Tips & Itinerari ke Kashmir! Sesuai untuk anda yang ingin bercuti bersama keluarga

Selalu dengar orang borak cakap Kashmir di India tu cantik.. tapi, tak tahu macam mana nak plan untuk kesana? Hmm.. mungkin anda boleh jadikan perkongsian sis Wanee Bhrn ini sebagai panduan untuk ‘smooth’ kan percutian anda!

Trip to the ‘Paradise on Earth’!

Trip ini merupakan trip sekeluarga (3pax) selama 8 hari 7 malam. Masa tu dekat sana tengah musim sejuk ye. Total kos kesana around 7.5k (3 pax) inc flight, visa, insurans, hotel 6 malam, transport, simcard, entrance fee, segala activiti, makan, shopping & tips.

Tips murah!

  • Book semua hotel direct owner
  • Sewa kereta untuk perjalanan yang jauh je, contoh mcm kami ada 8 hari di Kashmir, sewa kereta cuma 4 hari. Selain dari tu pakai auto rickshaw
  • Semua benda kena bargain bargain bargainnnn!

⚫️ Flight

  • KL – Delhi – KL by Air Asia
    • RM913.50
    • Delhi – Srinagar by Spicejet (Free 15kg luggage)
    • Srinagar – Delhi by Indigo (Free 15kg luggage)
    • RM603.50
  • Total flight: RM1,517.00/pax
  • Tiket flight beli 2 bulan sebelum. Rezeki dapat beli time Air Asia buat promo. Tanpa reschedule, tanpa cancel. Alhamdulillah
  • Amek flight malam ke New Delhi dari KL. Flight ke Srinagar amek yang paling awal. So sampai je boleh sightseeing area Srinagar
  • Untuk ke Kashmir, nama airport dia ialah Srinagar Airport. Takde flight direct ke Kashmir. Kena transit Delhi dulu, then amek domestik flight Delhi ke Srinagar
  • Nak beli tiket Delhi-Srinagar-Delhi boleh beli dkt apps Air Asia jugak. Sebab kalau beli website Indigo contohnya, payment kena dalam Rupee. So susah sikit & bila convert dia jadi mahal
  • Better beli dekat Air Asia, ada banyak flight ke Srinagar, SpiceJet, Indigo, Vistara, GoAir
  • Indigo paling best! Besar & selesa. Domestik flight diaorg ada bagi free 15kg. Tak kisah spice jet or Indigo. Semua ada free luggage check in. Nak senang check-in kan semua luggage. Hand carry letak barang yang senang je
  • Masuk ke domestic departure 3-4 jam awal sebab semua benda kena punggah satu-satu
  • Airport kat sana sangatlah ketat. Semua benda kena keluarkan. Kasut pun kena scan ye

⚫️ Passport

  • Make sure passport masih valid – 6 bulan sebelum tarikh expired tu tak boleh pakai dah ya
  • Check betul-betul! Kalau nak renew semua kena online, tapi nak senang, kalau area KL boleh pergi UTC Keramat, naik je tangga entrance tu ada “Kedai Gambar Ika” sebelah kanan. So amek je gambar untuk visa kat situ siap-siap & cakap nak renew passport sekali.
  • Untuk amek gambar visa, tolong mention “Visa India” sebab setiap negara ukuran visa diaorg lain-lain. Jangan silap!
  • Harga standard renew dalam RM200 untuk 5 tahun. Upah diaorg free cuma bayar gambar visa tu je.
  • Tunggu 3 hari waktu bekerja dah boleh collect kat imigresen.
  • Bawak IC, salinan IC & resit bayaran yg dia hantar dkt email.
  • Untuk pick up passport, tolonglah datang awal pagi. Mmg ramai gila orang!

⚫️ VISA

  • Valid 6 bulan double entry – RM435.00/pax
  • Nak masuk India memang kena ada visa. WAJIB.
  • Apply sebulan before fly. Sebelum buat visa, kena ada maklumat orang kat sana contohnya driver, tour guide or agent sebab kena isi kt dalam visa tu.
  • Visa ni tak boleh silap & salah satu pun. Once silap isi, kena buat balik & kena bayar balik. RM435 sorang.
  • So masa isi tu, setiap details double check betul-betul. Anything tak faham boleh je tanya, Wanee sedia membantu!
  • Standby payment dalam cash sebab kalau pakai card diaorg caj RM20. Kena apply online
  • Link apply visa;https://indianvisaonline.gov.in/visa/ ⁃ Dah siap isi, print ⁃ Passport asal ⁃ Fotostat muka depan pasport yg ada detail ⁃ Salinan IC ⁃ Gambar latar putih, size 2×2, 2 keping
  • Pergi ke IVS Global India Visa Centre di Wisma Chase Perdana, Jalan Semantan, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur

⚫️ Insurans

  • Etiqa – RM66.46 (1 family)
  • Travel time pandemik ni la yang paling penting! Insurans wajib ambil
  • Before pilih mana-mana insurans baca polisi betul-betul apa yang dia cover, apa yang tak cover
  • Wanee pilih Etiqa sebab senang, apply online je through website dia terus dapat confirmation dekat email. Jangan lupa print!
  • Pilih la yang cover flight cancel, reschedule, luggage rosak & Covid

⚫️ Tukar Duit

  • MaxMoney @Mid Valley
  • 55,000INR : RM3,176.25
  • Dekat India pakai matawang Indian Rupee
  • Currency skrg 100INR = RM5.77 (November 2022)
  • Kalau area KL boleh check through website ni, senang nak bandingkan yang paling murah. Tengok yang atas sekali je. Matawang lain pun boleh check kat sini. https://www.klmoneychanger.com/

⚫️ Transportation

  • 4 days trip & airport transfer: 10,000INR
  • Public transport: 2650INR
  • Shikara ride : 400INR
    • Total : 13,050INR/RM752
  • Untuk transport Wanee cuma ambil 4 hari untuk perjalanan yang memang jauh
    • Contoh: Pahalgam, Gulmarg, Sonamarg
  • Untuk sighseeing area Srinagar jalan-jalan pergi temple dia ke market semua just pakai Auto Rickshaw. Lagi best! Free & easy
  • Kat sana memang banyak rickshaw so tak perlu risau
  • 5km dalam 100rs, 10km ke atas dlm 200rs mcm tu
  • Deal dengan orang transport tu untuk airport transfer, pick up & drop off standard harga 2000r
  • Untuk Shikara ride tu boleh deal dengan houseboat siap-siap. Better pergi early morning, boleh pergi vegetable floating market. Best!! Tapi mmg kena bangun awal pagi dalam 5pagi macamtu
  • Kalau belah petang boleh pergi Meena bazar. Wanee dapat 400rs/hour. Paling murah! Standard harga 800rs/hour macam tu

⚫️ Accommodation

  • 17,000INR
    • RM981/2: RM490.50/pax
    • Hotel Golden Sands (2N) @ Srinagar : 4000INR
    • Hotel Affarwat-B/D (1N) @ Gulmarg : 5000INR
    • Imperial Resort-B/D (1N) @ Sonamarg : 5000INR
    • Lake Palace HB (2N) @ Dal Lake : 3000INR
  • Datang Kashmir wajib stay dekat houseboat at least 1 malam, best gila! Ni tarikan utama dekat sana
  • Nak pergi ke houseboat kena naik shikara
  • Pilih houseboat area Dal Lake. Kalau nak high class sikit area Nigeen Lake
  • Dah book houseboat tanya owner Ghat/gate berapa. Sebab sana banyak gate
  • Kalau stay houseboat make sure ambil sekali dengan breakfast & dinner sebab susah nak pergi ke darat. Semua kena naik shikara
  • Mcm Wanee tak amek pun sebab before balik ke houseboat dah tapau siap-siap makanan
  • Semua hotel/houseboat memang book direct owner/manager dia. Alhamdulillah semua hotel yang dipilih bersih & puas hati!
  • Mcm mana nak book?
    • First, buka google maps, search je area mana nak stay and akan banyak hotel keluar
    • Baca review betul-betul. Pilih tempat yang strategik. Dah pilih, boleh save no contact diaorg & WhatsApp
    • Bagi details semua & deal with bargain ok? Mcm mana nak bargain? First dia akan bg harga, then korang letak harga kurang lagi dari tu. Then deal la sampai puas hati. Settle
    • Tolong jangan booking with Agoda/booking. Sebab diaorg akan beri houseboat lain
    • Kalau pergi time winter tolong pastikan hotel/houseboat ada centrally heater, blanket heater, & shower heater. Kalau tak pasti, tanya ye! Ni yang paling penting, kalau takde tu merana la duduk dalam kesejukan. Sometimes suhu boleh jadi negatif!
  • Kalau nak stay area Gulmarg, Sonamarg or Pahalgam please book sekali dengan dinner & breakfast sebab tempat-tempat macam ini susah sikit nak dapat makanan malam-malam plus korang akan keletihan nak keluar sebab seharian penat beraktiviti
  • Kalau area Dal Lake tak ambil pun takpe sebab boleh ja keluar jalan kaki cari makan

⚫️ SIMCARD

  • Airtel (1.5gb/day) 200INR/RM11.54
  • Dekat Kashmir simcard dia tak boleh beli sendiri, kalau nak beli jugak kena ada police report, salinan passport & dokumen-dokumen lain dan kalau beli simcard kat Delhi tak boleh pakai kat Kashmir
  • Sama juga kalau beli kat Kashmir, tak boleh pakai kat Delhi. Rumit sikit bab ni
  • Alhamdulillah rezeki kiteorg, driver kami ada extra, so dia bagi pinjam. Just topup je 200rs/RM12 untuk 1.5gb per day. Cukup ke? Cukup
  • Deat hotel pakai wifi, dalam kereta pakai hotspot driver
  • Kalau jalan sendiri-sendiri je on data

⚫️ Makan

  • (Breakfast/Lunch/Dinner) – 12,000INR/RM693
  • Penduduk Kashmir majoriti 99% Islam. So tak perlu risau pasal makanan
  • Makanan kat sana sumpah sedap-sedap gila! Portion banyak, 1 portion boleh makan 2 orang
  • Nasi selambak! Makanan diaorg banyak berasaskan rempah & kari. Menu utama, kambing, ayam, daging. Ikan susah dapat & harga agak mahal
  • Tujj bbq dia, briyani, semua sedap
  • Cuma jangan la makan tepi-tepi jalan sesuka hati, takut perut terkejut. Tak pasal-pasal mencirit je nanti
  • As long as kalau rasa dia sesuai untuk dibeli & dimakan silalah beli

⚫️ Shopping

  • 5000INR/RM289
  • Kalau nak shopping, elakkan shopping di area houseboat. Tak kisah atas shikara ke, di Meena bazar floating market ke, dkt area gate ke sebab memang akan ada penjual datang dekat shikara korang jual itu ini. Mahal gila dia letak harga!
  • Kalau nak shopping pergi local market area Lal Chowk, Dargah market. Situ murah-murah & still boleh bargain
  • Dekat Kashmir banyak shawl, sari. Memang cantik-cantik. Jangan lupa bargain!

⚫️ Tips

  • 1000INR/RM58
  • Dekat airport, dah keluar tu ramai akan datang dekat kita untuk tolong bawakan beg
  • Kalau cakap taknak pun diaorg akan tarik jugak beg kita. Hahaha yang ni mcm takleh mengelak, bagi jela tips sikit
  • Dekat Kashmir memang kena standby tips lebih, semua nak tips
  • Tolong bawa gi bilik pun nak tipsss! Anggaran bagi tips dlm 50-100 rupee

Itinerari

  • Day 1
    • Fly from KLIA2 to New Delhi – Arrived New Delhi
    • Tandas dekat airport New Delhi terpaling bersih & wangi! Tak tipu. Bersih sampai rasa nak tidur je dalam toilet tu. Haha
    • Sampai New Delhi, jangan lupa claim free wifi dekat kiosk yang disediakan
    • Scan passport then keluar resit. Tak tahu tanya je orang yang jaga kat situ
  • Day 2
    • Breakfast at New Delhi Airport
    • Fly from New Delhi to Srinagar – Arrived Srinagar Airport
    • Check in @ Hotel Golden Sands – Lunch at Shamyana Restaurant
    • Lepas check in hotel, driver bawa pergi topup simcard & tapau makanan dkt Syamyana then makan kat hotel sebab masing-masing dah barai
    • Petang baru keluar naik rickshaw ke Khayam Chowk. Tujj hunting. Sedap gila tujj dkt Shera Cafeteria tu
    • Kitaorg minta tolong driver belikan tiket gondola sebab kena beli online & pakai duit rupee. Tiket gondola tak boleh beli walk-in. Sekarang semua online.
    • Dinner at Shera Cafeteria & Bistro Cafe
    • Total Expenses:-
      Breakfast airport – 517rs, Tips beg – 50rs, Lunch syamyana – 693rs, Gondola ride – 1480rs, Topup – 199rs, Rickshaw – 100rs, Dinner shera cafeteria – 320rs, Dinner bistro – 340rs
      Total: 3,599rs/RM207.66
  • Day 3
    • Breakfast – Apple Resort Pahalgam – All the way ke Pahalgam kiri kanan view mmg superb! Ada ladang saffron, ada kebun apple. driver kiteorg singgah untuk breakfast. Sedap!!! Dosa Masala nama dia. Dia macam tosai & dalam tu ada kentang
    • Baisaran/Pony ride – Untuk ke Baisaran (Mini Swiss) memang kena naik pony. Tempat dia cantik gila, dekat sini ada rumah Munni dalam cerita Bhajrangi Bhaijaan tu. Tapi perjalanannya sangatlah mencabar. Extreme gila! Lalu sebelah lereng bukit, curam, licin, berlecak aih macam-macam lah. Tak galakkan bawak budak, tapi kalau rasa kental boleh je. Nasib baik la Aqra sangat behave. Dia senyap je sepanjang jalan. Mummy & daddy dia nak nangis dah. Driver akan bawak ke pony point, kat sini bargain kaw-kaw dengan manager dia sampai puas hati. Jangan setuju dulu dgn harga yang diaorg bagi sbb mmg mahal. End up diaorg akan tanya, “how much your budget?” Ha time tu bg la harga ikut kewarasan. Dekat situ memang ada macam manager la gitu yang jaga, kita akan deal dgn dia. bila kita setuju dia akan panggil pekerja dia. So pekerja dia ni la yang akan bawak kita naik atas. Bila dah turun nanti wajib bagi tips dkt ponyman tu ya. Bagi la dalam 100rupee
    • ABC Valley/Taxi – Next kami ke ABC Valley (Aru, Betaab, Chandanwari Valley). Untuk ke tempat ni, driver akan bawak ke taxi point. Kat situ boleh pilih nak naik kereta or van ke ABC Valley sebab driver kita sendiri tak dibenarkan masuk tempat ini. Maybe diaorg nak support each other. So cite dia mmg kena ambil other cab. Wanee pilih van aja. Murah. 2100rupee per van untuk 3 tempat
    • Dinner – Tujj Anatnag
    • Total Expenses:-
      Breakfast apple resort – 385rs, Pony ride – 2800rs, Entrance fee Baisaran – 60rs, Toilet – 20rsTips – 100rs, ABC Valley – 2100rs, Makan Chandanwari – 240rs, Entrance fee Betaab – 200rs, Asam – 100rs, Dinner tujj – 300rs
      Total: 6,305rs/RM363.80
  • Day 4
    • Check out hotel Golden Sands – going to GulmargGulmarg – Perjalanan 2 jam ke Gulmarg. Dalam perjalanan tu kitaorg singgah breakfast di Raja Dhaba
    • Gondola ride – dah sampai driver drop kat pintu masuk ke gondola. Jarak sampai ke gondola tu dalam 2km. Boleh pillih nak naik teksi or kuda. Kiteorg jalan kaki je sbb saja nak relax ambil gambar. Balik je kitaorg ambil taxi sampai hotel sebab tak larat dah nak jalan
    • Total Expenses:-
      Air mineral – 150rs, Tips beg hotel – 90rs, Breakfast – 300rs, Spek coklat – 150rs, Bhelpuri – 50rs, Makan – 490rs, Cab – 200rs
      Total: 1,430rs/RM82.51
  • Day 5
    • Lepas breakfast dekat hotel, terus check out straight ke Sonamarg. Amek masa 4 jam perjalanan
    • Ponyride to Thajiwas Glacier – Naik kuda kat sini tak mencabar macam naik dkt Pahalgam. Sini okay sikit. Tapi kat Thajiwas Glacier ni view memang amazing!! Tempat shooting Bhajrangi Bhaijaan scene yang last tu
    • Check in Imperial Resort – Dinner @hotel
    • Total Expenses:-
      Tips beg – 20rs, Breakfast – 90rs, Pony ride – 3000rs, Meggi – 240rs, Tips ponyman – 50rs
      Total: 3,400rs/RM196.18
  • Day 6
    • Check out terus balik ke Srinagar balik. Tapi time ni dah snowfall tebal. So driver tak boleh amek. Kiteorg terpaksa book jeep untuk hantar ke Gangir tempat driver tunggu
    • Lunch kiteorg makan dkt Winterfell Cafe. Weh sumpah sedapppp gila makanan kat sini. Harga pun tak mahal. Western food cam biasa tak boleh tinggal kemana saja. Haha. Tapau siap-siap untuk dinner
    • Pergi Pari Mahal then check in houseboat – Rest
    • Total Expenses:-
      Taxi cab – 2000rs, Pari Mahal – 50rs, Lunch – 1674rs
      Total: 3,724rs/RM214.87
  • Day 7
    • Breakfast – houseboat
    • Free & easy day. Kitaorg ambil peluang jalan-jalan pergi local market. Naik rickshaw je. Best sangat market diaorg, macam-macam benda ada jual. Unik! Time ni la semua benda rasa nak beli.
    • Lunch – Mummy PleaseLocal
    • Sightseeing in Srinagar ⁃ Harzatbal Masjid ⁃ Dargah Market ⁃ Lal Chowk Market
    • Petang – shikara ride dulu sebelum balik houseboat. Amek shikara ride dengan owner jugak. Shopping sikit kat Meena bazar. Harga memang mahal kawkaw. So please jangan shopping kat sini. Nak murah pergi local market
    • Total Expenses:-
      Buah – 100rs, Rickshaw – 200rs, Coklat – 220rs. Kacang – 20rs, Rickshaw – 200rs, Pani Puri – 60rs, Aiskrim – 110rs, Kopiah – 300rs, Kudapan – 40rs, Sedekah – 50rs, Oren – 40rs, Stokin – 50rs, Makan – 645rs, Mineral – 20rs, Shawl – 2200rs
      Total : 4,245rs/RM244.93
  • Day 8
    • Breakfast – Check out Lake Palace Houseboat – Going to airport
    • Flight pukul 1.00pm ke New Delhi. Pukul 10am gerak ke airport. So kena standby 3 jam awal. Singgah tepi jalan beli coklat banyak-banyak sbb kat sini murahh!! Borong Kitkat & Cadbury
    • Sebelum masuk airport kena scan bag dulu, 2-3 kali juga
    • Total Expenses:-
      Tips driver – 50rs, Makan – 420rs, Makan – 420rs

Extra Info 📌

  • Sediakan satu file isi semua salinan dokumen-dokumen penting, since kitaorg mmg DIY without agent so benda ni semua kena alert. Fotostat IC, sijil lahir anak, mykid anak, kad kawin, salinan visa, salinan passport, itinerary, flight details, Air suvidha form, mysejahtera & etc
  • Air suvidha tu form wajib isi untuk nak masuk India. Mcm Covid certificate. Lebih kurang. Boleh dapatkan link dkt google. Submit & dia akan send dkt email korang then print
  • Kashmir lambat 2jam 30minit dari Malaysia
  • Adapter kat sana 2-pin bulat. So beli travel dapter siap-siap. Cari kat DIY
  • Tolong bawak pen hitam sbb nanti kat airport Delhi kena isi arrival form
  • Bawak iron. Hotel kat sana diaorg takde sediakan iron
  • Untuk baju-baju winter Wanee & husband banyak beli Uniqlo & H&M. Untuk Aqra beli kat Shopee. Actually time winter memang kena keluar duit lebih sikit sebab nak beli kelengkapan winter tak murah ye, habis almost 3k jugak shopping baju-baju semua tapi worth it. Boleh pakai lagi untuk next trip
  • Standby duit kecil banyak-banyak untuk tips. Kalau pergi restaurant ke apa bagi je duit besar
  • Sebelum naik rickshaw, confirmkan harga dulu. Jangan naik sebelum tak deal lagi ok? Kalau dia suruh naik tanpa bagitahu berapa harga jangan naik, nanti bila sampai lain dia bagi harga
  • Kalau pergi waktu winter, vaseline paling WAJIB! Pakai setiap masa. Baik lelaki atau perempuan. Kalau tak bibir korang kering. Dahla kering, mengelupas, pedih pulak tu.
  • Untuk parking free, boleh park dekat Petronas KLIA2, 5 minit je ke airport. Alhamdulillah selamat & banyak kereta parking dekat situ. Luas tempat dia. Dari situ boleh book Air Asia ride mcm Grab jugak, RM10 je sampai airport. Jimat
  • Naik flight boleh bawak makanan & minuman luar. Tak kisah international or domestic. Dua-dua boleh. Nak jimat beli siap-siap

Untuk pertanyaan lanjut boleh roger sis Wanne di Instagram Wanee Bhrn !


You may also like...

4 Responses

  1. farhana says:

    Alhamdulillah dapat membaca dengan abis blog miss percutian di Kashmir… Sebagai rujukan saya untuk next travel.

  2. Haleeda says:

    Thank you sis, share itenary lengkap. Semoga sis beroleh kebaikan. Aminn

  3. Enjay says:

    Terima kasih atas info yang diberi. Terbaij sis

  4. ita says:

    tq for the info wanee. Sgt berguna untuk saya nak gi bln mei ni.. mahal gak ya harg visa

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *