check dulu Instagram or Facebook kedai tu untuk confirmkan buka ke tak, nak senang call direct kedai tu.. mana tahu boleh order terus kan
- Kalau korang nampak orang beratur panjang berjela tunggu turn tu.. harap common sense tinggi la ek dah makan blah bukan lepak macam kedai tu korang punya ya guys, kasihanilah mereka yang dok melilau cari tempat duduk nak makan tu ya!