Terokai khazanah alam di Taman Negara Endau-Rompin Selai
Baru-baru ini, team Kaki Travel dijemput untuk mengikuti sebuah program anjuran Johor Tourism iaitu Majestic Johor Eco Adventure. Salah satu tempat yang kami jejaki adalah Taman Negara Endau-Rompin Selai. Selama ni kalau dengar Taman Negara je mesti rasa sendu kan? Haa.. silap besarlah weh sebab kat Taman Negara Endau-Rompin Selai ini korang bakal disajikan dengan pengalaman yang menarik!
Hutan hujan tropika yang luas!
Untuk pengetahuan korang, Taman Negara Endau-Rompin sebenarnya terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
– Taman Negara Endau-Rompin Selai (meliputi 2/3 dari keluasan Endau-Rompin Johor)
– Taman Negara Endau-Rompin Peta
Taman Negara Endau-Rompin Selai merupakan sebuah hutan hujan tropika yang terlindung dan ianya terletak kira-kira 26km dari pekan Bekok, Johor. Bagi korang yang suka layan nature.. tempat ini merupakan salah satu port tarikan yang terbaik untuk dikunjungi.
Beri manfaat sepanjang masa!
Taman Negara Endau-Rompin Selai bukan sahaja kaya dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan malahan, ianya sangat penting dalam memelihara dan melindungi hidupan liar. Banyak weh fungsi kewujudan Taman Negara ini.. bukan setakat jaga flora-fauna, ianya juga memberi manfaat kepada kita bagi melaksanakan kajian dalam pelbagai bidang.
Aktiviti yang menarik kat sini?
Mesti korang terfikir sejenak, kalau datang kesini nak buat apa je eh? Haa..ini kami list kan antara aktiviti-aktiviti yang buatkan korang lebih mendalami kehidupan alam yang sebenar:
Jungle Trekking
Kepada kalian yang minat hiking, meh try hiking di sekitar Taman Negara Endau-Rompin Selai ini beb! Syok juga dapat terokai jalan hutan dalam tempat ini. Tambah seronok bila korang dapat lihat pelbagai jenis pohon yang jarang-jarang ditemui kat kotaraya tu weh. Kami berkesempatan menuju ke Takah Tempa’ang. Jadinya, laluan trekking untuk ke sana boleh dikatakan tidak terlalu sukar cuma korang kena hati-hati dengan dua perkara sahaja. Apa dia?
1. Jalan licin
Disebabkan jalan nak menuju ke sana memerlukan kami lintas laluan anak sungai, maka kenalah berjaga-jaga sewaktu berjalan ya. Bukan apa, licin sikit sebab basah so mudah terjatuh beb. Nak selamat pakai kasut hiking tak pun ‘Adidas Kampung’. Konfem ngam!
2. Pacat
Ya! Sesungguhnya terdapat banyak pacat dalam tempat ini sebab kawasannya yang lembap dan basah. Eh!! Janganlah takut geng! Pacat ini bagus taw untuk buang darah kotor dalam badan korang. Tapi kalau korang memang sejenis yang geli dengan haiwan kecil comel-comel ini, sila pakai stokin panjang ya. Tak sakit sangat kena gigit pacat ni.. cuma gatal gitu-gitu ja lerr.. haha
Antara laluan yang harus diredah sewaktu trekking ke Takah Tempa’ang
Ini keadaan pacat yang kekenyangan setelah puas hisap darah di kaki manusia
Mandi Air Terjun
Oh ya, dalam Taman Negara Endau-Rompin Selai ini terdapat banyak air terjun. Team kami berkesempatan menuju ke Takah Tempa’ang. Kalau korang nak tahu, Takah (bahasa orang asli) bermaksud Air Terjun. Dari chalet ke Takah Tempa’ang ini mengambil masa sekitar 1jam 30 min. Boleh tahan laluan nak sampai ke sini tapi segala penat hilang bila dah nampak air terjun tersegam indah kat depan mata weh! Sumpah syok dapat terjun dalam air yang jernih tu!!
Water Tubing
Korang kalau dah sampai kesini make sure cuba aktiviti water tubing. Nampak mencabar dan melelahkan tapi sesungguhnya sangat berbaloi untuk dicuba okay! Untuk kalian yang tak reti nak berenang pun boleh cuba main aktiviti ini sebab korang akan diberi penerangan terlebih dahulu sebelum terjun ke sungai tu ya. Jadi janganlah risau dan enjoy yourself!
Bermain Boling Kayu
Oh, satu lagi aktiviti yang jarang-jarang korang dapat rasai di bandar adalah bermain boling kayu ini. Haa.. selalu kita dengar boling dekat dalam mall tu kan takpun boling kelapa kan? Kalau datang Taman Negara Endau-Rompin Selai ini korang boleh cuba bermain boling version kayu punya beb! Untuk pengetahuan korang, boling kayu ini dihasilkan oleh komuniti orang asli yang tinggal di sekitar Taman Negara Endau-Rompin Selai. Power beb hasil karya diaorang ni..
Penginapan turut disediakan!
Mesti ada yang tertanya-tanya kat dalam Taman Negara Endau-Rompin Selai ini ada ke penginapan? Ke nak kena bawa khemah eh? Okay, korang tak perlu bimbang nak tinggal kat mana sebab dalam tempat ini juga disediakan chalet yang cukup selesa. Kalau korang nak berkhemah pun boleh sebab ada juga camp site di sekitar depan sebelum menuju ke chalet. Oh, kalau ada yang nak fefeling tidur sambil dengar bunyi deruan air sungai. boleh cuba menginap di pondok berdekatan dengan sungai. Seriously, udara malam disini sungguh segar dan nyaman. Memang syok la lena semalaman dalam hutan ni beb!
Tawaran Pakej Menarik!
Bagi korang yang berminat nak explore Taman Negara Endau-Rompin Selai ini, ada beberapa tawaran pakej menarik yang korang boleh pilih. Antaranya ialah:
– Pakej Daytrip
– Pakej 2 Hari 1 Malam
– Pakej 3 Hari 2 Malam
Kesemua pakej ini merangkumi insuran, tour guide, water tubing, makanan serta pengangkutan. Yang berbeza cuma penginapan (hanya untuk pakej 2H1M dan 3H2M) dan lokasi air terjun yang bakal korang terokai.
Terima kasih Tourism Johor bawa kami explore keindahan alam di Taman Negara Endau-Rompin Selai! Untuk maklumat lanjut boleh lihat FB Page Johorparks Endau-Rompin Selai
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!
Seriously writer yang hebat
Yeah.. Nice place. Crew taman negara selai yg peramah. Byk aktiviti menarik. Cuma laluan better guna 4×4. Air terjun sgt cantik. Penginapan dorm yg brsih.