Lenggong Outdoor Festival 2022 jadi medan perhimpunan peminat aktiviti luar
Baru-baru ini team Kaki Travel berpeluang menyertai Lenggong Outdoor Festival 2022 (ODF22) yang berlangsung di Tasik Raban, Lenggong, Perak selama tiga hari. Memang enjoy habis sepanjang festival itu diadakan. Tambah pula ada banyak aktiviti menarik disediakan fuh ‘havoc’ gilerr!
#ODF22
Untuk pengetahuan umum, ODF22 merupakan sebuah festival yang menggabungkan komuniti-komuniti outdoor di Malaysia. Dari eko-pelancongan sampailah geng sukan lasak, senang cakap semua geng hadir!
Festival ini julung kalinya dianjurkan oleh Cerita & Co dan Locco serta mendapat kerjasama Tourism Perak dan Majlis Daerah Lenggong. Terbaiklah gabungan semua ini!
Tasik Raban, spot ‘wajib’ dilawati!
Salah-satu benda yang menarik mengenai #ODF22 ini sebab lokasi festival diadakan di Tasik Raban, Lenggong, Perak. Sebaik saja anda menjejakkan kaki di sekitar tasik, anda akan terpegun melihat keindahan alam yang menakjubkan! Mana taknya, view tasik dah macam lukisan hidup weh! Kalau nak tahu, Tasik Raban turut tersenarai sebagai salah-satu Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Jadinya, andai kata anda dah sampai Lenggong tak jejak ke sini rugilah! Kena rasa sendiri view waktu sunrise/ sunset di tasik ini beb, memang paduw!
Aktiviti sepanjang #ODF22 ?
Okay kalau cerita bab aktiviti memang banyak. Dari aktiviti atas darat sampai ke dalam air la diaorang sediakan haha. Ini kami sediakan senarai aktiviti yang ada:
- Kayak // Stand Up Paddling
This one sangat enjoy, even penat nak mendayung tapi berbaloi weh nikmati kesegaran angin dan air yang sejukkkkk gitu. Untuk pengetahuan, kesemua aktiviti kayak & stand up paddling ini dikendali oleh RNR Adventures. Memang tip top abes ah!
- Roast & Brew Your Own Coffee
Coffee lover tentu suka dengan aktiviti yang satu ini sebab boleh belajar sendiri proses membuat kopi. Sempat jugalah kami cuba-cuba ‘masak’ kopi weh masa dekat ODF22 ini, rasa kopi kami buat of course enak sekali! Slot Roast & Brew ini dikendalikan oleh Nomad Kopi x Puding .
- Merentas Desa & Kayuhan Leha-Leha
Haa dua aktiviti ini memang sihat sangat-sangat sebab pagi-pagi lagi ramai dah get ready dekat area tasik untuk sertai acara merentas desa (7KM) dan berbasikal (35km). Seperti biasa min mampu support dari tepi jela haha..
- Amazon Boat Ride
Siapa sangka, dekat area Lenggong ada kawasan ala-ala amazon weh! Masa naik boat hari tu, kami berkesempatan juga untuk menyusuri Tasik Chenderoh. Untuk penjelasan, Tasik Raban ini kira a part of Tasik Chenderoh jugalah. Memang cantik tengok keindahan alam flora dan fauna di sekitar tasik. Kot ada nak cuba boleh try contact no kat bawah ini ya:
Boat Tour Chenderoh Lake: +6013-478 6655 (En Buii)
- Night Performance
ODF22 ini memang takkan pernah habis dengan aktiviti selagi belum lewat malam weh! Sebabnya di belah malam pula, kami disajikan dengan persembahan daripada pelbagai band muzik tempatan. Antara yang turun buat show adalah Margasatwa, Fugo, Disko Santan, Hulerra dan Teman Lelaki. Oh ya, kami turut berkesempatan melihat ‘Fire Show’ dan tayangan video premier Fikri Zamri. Kira ‘hidup’ la malam disana.
- Coffee Talk Session
ODF22 turut menyediakan sesi borak santai menerusi slot Coffee Talk. Pelbagai topik mengenai kisah traveling dan hiking dikupas bersama dengan kehadiran panel-panel yang berpengalaman dalam komuniti outdoor. Banyak ilmu baru yang diperoleh menerusi perkongsian diaorang ini. Salah satunya ingat lagi ada sorang panel ini pesan mengenai hiking, dia cakap.. “jadilah pendaki, bukan pelancong gunung”
- Camping
Dah namapun festival outdoor mestilah wajib ada yang berkhemah rite? Haa.. untung taw siapa yang bermalam di sekitar Tasik Raban. Dapat rasa sendiri suasana angin malam kat sana sambil ditemani bintang-bintang gemerlapan di langit gituu. Terdapat tiga komuniti yang buka tapak perkhemahan ketika ODF22 iaitu Santuy Travellers, Womencamp by Pajelintrip dan RimbaSegara
Kalau nak cerita mengenai semua aktiviti memang takkan habis sebab banyak, jadinya last part kami nak cakap masa ODF22 itu turut dibuka pelbagai booth dan gerai makanan yang menarik. Ada booth yang tawarkan pakej outdoor aktiviti, pakej percutian, travel food pack, barangan camping dan macam-macam lagilah!
ODF22 bukan sahaja gather kan geng-geng suka berjalan (tak kisah la jalan raya ke dalam hutan etc) malahan, dapat eratkan bonding antara satu sama lain. Semoga bertemu lagi and thank you for all the memories #ODF22!
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk percutian anda!
Menarik sungguh tempat ni. Boleh ‘promote’ dekat customer kami di Kereta Sewa Shah Alam nanti. Biasanya kalau weekend majoriti akan ke Melaka untuk makan angin. Mana tau nak ubah angin boleh cuba tempat-tempat yang KakiTravel review ni. TQ!
Hi, terima kasih kerana ikuti blog Kaki Travel! Untuk pengetahuan anda, #ODF22 akan berlangsung utk musim ke-2 pada 16-18 Jun 2023. Boleh dapatkan info terkini #ODF22 di Instagram @outdoorfestmy ya! 🙂