Mee Kicap Ipoh dekat Southville je! Ada dimsum, dumpling..

Selalu kalau teringin nak makan mee kicap mesti dok pikir nak kena pi Ipoh baru dapat yang sedap punya kan? Haa, kali ni tidak lagi weh! Korang kalau tetiba teringin nak makan mee kicap ke.. jom pi makan di Mee Kicap Ipoh yang terletak di Southville.. 30 minit je dari KL weh!


Selain mee kicap ada apa?

Dekat Mee Kicap Ipoh ni korang boleh pilih sama ada nak jenis mee wantan/ yee mee. Then nanti akan dihidangkan sekali dengan sup. Bukan setakat mee kicap je, ada menu lain gak macam mee/koay teow kari, sup, aneka nasi lemak, aneka dim sum, dumpling and mantou!

Kalau tanya apa signature best kat sini of course la mee kicap weh! Selain tu kena try gak mantou sebab kat sini mantou cicah dengan sos buttermilk ye.. lain dari yang lain gitu..

Lokasi ngam tak?

Dari segi lokasi, senang je nak cari kedai ni. Sebabkan kedai ni area lot kedai banyak-banyak so ada ja parking. Kedai ni satu lot ja so meja pun ngam-ngam la ek.. kalau datang waktu lunch hour/dinner memang leceh sikit, korang kena tunggu q untuk dapat meja (sebab lately ni kedai ni viral so meja selalu penuh!), tapi nak compare drive sampai ke Ipoh, korang tunggu jela ek around 30 min dapat la meja tu. Oh ya, jangan datang lewat sangat risau semua ‘sold out’ huhu..

Alamat: Restoran Mee Kicap Ipoh, B-G-30, Savanna Lifestyle Retails, Jalan BBLS2, Bandar Baru Lembah Selatan, 43800 Dengkil, Selangor

Waktu Operasi: Buka Setiap Hari kecuali Jumaat (tutup) // 12 tengahari – 10 mlm


You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *