Makan ‘Oyster’ fresh di Tiram Sungai Merbok
Seperti yang diketahui umum, Kedah merupakan sebuah negeri yang terkenal dengan jelapang padi. Haa.. kalau korang nak tahu, selain padi.. dekat Kedah juga ada tarikan menarik iaitu ladang tiram guys! Nak tahu dekat mana tempat ni? Jom baca artikel ini..
Untuk pengetahuan semua, ladang tiram ini terletak di Tiram Sungai Merbok, Kedah. Disini korang boleh belajar kenal jenis-jenis tiram, cara bersihkan tiram dan paling best.. dapat makan tiram yang segar dari ladang beb! Dulunya, tempat ini merupakan sebuah kawasan menternak tiram untuk dijual dan kini berkembang menjadi salah-satu tempat pelancongan yang mula menjadi tumpuan di Sungai Merbok.
Info menarik mengenai tiram:
– Tiram lebih subur kalau diternak dalam air paya bakau, so kena make sure kebersihan air terjaga
– Kalau nak makan tiram, kena makan yang dah berusia atas setahun
– Tiram yang diternak ini kena selalu dicuci dan digoncang, tujuannya untuk buang selut, jadikan tiram berbentuk mangkuk dan elakkan tiram melekat antara satu sama lain
– Nak goncang pun tak boleh selalu, kena 1 minggu sekali sahaja
– Selalunya tiram mati sebab air kotor takpun kena serang dengan ketam.. so, tiram-tiram ini kena ditutup dengan jaring
– Setiap bulan, semua tiram kat sini akan di gred ikut size
Haa.. jangan lupa untuk cuba rasai tiram di Sungai Merbok ini ya. Korang boleh nikmati secara mentah atau stim. Oh ya, selain tiram ada juga disediakan nasi dan lauk-pauk di restoran yang terletak bersebelahan ladang tiram ini. Tapi kena booking dulu sebelum datang okay.
Waktu operasi restoran : 10 pagi – 6 petang ( tutup hari Jumaat)
Harga tiram (mengikut size) : RM 5 – RM 20 // per pcs
Hutan Paya Bakau Sungai Merbok
Selain tiram, terdapat juga aktiviti lain yang menarik korang boleh cuba disini seperti tanam pokok bakau sebab dekat sebelah ladang tiram ini terdapat hutan paya bakau taw. Jadinya, kalau korang nak buat school trip atau aktiviti sukarelawan disini pun boleh geng.. Cintailah alam sekitar!
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!