Trip bajet 4h 3m ke Danau Toba – Itinerary & Kos
Itinerary ke Danau Toba
Danau Toba merupakan satu destinasi cantik di kawasan Sumatera Utara, Indonesia. Ianya merupakan sebuah tasik air tawar yang dikatakan wujud hasil dari letusan gunung berapi beribu tahun dahulu. Jika dulunya kalau nak ke Danau Toba ini kita perlu melalui airport di Medan. Dimana perjalanan mengambil masa lebih 5 jam, namun sekarang ini sudah ada laluan Kuala Lumpur ke Silangit. Silangit ini lebih dekat dengan Danau Toba.
Jom kita ikuti perkongsian followers Kaki Travel iaitu Muhammad Amin mengenai trip 4 hari 3mlm dia dan isteri ke Danau Toba.
Danau Toba. Satu tempat, satu destinasi yang membuatkan mulut aku tak berhenti ternganga melihat keindahannya. Serius cantik, serius mantap, serius power beb. Ok kali ni aku nak share itinerary aku ke tasik gunung berapi terbesar di dunia ini, yang saiz tasiknya lebih besar daripada Temasek (Singapura) dengan bermodalkan satu kepala lebih kurang dalam rm 500 untuk 4 hari 3 malam.
Itinerary ke Danau Toba
HARI PERTAMA
Flight dari KLIA2 ke Silangit dengan bermodalkan rm 247.60 sahaja pergi dan balik untuk 2 orang. Ini beli masa promo ye. Ini dah campur add on seats sekali. Taknak pilih seat boleh je dapat harga rm212.
Flight ke sana mengambil masa lebih kurang sejam je. Alaa dekat je, kalau kau nak lagi jimat kau berenang je dari Pantai Morib dekat Banting tu terus ke sana.
Sampai airport Silangit tu kau jangan risau, taxi ada, grab ada, bas pun ada untuk ke Pulau Samosir tu.
Aku mengambil keputusan dengan ambil grab dengan harga 400k (rm118). Mahal nak mampos. Untuk jenis orang yang kedekut macam aku, amat lah tidak berbaloi untuk menghabiskan duit sebanyak itu kat situ sahaja. So apa aku buat, aku cari lagi 2 orang yang nak ke Samosir then share ongkosnya. Jumpa pasangan berkahwin , suami umur lingkungan 80 tahun, isteri muda dalam 30 tahun kot, pucuk muda. Fuhh cantik, mak cik lawa pak. So kat situ dah jimat dah. Dari bayar 400k, aku bayar 200k je untuk 2 orang.
Perjalanan ke Jeti Tiga Raja (Jeti untuk ke Pulau Samosir) mengambil masa kira kira 2 jam. Dalam perjalanan tu kau request la kat supir tu nak beli simcard kat mana mana, nanti dia bawak la. Ok sampai kat Jeti Tiga Raja tu akan ada feri yang boleh bawak kau ke Pulau Samosir. Perjalanan mengambil masa dalam satu jam. Then kau boleh request kau nak dia berhenti betul betul depan hotel kau. Lagi senang takyah susah susah nak menapak.
Hotel aku dah booking siap siap dekat Agoda. Aku book hotel Lekjon Cottage and aku book Superior Room with Lake View. Haa nampak macam mahal kan? Eh tak, satu malam baru RM59 je. Bilik memang puas hati la, betul betul depan tasik tu haa. View memang lawa, serius aku tak tipu. Orang baik macam aku mana pernah menipu.
Lepas settle check in, aku terus cari port untuk sewa motor. Kau nak sewa motor boleh, kau nak sewa basikal pun boleh. Harga paling murah boleh dapat satu hari 100k. Kau pandai pandai la nego. Aku dapat 2 hari dengan harga 140k minyak full tank.
Dapat motor je, aku terus start pong pang pong pang terus ke Air Terjun Sigaratong. Sebab masa ni dah petang, dah pukul 5 pm. Waktu maghrib dalam pukul 6 lebih, So masa agak terhad, so aku pergi port yang dekat dekat je la dulu iaitu Air Terjun Sigaratong. Naik motor ke sana dalam setengah jam je. Dalam perjalanan tu, memang kerja berhenti je la ambil gambar. View kiri kanan memang cantik, memang mantop tip top.
Sampai Air Terjun Sigaratong pun dah nak maghrib cuaca kat sini pun memang tak boleh bawak bincang memang sejuk gila la. Lepas settle ambik gambar semua kat sana terus otw balik hotel.
Masa otw tu lepak jap dekat Pekan Tomok. Pekan ni banyak jual baju, kraftangan dan banyak kedai kedai makan. Untuk yang Muslim, kena pandai usha kedai makan ye. Sebab majoriti di sini, ialah orang Batak iaitu majoritnya penganut agama Kristian Prostan dan jugak Katolik. Ada jugak Islam, tapi boleh cakap 95% ialah Kristian. Lepas settle lepak dekat Pekan Tomok sambil makan malam, then terus pulang ke hotel.
Transport dari airport ke Jeti Tiga Raja : 200k (RM59 )
Kartu sim (Simkad) : 2 orang 110k (RM32)
Tiket feri ke Pulau Samosir : 30k (RM8.85)
Sewa motor dua hari : 140k (RM41.30)
Makan : 121500 (RM36)
Hotel : 200k (RM59)
First day total : 801.5k (RM236.15)
Itinerary ke Danau Toba
HARI KEDUA
Ok hari kedua kitaorang plan nak ke Bukit Holbung, Air Terjun Efrata, Menara Tele dan Pantai Pasir Putih.
So memang pagi pagi dalam pukul 5 terus gerak naik motor. Perjalanan jauh beb. Nak ke Bukit Holbung tu ambil masa dalam 3 jam. Jenis macam aku yang bukan kaki ride ni memang patah bontot la naik motor lama lama. Niat hari kedua ni nawaitu sauma ghadin nak ambil gambar puas puas. Sebab memang dah tahu view power nak mati la.
Jalan ke sana serius tak boleh bawak bincang beb. Walaupun kiri kanan kau disajikan dengan pemandangan yang lawa, tapi jalan masyaAllah. Aku rasa sini takde JKR la sebab tu jalan teruk. Sini jalan kampung tapi banyak lubang dan banyak off road. Kalau kau gerak pepagi tu kau berpeluang tengok budak budak sekolah ramai ramai pergi sekolah jalan kaki. Ada yang duduk relaks siap main gitar lagi. Cikgu kau peghambat kau jap lagi baru kau tahu.
Sampai Bukit Holbung je kitaorang terus bayar tiket lepas tu apa lagi bermula sesi pendakian. Apa perasaan aku bila sampai sini? Teruja, tak terkata. Masa ni takde mencarut babi apa lancau semua la. Terganga beb. MasyaAllah punya indah bumi ciptaanMu wahai Allah Azza wa Jal.
Sangat sangat sangat cantik. Serious korang tak akan rugi kalau datang sini. Bukit bukau yang hijau dengan view gunung dan air tasik yang hijau. Pergh dia punya tenang serius tak boleh bawak bincang. Siap ada orang yang camping sekali atas bukit ni. Pergh view memang ter amat lah power.
Lepas puas ambil gambar dekat Bukit Holbung, kitaorang terus gerak ke Air Terjun Efrata. Nak pergi air terjun ni kau takyah hiking. Parking motor, bayar tiket then jalan depan sikit tu jumpa la. View memang lawa gila. Masa kitaorang pergi ni ada Mat Salleh tengah photoshoot. So kitaorang ambik gambar kejap kejap je then terus gerak.
Lepas tu kitaorang terus ke Menara Tele. Kat sini view pun boleh tahan power. Atas menara tu view dia memang “keren banget la” kata orang kat sini. Tapi kitaorang kejap je sebab hujan dah start turun. Pergi bulan November ni bestnya orang tak ramai sebab bukan peak season, so kau takyah nak bersesak sesak. Tapi yang kurang bestnya sebab musim hujan la. Orang kat sini cakap kalau bulan yang hujungnya ber ber ber tu semuanya musim hujan.
Masa dah hujan tu, ingat nak ride terus balik je. Tapi sampai kat Pantai Pasir Putih tu tak hujan pulak. So apa lagi lepak sini la bai. Yang buat aku penasaran ni dalam tasik dekat pulau ni, ada pantai pulak ea. View memang lawa la berlatar belakangkan gunung gunang semua. Fuhh lawa beb. Best part is, kau mandi kat sini, kau menyelam kat sini sambil bukak mata tak pedih beb. Yela air tawarkan. Sampai sini kitaorang makan tengah hari sekali. Lepas settle pong pang pong pang semua terus gerak balik. Malam tu makan dekat dekat area hotel je.
Tiket Bukit Holbung : 20k (RM5.90)
Tiket Air Terjun Efrata: 16k (RM4.70)
Tiket Menara Tele : 14k (RM4.15)
Tiket Pantai Pasir Putih : 10k (RM2.95)
Makan tengah hari : 90k (RM26.50)
Makan malam : 70k (RM20.60)
Hotel : 200k (RM59)
Total 420k (RM123.80)
Itinerary ke Danau Toba
HARI KETIGA
Pagi pagi dalam pukul 7 kitaorang dah check out hotel. Sebab hari ketiga ni nak jalan jauh sikit, kitaorang menjelajah Bukit Simarjarunjung dengan Air Terjun Sipiso Piso, jalan otw nak ke Medan, tapi tak sampai Medan lagi la. Medan tu jauh sangat.
Lepas check out hotel then tunggu feri datang dalam pukul 7:25. Lepas tu terus gerak ke Jeti Tiga Raja di Parapat. Sebab bontot aku dah naik kematu, aku sewa supir dengan kereta je la. Harga 800k. Macam biasa orang kedekut, apa lagi, cari member la nak ke sana. Jumpa pulak dua brothers dari Kedah ni nama Sani dan Adam masa kat atas feri. Aku akan sentiasa mengamalkan konsep “Why you want to spend more when you can spend almost nothing”. Kedekut itu indah dong.
Lepas bincang bincang, then semua bersetuju maka kitaorang pun mulakan perjalanan ke sana. Driver tu bawak kitaorang breakfast dulu, lepas tu terus ke Bukit Simarjarunjung. Kat sini view pun lawa, mata sentiasa terbeliak. Kat sini ada cafe atas bukit, so nak lepak minum kopi arabica ke jawa ke sambil layan view pun power.
Lepas settle ambil gambar apa semua, then terus ke Air Terjun Sipiso Piso. Antara air terjun yang tertinggi di Indonesia. Tinggi dia dalam 120 meter. View memang lawa gila la. Tapi orang kat sini selalu pesan, “Turun ke sana itu setengah jam, naiknya itu setengah mati”.
Sebab kalau nak ke air terjun tu kau kena turun anak tangga dulu ke bawah. Nak balik tu kau kena naik anak tangga balik la. Serius hanat punya anak tangga. Tapi view memang lawa. Kau sampai bawah memang basah lencun la. Padahal tak mandi pun, tapi dia punya basah macam mandi, sebab tempias air terjun tu. View memang tip top la. Aku bagi A+.
Lepas penat membuang keringat panjat beratus ke beribu anak tangga entah, kitaorang lepak kat atas tu minum air. Ada banyak kedai makan muslim kat sini, tidak seperti di Pulau Samosir. So pilihan makanan tu lebih power la.
Lepas tu kitaorang terus gerak ke Parapat untuk makan malam. Kat sini ada seorang pak cik tu bagitahu, kalau nak tahu kedai makan tu halal ke tak, dekat papan tanda kedai mesti ada tulis Muslim atau Islam. Contoh Rumah Makan Muslim Senah. Kalau tulis Rumah Makan Nia Ramadhani sahaja. Muslim atau Islamnya takde, walaupun ada logo halal, itu tidak menjanjikan halal. Ahh sudah, semalam tu aku makan apa siak.
Ingatkan nak book hotel dekat Parapat je, tapi takut terbangun lewat ke apa, kang naya terlepas flight. So lepas makan dan jalan jalan di Parapat, kitaorang terus gerak ke Esther Hotel berdekatan dengan Lapangan Terbang Silangit.
Tiket feri ke parapat : 30k (rm 8.85)
Transport ke Bukit Simarjarunjung dan Air Terjun Sipiso Piso : 400 k (rm 117.90)
Sarapan pagi : 44k (rm13)
Tiket Bukit Simarjarunjung : 70k (rm 20.60)
Tiket Air Terjun Sipiso Piso : 10k (rm2.95)
Minum petang di Air Terjun Sipiso Piso: 23k (rm6.80)
Makan malam : 117k ( rm34.50)
Transport dari Parapat ke Esther Hotel berdekatan airport: 200k (rm59)
Hotel Esther berdekatan airport 197k (rm58)
Total 1091 juta ( rm321.50)
Itinerary ke Danau Toba
HARI KEEMPAT
Kitaorang breakfast dekat hotel. Almaklumlah free. Kat sini jangan risau memang halal. Yang bestnya kalau korang dari sini nak ke airport, ada transport provides by hotel and gratis gaiss. Free sahaja. Lepas makan then shopping shopping jap then terus balik.
Check out hotel dan breakfast free kat hotel
Transport pun free dari hotel ke air port
Total : 0
Perbelanjaan kesuluruhan di Lake Toba: 2312500 rupiah bersamaan dengan RM681.40 + RM247.60 tiket flight Air Asia 2 orang termasuk add ons seats and fees.
Total : RM929 untuk dua orang. Seorang hanya RM464.50.
Lepas tu kalau kau nak beli souvenir ke pebenda ke pong pang pong pang dalam RM500 la seorang. Murah kan? Dah pergi beli tiket terus ke sana.
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea untuk planning percutian korang!
Hi sis, nak tye sis kan sewa motor dekat sana, sis pakai lesen malaysia or lesen international?
Boleh pakai lesen Malaysia
salam sis, naik moto 3 jam tu lalu mana ye
Salam bro. Supir kat sana amik for day 3 je kan? Mmg dorg dh tunggu sana siap2 ke? Atau booking online?
Salam encik…..
Ni saye bagi number whatsAap driver muslim kat Medan, +62 812 6238 8907 ( Akfan )
AM
tinerary 4d 3n, MEDAN LAKE TOBA ~ KOLAM ABADI TOUR
—————————————-
Day 1: kualanam – lake toba ( L,D )
# pick-up kualanamu airport
# continue the trip to lake toba
# lunch
# visiting the typical souvenir shop of pematang Siantar Made from mashed Beans
# continue the trip to parapat
# dinner & check-in hotel
Day 2: parapat – Samosir – Berastagi ( B,L,D )
# breakfast at the hotel
# continue the trip to Fery boat
# samosir tour
Back to Parapat and lunch
# continue the trip to berastagi and enjoy the beauty of lake toba from the bas
# view of Tanjung unta
# beautiful scenery of simarjarunjung hill
# eat fried banana and drink ginger tea ( pay for yourself )
See the view of sipiso-piso waterfall
# continue the trip to berastagi
# fruit market
# dinner & check-in
Day 3: Berastagi – kolam abadi ( B,L,D )
# breakfast at the hotel
# continue on to kolam abadi ( pay 80k/person, yourself )
# shower-bath inkolam abadi
# lunch at kolam abadi
# rafting to the siteroh-teroh waterfall
# dinner and return to the hotel
Day 4: Medan city tour – kualanamu airport ( B )
# breakfast at the hotel and check-out
# shopping souvenir, telekung and batik
# transfer to the airport for your flight home …. END OF SERVICE
Include:
Hotel and breakfast, lunch 3x, dinner 3x, transport, Fery boat to Samosir island, entrance fee to object wisata, parking, highway
Ekslude:
Optional programs, topping driver and tour guide
Thanks//Regards
Akfansyah
Tour guide Medan Sumatera Utara-Indonesia. Telp//WhatsApp : +6281262388907
Facebook : Akfan
Instagram : Akfansyah Lubis
Email : nuansaindahtour19@gmail.com
Web : http://www.nuansaindahtour.com
Melayani # package tour # Adventure # Tracking & camping # Rafting #
tinerary 4d 3n, MEDAN LAKE TOBA ~ KOLAM ABADI TOUR
———————————————————————————-
Day 1: kualanam – lake toba ( L,D )
# pick-up kualanamu airport
# continue the trip to lake toba
# lunch
# visiting the typical souvenir shop of pematang Siantar Made from mashed Beans
# continue the trip to parapat
# dinner & check-in hotel
Day 2: parapat – Samosir – Berastagi ( B,L,D )
# breakfast at the hotel
# continue the trip to Fery boat
# samosir tour
Back to Parapat and lunch
# continue the trip to berastagi and enjoy the beauty of lake toba from the bas
# view of Tanjung unta
# beautiful scenery of simarjarunjung hill
# eat fried banana and drink ginger tea ( pay for yourself )
See the view of sipiso-piso waterfall
# continue the trip to berastagi
# fruit market
# dinner & check-in
Day 3: Berastagi – kolam abadi ( B,L,D )
# breakfast at the hotel
# continue on to kolam abadi ( pay 100k/person, yourself )
# shower-bath inkolam abadi
# lunch at kolam abadi
# rafting to the siteroh-teroh waterfall
# dinner and return to the hotel
Day 4: Medan city tour – kualanamu airport ( B )
# breakfast at the hotel and check-out
# shopping souvenir, telekung and batik
# transfer to the airport for your flight home …. END OF SERVICE
Include:
Hotel and breakfast, lunch 3x, dinner 3x, transport, Fery boat to Samosir island, entrance fee to object wisata, parking, highway
Ekslude:
Optional programs, topping driver and tour guide
Thanks//Regards
Akfansyah
Tour guide Medan Sumatera Utara-Indonesia. Telp//WhatsApp : +6281262388907
Facebook : Akfan Akfan
Instagram 1 : Akfansyah Lubis
Instagram 2 : Nuansa indah tour
Email : nuansaindahtour19@gmail.com
Web : http://www.nuansaindahtour.com
Melayani # package tour # Adventure # Tracking & camping # Rafting #
Salam bro….utk package budget travel & premium traveling, transport only, sila contact 0811616289 ( watsap) Ibrahim
Salam for all . .Tour & transport budget @Medan tour, Medan lake Toba brastagi, Medan Padang bukit tinggi , contact : Nani
085218900776
0811616289