Citadines Connect Georgetown – Hotel terbaru di Pulau Pinang

Baru-baru ni kami ke utara tanah air, Pulau Pinang secara spesifiknya. Kami berpeluang untuk menginap di salah satu hotel terbaru yang terdapat disini iaitu Citadines Connect Georgetown. Hotel ini masih baru, ia mula dibuka kepada orang ramai bulan Disember 2022 yang lalu. Lokasinya yang terletak di Lebuh Noordin, menjadikannya betul-betul strategik di tengah bandaraya Georgetown. Pengunjung juga boleh berjalan kaki sahaja untuk ke tempat-tempat tarikan seperti The Top @ Komtar, Hin Bus Depot serta pusat membeli belah seperti Gama & juga Perangin Mall. Kafe-kafe serta tempat makan juga terdapat berhampiran kawasan hotel ini.

KOMBINASI ANTARA REKABENTUK KLASIK & HIASAN DALAMAN MODEN NOSTALGIA

Bangunan hotel ini pula merupakan bangunan lama yang telah dibaikpulih dan diubahsuai. Ruang dalaman hotel pula didekorasi dengan hiasan dalaman berkonsepkan moden nostalgia. Bilik-bilik disini juga didekorasi cantik dan selesa untuk pengunjung menginap. Terdapat 2 pilihan bilik untuk pengunjung iaitu Bilik Studio Executive yang boleh memuatkan 2 orang ataupun bilik 2 Bedroom Executive yang lebih sesuai untuk keluarga.

Ruang dalam bilik di 2 Bedroom Executive
Bilik Studio Executive

KOLAM RENANG BERLATAR BELAKANG KOMTAR PENANG

Citadines Connect Georgetown turut menawarkan fasiliti seperti kolam renang, kolam jakuzzi & gym. Kolam renang yang terletak di tingkat 3, mempunyai pemandangan berlatar belakangkan bangunan ikonik di Pulau Pinang iaitu Komtar. Selain itu bagi mereka yang datang dengan kenderaan sendiri, tidak perlu risau kerana hotel ini mempunyai tempat letak kereta berpagar untuk kegunaan pengunjung.

Dikawasan lobi pula terdapat kaunter resepsi serta kawasan lounge sebagai ruang menunggu. Selepas daftar masuk, setiap pengunjung akan dihidangkan kopi secara percuma. Untuk sarapan pagi, anda boleh memilih satu daripada 4 menu set makanan utama manakala minuman, salad, roti & pencuci mulut disediakan secara ‘free flow’.

Pilihan set makanan

Jadi sekiranya anda bercadang untuk ke Pulau Pinang, Citadines Connect Georgetown ini merupakan salah satu daripada pilihan terbaik. Untuk maklumat lanjut mengenaik hotel ini serta harga boleh layari laman web disini.

Dapatkan voucher diskaun 25% apabila anda mendaftar sebagai anggota ASR.

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *