Itinerary: 9 hari ke Osaka, Kyoto, Nara & Kobe
Itinerary Osaka, Kyoto, Nara & Kobe
Kansai merupakan satu lagi wilayah yang banyak dikunjungi oleh rakyat Malaysia apabila ke Jepun. Antara bandar yang popular di wilayah ini adalah Osaka, Kyoto, Nara & Kobe. Kali ni kami nak kongsikan itinerary trip 9 hari kesana berdasarkan pengalaman followers Kaki Travel iaitu Sherliza MT.
Destinasi : Osaka – Kyoto – Nara – Kobe
Durasi : 9h 8mlm (2 Dec 2019 hingga 10 Dec 2019)
Traveler : Sherliza MT
Jenis Trip : Bertiga
FULL ITINERARY OSAKA, KYOTO, NARA & KOBE
DAY 1 ( 2 Dec 2019 )
SDK ▶️ KUL
KUL ▶️ HANOI (transit)
HANOI ▶️ KANSAI (esoknya baru sampai)
* Habis masa sehari perjalanan utk smpai ke destinasi
DAY 2 (3 Dec 2019)
▪️Sampai shj Kansai Airport, terus bersihkan diri dkt airport n siap2 pakai baju yg sesuai utk winter. Then kluar terus naik train ke Shin Imamiya, then drop luggage dkt Daikoku Locker, uncle jaga locker ni memang baik! dekat sana harga dia ikut size luggage around ¥300-¥800 yg pasti murah! Oleh sebab sampai dalam pukul 8am, kena check in homestay dlm pkul 3pm. So daripada buang masa menunggu, baik simpan barang dekat locker then boleh terus explore.
▪️Di Jepun orangnya sangat peramah, sampai je sana jumpa org jepun memang sangat kuat membantu, nampak je muka kita macam sesat2 skit ada je orang tolong tunjuk jalan.
📍First day, jalan2 osaka guna Osaka Amazing Pass (OAP) pergi lawat Kaiyukan Aquarium (World Largest Aquarium) Dapat tengok penguin yang real. Dekat sana ada show mcm2. Klu bawa budak tempat ni mmg sesuai sangat confirm drg excited!
📍Lepas dari sana terus pergi naik Santa Maria Cruise. Yang bestnya cruise tu FREEEE guna OAP dia bawa round sekitar tu. Sedar tak sedar gelap dah. Terus pergi Homestay check in & rehat puas2. So first day balik homestay awal skit kumpul energy for next days.
Itinerary Osaka, Kyoto, Nara & Kobe
DAY 3 OSAKA ( 4 Dec 2019 )
📍Osaka Museum Housing & Living (Yg ni pun pakai OAP .Tempat ni mcm suasana ala2 perkampungan jepun. Bolelah sewa kimono murah around ¥500 = RM20. (Murah berbanding tempat2 lain)
📍Tenjimbashisuji Shopping Street – sekitar Museum tersebut
📍Osaka Tennoji Zoo ( Yg ni pun FREE guna OAP) Dekat sini pun ada penguin & mcm2 lagi. Yg ni lagi best sbb penguin dia kita boleh tgk dekat sikit, bukan dlm kaca)
📍Ebisu Tower Ferris Wheel. Kalau jenis gayat jgn naik. sbb tinggi jugak. Tapi view atas tu cantik sekali! Nampak semua!
📍Pirates of Osaka Cruise (yang ni pun dpt naik guna OAP) benda boleh percuma kenapa nak bayar (dia bawa jalan2 atas air di tengah2 bandar Dotonbori) Duduk atas cruise tu boleh la feeling2 sambil dgr lagu2 dia pasang.
▪️KELEBIHAN OSAKA AMAZING PASS (OAP)
Sebab OAP tu valid utk 2 hari shj, so memang ktorg guna semaksimum yang boleh untuk fokus round Osaka je dulu. Untuk 2 hari boleh pergi ke mana2 sahaja guna Osaka Subway sebab semua FREE termasuk entrance ticket sesetengah tempat. JIMAT!
DAY 4 ( 5 Dec 2019) Universal Studio Japan/ USJ
▪️Kalau nak ke USJ memang kena datang awal! Sebab risau sehari tak cukup. Besar sangat tak sempat rasa semua.
▪️Tiket beli siap2 dekat klook, so sampai2 terus scan ticket guna QR code dalam phone. Beg memang akan di cek. Makanan, monopod, tripod memang tak lepas. Dekat dalam tu ada je tempat makan halal cuma pricey sikit la. Saya nasihatkan pegi USJ better pergi weekdays, x crowded sangat.
📍Jejak je dalam tu terus pergi Diagon Alley & Hogwarts, kalau jenis gila Harry Potter wajib masuk sini. Tak gila pun wajib masuk sebab best sangat2.
📍Another top and attraction in USJ is (The Flying Dinosaur and Hollywood Dream – The Ride) yang ini antara roller coaster yang paling extreme! kalau jenis gayat baik jangan cuba2 untuk naik sebab ada jugak lelaki menangis time naik tu. Sampai berjam2 orang sanggup beratur untuk naik . Tips klu nak cepat sampai better naik single rider x perlu beratur panjang2. Haha
📍Lain2 boleh try main Jurassic Park – The Ride, JAWS, Space Fantasy & banyak lagi tak sempat try semua!
Itinerary Osaka, Kyoto, Nara & Kobe
DAY 5 KYOTO (6 Dec 2019)
📍Kyoto Tower
📍Tenryu Ji Temple
📍Arashiyama Bamboo Forest Kyoto
▪️Area ni best sebab suasana dia macam bandar2 kampung, aman je tempat ni. Sesuai bagi yang suka nature! Daun2 pun dah start merah2 cantik sangat ambik gambar kt sini.
▪️Kalau sampai sana wajib try Matcha Soft Ice cream! Harga around ¥250 – ¥300 = MYR11. Antara ice cream yang murah & sedap sangat saya jumpa.
DAY 6 NARA & KYOTO (7 Dec 2019)
📍Nara Deer Park
📍Kofuku Ji Temple
📍Round bandar Kyoto
📍Mochi Hunting
Itinerary Osaka, Kyoto, Nara & Kobe
DAY 7 KOBE (8 Dec 2019)
📍Bus pass 1day ¥660 boleh beli dekat Inform Kobe Sannomiya Station untuk pergi ke Rokko Snow Park. Yang nak main snow, boleh pergi sini! Serious best!
▪️Yang ni saya sarankan pergi hari2 terakhir sebab suhu sana tersangatlah sejuk menyengat sampai ke tulang. Lain2 equipment bole sewa sana cth main ski, sled , naik cable car & bolelah acah2 Elsa buat snow man. Jangan lupa ready kasut yang sesuai & gloves awal2 sebab kalau xda terpaksa la sewa kat sana melainkan kulit korang memang kebal.
📍Kobe Mosque 🕌
DAY 8 OSAKA (9 Dec 2019)
📍 Dotonbori – Sebab last day yg so aktiviti bebas. Jalan sorang2 tanpa hala tuju. Dari Shin Imamiya naik train ke Namba Station. Pergi round Dotonbori , pergi cari Glico Man & Tokayaki .
📍Kuromon Ichiba Market
📍Lps tu balik Shin Imamiya pergi borong ole2 kt Maruhan Mall & Daiso Japan.
DAY 9 (10 Dec 2019)
▪️ Sbb flight awal pagi from KIX to HANOI, So pukul 5 subuh dah siap2 untuk gerak ke Airport. Maka berakhirlah percutian di Osaka selama 9 hari. Apa benda paling tak best kat Osaka? Bila kau sedar kau dah hari terakhir kt Osaka
EXTRA TIPS‼️‼️
📝 Sebelum travel, jgn lupa ambik insurans. Mana2 insurans pun ok. Sy ambik INSURANS ETIQA TRIPCARE360. Yg ni penting wajib ambik so boleh claim if anything happens. Harga dlm RM 60++/per .
Boleh terus beli dkt
https://www.etiqa.com.my/…/travel-insu…/tripcare-360-takaful
🏡 HOMESTAY
Homestay sewa area Shin Imamiya booked guna AirBnB. Haritu terbaca Abg Jack post, selain mudah utk public transport, location tersebut adalah gateway ke Kansai Airport dgn mudah guna 1 train sahaja. Yes exactly! So ktorg pilih utk stay Homestay area Shin Imamiya.
📄 PASSES
OSAKA AMAZING PASS 2DAYS RM135
Sampai osaka boleh terus guna untuk 2 hari . OAP sangat jimat sebab cover subway dan entrance fee tempat2 menarik di osaka. Refer link ni -> https://www.osp.osaka-info.jp/en/
KANSAI AREA PASS RM338- KAP cover train dan bus area Osaka, Kyoto, Kobe, Nara etc dengan Nankai Line terus ke KIX airport.m. Refer link ni-> https://www.surutto.com/tickets/kansai_thru_english.html
SIMCARD📲
Sy recommend pakai Hello 1010 simcard . Boleh beli dekat website dia terus. 👇🏻
Link: https://hello1010.my/
APPS 🌍
Google Map 🔎
Wajib download! Sbb pergi tanpa guide so kena buat sendiri semua. Utk backpackers trip, sesat itu normal. So xperlu stress2 just enjoy every single moments. So klu sesat mmg kena rajin bertanya org sekeliling atau tanya information counter kt sana. Pasti ada jalan!!
Currency Apps 💴
Senang nak kira duit klu nak bayar apa2. Sbb x guna data.
HalalNavi 🍱
Senang nak cari makanan halal dan tempat solat.
Cam Translate 📲
Translator ) Sbb dkt jepun almost 80% dorang guna bahasa jepun, so apps ni mmg sngt membantu. Just gmbr then automatic dia convert to words.
Weather Live 🖼 – Penting utk tahu bacaan suhu semasa sblm keluar rumah. Klu suhu dah rendah tu ready la pakai baju tebal sikit. Klu ramalan nak hujan, ready raincoat siap2 dlm beg.
Itinerary Osaka, Kyoto, Nara & Kobe
LAIN2:-
▪️Saya sarankan ambik suntikan vaksin seperti Influenza 4-6 minggu awal sblm melancong bagi elak virus influenza sbb faktor cuaca yg sgt sejuk risiko pun tinggi. So jgn ambil mudah bab2 penyakit ni.
▪️Dekat jepun mmg banyak jalan kaki and naik turun tangga. Sehari approximately dlm 15km. So sy sarankan pakailah kasut yg korang dah biasa pakai & make sure kasut tu betul2 selesa supaya x melecet sana sini. Melainkan nak trip santai pergi beberapa tempat sahaja bolehlah pakai boots especially klu pergi snow park tu. Klu pakai kasut yg jenis kain confirm basah.
▪️Tandas sana mmg bersih & dorang tak suka lantai basah2. Mcm biasa pipe mmg xda. So kena ready la tisu basah awal2 atau botol kosong. Jgn terkejut tgk tandas dia mmg canggih klu nak flush jenis scan pakai tapak tangan, ada yg kena tekan button siap ada sound lagi dlm tandas and mostly semua bahasa jepun termasuk lift dia so terpaksa main agak2 je
▪️Cara naik escalator Osaka berbeza dgn Tokyo. Di tokyo org akan berdiri sebelah kiri & biarkan bahagian kanan kosong (utk org yg nak cpt) tapi berbeza dgn osaka, mereka akan berdiri di sebelah kanan dan kosongkan bahagian kiri. Yg ni general tips kena tahu.
▪️Dekat jepun rasa cpt je masa. Sbb cepat gelap pkul 4-5 dah start nak gelap. Waktu solat pun sana sangat awal banding Malaysia. So better kluar awal , jgn buang masa anda dgn tidur😁
💴 EXPENSES (per/person) untuk itinerary Osaka ni :
▪️Homestay AirBnB ¥22239= RM841/per for 9 days (bahagi 3 org)
▪️Kansai Area Pass 3 Days & Osaka Amazing Pass 2 Days ¥8938= RM338 (Beli di Shopee)
▪️Rokko Snow park (inc public transport) ¥3147=RM119
▪️Aquarium ¥2346 = RM88.75
▪️E-ticket USJ ¥8700 = RM329
▪️Simcard Hello 1010 ¥1553 = RM58
▪️Suica Card ¥3000= RM113.44
TOTAL RM1887.19 ‼️ (Cover sekali Kyoto, Kobe, Nara & USJ)
*Tidak termasuk tiket flight, pocket money & duit makan.
✈️ TICKET VIETNAM AIRLINES [free luggage 30kg + meals)
▪️Beli tiket flight Total RM1386 tapi kena transit, from (KUL – HANOI – OSAKA) Harga ni kira normal bagi yg nk ke Japan, tak mahal and tak murah sngt. Klu promo maybe boleh dpt lagi murah. Mmg penat skit sbb kna transit kt Hanoi . Utk muslim, jgn risau kita boleh request halal meals so mmg drg akan bagi priority bagi yg muslim.
▪️Bab makanan, depends dgn cara hidup masing2. Klu jenis nak jimat, dekat sana tiada yg murah, aiskrim tepi2 jalan pun mcm harga Baskin Robin apatah lagi makanan biasa. So better prepare RM100 utk makan sehari. Sedia lebih lagi bagus, bole simpan utk emergency @ masuk tabung. Utk breakfast, sy sarankan bawa la maggi siap2 dari Malaysia. Klu bijak sikit sekali sekala lepak lunch dekat Family Mart ataupun Lawson yg ni tips paling jimat, tak sampai RM50. beli Onigiri Salmon @ Tuna harga dlm RM5 je, tapi muak la korang klu asyik makan Onigiri pagi siang malam haha. Lagi satu cara nak jimat beli nasi harga dlm 130¥ = RM4.90 and ikan yg dah siap masak dlm harga 230¥ = RM8.68 pastu minta pekerja tlg panaskan dkt micro wave and makan tepi jalan je fuhhhh makan panas2 bapakk bahagiaaa hidup haha. Tupun kena cek betul2 food contents dia. Sbb tu berani makan ikan je.
▪️Klu masuk sana wajib beli Pudding caramel yg jenama Meiji (yg diyakini halal) jgn beli jenama Glico sbb pernah terbaca dkt group RTJ org post contents dia meragukan. Minuman air kt vending machine pun kena try Van Houten Cocoa best gilerr minum panas2 time winter.
▪️Sekali sekala bolelah rasa makanan Jepun seperti Ramen, Takoyaki & Udon. Rugi dtg jauh2 x rasa makanan2 dorang. Sbb ada je kedai2 halal utk muslim sana mostly rakyat dri Malaysia yg tgh study andbuat part time job sana. Cuma kena rajin cari la. Cth dkt Ramen Honolu, Namba, sdp gila ramen dia! Utk peminat Takoyaki bole cuba dkt Matsuri Restaurant, kedai halal lain kedai Ayam Ya & mcm2 lagi. Boleh download apps Halal Navi.
▪️Cash yang digunakan tak perlu bawa banyak sngt cuma bawa utk makan,lain2 tiket,souvenir. sbb bukan jenis shopping, tapi jenis yg suka cari tempat menarik, food hunting and perhati budaya dorg especially dari segi disiplin drg, mmg SALUTE !! Paling dirindui amalan mereka yg tidak lari drpd perkataan ( Arigato = Thank you ), (Sumimasen = Sorry/ Excuse me), yg paling wow mmg susah nak jumpa sampah dekat sana sbb bandar dorang sangat sangat la bersih. So klu nak bawak duit lebih baik simpan dkt BigPay just incase for anything happens (mmg wajib simpan utk hal2 unpredictable). Klu bukan jenis shopping saya nasihatkan x payah beriya nak tukar semua duit ke Yen, sbb klu duit tak habis nanti rugi, kita jual duit akan lebih murah drpd duit yg kita beli.
That’s all. Semoga tips dan itinerary Osaka ini membantu mempermudahkan perjalanan orang lain ke Osaka❤️🖤 Thank you very much Buku Road To Japan, members Road To Japan (RTJ) & Backpackers Buddies Malaysia (BBM) yang banyak membantu.
LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!
Good info.byk membantu
Cost of the package