MyAirline kini terbang ke Thailand! – terokai keseronokan di Bangkok & Pattaya!

Baru-baru ini, syarikat penerbangan MyAirline melancarkan penerbangan pertama laluan antarabangsa ke Bangkok, Thailand! Sempena itu, team Kaki Travel turut berpeluang merasai pengalaman menaiki pesawat MyAirline ke sana sambil explore destinasi menarik selama 5 hari 4 malam di sekitar Pattaya & Bangkok yang dibawa khas oleh Tourism Authority of Thailand (TAT). Nak tahu how it feels terbang ke Thailand dengan MyAirline? Ikuti perkongsian di bawah!


Terbang bersama MyAirline!

  • Perjalanan kami bermula dari KLIA2 (10.20 pagi waktu Malaysia) dan touch down di Suvarnabhumi Airport, Bangkok (11.45 pagi waktu Thailand)
  • Bagi yang pernah naik flight MyAirline, mesti korang tahu kan beza seat diaorang yang sedikit nipis. Tapi untuk penerbangan below 3 hour should be fine, masih selesa untuk tidur haha
  • Masa dalam flight, kami sempat nikmati hidangan Nasi Lemak Ayam Rendang. Sedap!
  • Waktu touch down smooth ja, takde rasa macam ‘gedebuk mengejut terkejut’ gitu..
  • Sampai je dekat Suvarnabhumi Airport, kami disambut mesra oleh wakil TAT dan Airports of Thailand (AOT) yang friendly, sopan sungguh orang Thailand ni ek!
  • Setibanya di Bangkok, kami terus naik van gerak ke Pattaya

Jom ‘healing’ di Pattaya – Laut, seafood ohsem!

  • Pattaya ni merupakan sebuah bandar yang berdekatan pinggiran pantai
  • Sea view dekat sini memang tip top, sesuai sangat untuk korang yang nak release stres
  • Satu benda yang paling best dekat Pattaya ni dia punya vibes which is memang sentiasa hidup tak kira waktu, datanglah waktu weekday ke weekend ke penuh dengan keseronokan!
  • Sewaktu di Pattaya, kami menginap di Hotel Amari yang terletak betul-betul seberang pantai, jadi view dari bilik tu memang cantik. Tenang is good!
Suasana bilik di Hotel Amari Pattaya
Pattaya sesuai jadi lokasi untuk chill & relaxing our mind!
  • Belah malam kalau nak ronda town Pattaya pun nice juga sebab ada banyak street food dibuka, salah-satu yang popular adalah di Runaway Street Food – ada jual makanan, souvenir, baju dan macam-macamlah!
  • Kalau dari pinggir pantai nak jalan kaki ke town pun okay ja sebab sepanjang jalan tu penuh dengan kedai makan, kafe, kedai tattoo dan macam-macam
Selain daripada seafood, anda juga bakal melihat makanan unik yang tiada di Malaysia seperti ‘buaya panggang’!
  • Satu lagi benda best kat Pattaya ni makan seafood. Murah & fresh gila! Hari-hari nak makan seafood pun takde hal la kat sini weh sebab harga dia dengan size udang, sotong, ikan yang besar gedabak pun berbaloi-baloi sangat!
  • Dari segi destinasi menarik pula, banyak tempat best-best korang boleh explore, ini antara yang kami explore tempoh hari:
The Sanctuary of Truth
Frost Magical Ice of Siam
Nong Nooch Tropical Garden
Fairy Sweet Village
The Largest 7-Eleven in the world
Lanpho Nakluea Market

Bangkok – bandar meriah diwarnai kejutan!

  • For those yang dah pernah sampai Bangkok, mesti korang dah boleh imagined betapa sesaknya jalan dengan lambakan kereta, tuk tuk, motor semualah!
  • Tapi inilah yang menjadikan bandar Bangkok ini terasa ‘hidup’!
  • Dalam dok sesak-sesak pun banyak betul spot menarik korang kena lawati weh!
  • Orang cakap kalau pi Thailand kena massage, haa memang superb gila urutan di Divana Scentuara Spa! Kalau nak tahu spa ini antara yang TipTop kat Bangkok, u guys should try tho!
  • Pergilah ceruk manapun kat Bangkok ni, mesti korang akan nampak banyak stall street food jual seafood dibuka.. nak senang lepak je dekat Icon Siam Mall area G-floor, vibes floating market dalam mall sejuk ye. hehe
Icon Siam
  • Oh satu lagi benda, kalau nak shopping baju, dress, kasut murah-murah – sila explore 7,000 kedai yang ada di Chatuchak Market!
  • Nak kan suasana yang romatik? Jom dinner atas cruise, jangan risau makanan dijamin halal sebab ada certificate ye! Suasana view malam di atas kapal yang menyusuri Sungai Chao Phraya tu mashaallah! Cantik ohhh night view Bangkok!

Thank you MyAirline dan Tourism Authority of Thailand sebab bawa Kaki Travel terbang menerokai keindahan di Pattaya & Bangkok! Jom guys, book tiket flight terbang ke Bangkok bersama MyAirline!


Jangan lupa LIKE Facebook KakiTravel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet  & SUBSCRIBE YouTube KakiTravel bagi mendapatkan idea dan info untuk percutian anda! Kalau rajin, SHARE stori kami dengan gang korang ya!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *