Nong Nooch Tropical Garden. Taman Dinosaur terbesar di dunia – Pattaya, Thailand

Jika anda bercuti ke Pattaya, Thailand, jangan lepaskan peluang menerokai Taman Dinosaur terbesar di dunia yang terletak di Dinosaur Valley yang berada dalam The Nong Nooch Tropical Garden.

100 jenis Dinosaur dalam 1 taman di Pattaya!

Dalam taman ini, anda boleh lihat hampir 100 jenis replika dinosaur berdiri teguh dan semuanya kelihatan seolah-olah masih ‘hidup’! Lokasi ini sesuai sangat dilawati dengan anak-anak sebab sambil tengok dinosaur itu boleh tahu juga nama-nama dinosaur yang ada sebab disetiap replika diletakkan nama saintifiknya.

Selain daripada taman Dinosaur, dalam The Nong Nooch Tropical Garden ini juga ada beberapa jenis taman lain seperti taman orkid, taman kaktus, taman tembikar dan banyak lagi!

Dekat dalam taman ni, anda juga boleh bermesra dengan gajah!
Antara bentuk tembikar yang unik dalam Taman Tembikar

The Nong Nooch Tropical Garden ini sangat besar kira-kira 500 ekar keluasannya, jadi kalau nak berjalan kaki dari satu taman ke satu taman memang ‘barai’ weh! Oleh itu, anda perlu menaiki sightseeing bus yang disediakan dalam taman ini, barulah boleh enjoy tengok suasana dalam taman ni ya!

sightseeing bus
Cute Mineral water!
Dalam The Nong Nooch Tropical Garden ada juga restauran & cafe untuk makan, view cantik & tenang gila!

Ptss, nak senangkan trip korang bercuti di Pattaya, beli je tiket masuk taman ni dekat Klook sebab lagi murah and mudah! Selamat bercuti!

  • Alamat:  34 Na Chom Thian, Sattahip District, Chon Buri 20250, Pattaya, Thailand
  • Waktu Operasi: 8 pagi – 6 petang (Khamis tutup)

Menarik untuk dibaca:

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *