KL Tower Mini Zoo – berinteraksi dengan haiwan secara santai
Ada tak yang dah bosan lepak mall tiap kali tiba hari cuti? Lagi-lagi bagi korang yang stay di sekitar Kuala Lumpur. Haa.. kali ini Kaki Travel nak bawa korang terokai satu lagi port menarik, santai dan edutainment iaitu KL Tower Mini Zoo.
Jungle in the City!
KL Tower Mini Zoo ini berkonsepkan ‘Jungle in the City’. So, sepanjang berada dalam kawasan ini memang korang akan rasa redup-redup gittew. Banyak pepohon tinggi yang melitupi kawasan zoo ini. Kira tak panas la weh nak berjalan sambil lihat keindahan flora dan fauna.
Berinteraksi dengan haiwan
Menariknya disini, terdapat lebih daripada 46 spesis haiwan yang korang boleh kenali seperti burung, monyet, ikan, kura-kura dan banyak lagi. Segelintir daripada spesis haiwan-haiwan ini boleh disentuh dan diberi makan. Haa.. disinilah korang boleh berinteraksi dengan burung kakak tua, bagi makan dekat Squirrel Monkey dan Alpaca, pegang kulit Bearded Dragon dan macam-macam lagilah! Oh ya, anak kecil pun boleh sentuh haiwan-haiwan disini. Tapi seeloknya ada pemantauan dari ibubapa atau penjaga okay!
Informasi menarik disediakan
Bukan itu sahaja, korang juga boleh memperoleh pelbagai info mengenai haiwan-haiwan yang ada disini. Papan informasi berkaitan dengan setiap haiwan turut disediakan bagi membantu korang mengenali dengan lebih dekat tentang sesuatu spesis. Jangan risau, info-info ini diberi secara ringkas supaya mudah difahami. So.. korang kenalah rajin membaca ye!
*Peringatan: Sila ikut peraturan yang disediakan oleh pihak KL Tower Mini Zoo.
Waktu Operasi: 10 pagi – 9 malam // setiap hari
Harga Tiket:
Dewasa – RM35
Kanak-kanak / Warga Emas -RM29
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!