5 tempat penginapan ‘Muslim Friendly’ di Bangkok!

Foto: Ask.com

Jika bercuti dalam negara, sudah pasti anda tahu dimana nak cari kedai makan atau mungkin tempat penginapan yang sesuai selaku seorang Muslim right? Tapi kalau pergi ke negara orang tambah pulak kawasan itu majoritinya bukan Islam, confirm anda pening kepala mencari tempat untuk tinggal..

Justeru, kali ini Kaki Travel nak kongsi 5 tempat penginapan ‘Muslim Friendly’ di sekitar Bangkok, Thailand.

Seperti diketahui, Thailand merupakan sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Budha, boleh dikatakan hanya sekitar empat peratus sahaja adalah beragama Islam. Jadi, untuk mudahkan pencarian anda, jom tengok senarai di bawah!

1. Al Meroz Hotel Bangkok

Foto: Al Meroz Hotel
Foto: Al Meroz Hotel
  • Merupakan salah satu hotel terkemuka di Bangkok
  • Lokasi strategik – senang akses ke Airport Suvarnabhumi, pusat bandar
  • Terletak 500 meter dari Rail Link Ramkhamhaeng Station
  • Dalam hotel ada restoran muslim – halal, tanpa alkohol
  • Kalau taknak makan dekat hotel, boleh cuba cari makanan sekitar hotel sebab ada juga kedai muslim dibuka
  • Alamat:  4 Ramkhamhaeng 5 Alley, Suan Luang, Bangkok 10250, Thailand
Foto: Al Meroz Hotel
Foto: Al Meroz Hotel

2. Noursabah Boutique Bed Bangkok

Foto: Akurat.co
  • Hotel yang bercirikan ‘minimalist’
  • Terletak berdekatan dengan Masjid Darul Aman (150m dari hotel)
  • Lokasi yang mudah untuk dapatkan makanan halal
  • Mudah akses pengangkutan awam seperti tren
  • Berdekatan dengan Pratunam, Platinum Mall, Siam Paragon, MBK mall (around 1.5km dari hotel)
  • Alamat: 164 Phetchaburi 7 Alley, Thung Phaya Thai, Ratchathewi, Bangkok 10400, Thailand
Foto: Akurat.co
Foto: Have Halal Will Travel

3. Nouvo City Hotel

Foto: Centerwedding
Foto: Tripadvisor
  • Hotel muslim yang terletak sekitar bandar lama Bangkok (jalan Khao San)
  • Terdapat restoran halal – bebas alkohol – disahkan halal oleh Jawatankuasa Islam Pusat Thailand (CICOT)
  • Turut menyediakan surau serta arah kiblat (arah solat)
  • Terdapat spa untuk anda manjakan diri!
  • Alamat: 2 Samsen 2, Samsen Road, Banglamphu, Pranakorn District, Bangkok, Thailand 10200
Foto: Agoda

4. Zenith Sukhumvit Hotel

Foto: Thai-tour
Foto: Portal Malaysia.com
  • Merupakan sebuah hotel butik yang terletak di Soi 3 (Nana Nua) di tengah-tengah kawasan Sukhumvit
  • Berdekatan dengan stesen BTS Nana dan Phloen Chit
  • Bilik bercirikan gaya kontemporari
  • Dilengkapi kolam renang, gim dan spa
  • Menawarkan sajian makanan yang halal secara bufet
  • Boleh cuba dim sum halal (termasuk itik panggang halal)
  • Alamat: 29 Sukhumvit Soi 3 (Nana Nua), Bangkok 10110, Thailand
Foto: Booking
Foto: Kayak
Foto: Portal Malaysia.com
Foto: Wikipedia

5. COZ Ratchathewi Hostel

Foto: COZ Ratchathewi Hostel
Foto: Tripadvisor
  • Bagi anda yang gerak solo atau backpacker boleh cuba stay dekat sini
  • Berdekatan dengan pengangkutan awam – bas dan tren
  • Berdekatan dengan tempat menarik – Siam Discovery, MBK Center, dan Siam Paragon Mall.
  • Rata-rata yang stay dekat sini kata, ‘staff friendly’! plus owner Muslim
  • Alamat: 141 4, 147 Phetchaburi Rd, Thung Phaya Thai, Ratchathewi, Bangkok 10400, Thailand
Foto: Trip
Foto: Trip
Foto: Agoda

Anda ada kisah menarik untuk dikongsi bersama dunia?
Sila emel kepada kami di admin@kakitravel.net

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *