Philippine Tourism Caravan Fair 2019
Philippine Tourism Caravan Fair 2019
Philippine merupakan satu lagi destinasi yang menarik di Asia Tenggara. Negara yang mempunyai lebih 7000 pulau ini pernah disenaraikan sebagai 10 destinasi pantai terbaik di dunia.
Philippine Tourism Malaysia kini sedang mengadakan Caravan Fair 2019 di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang. Caravan Fair ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pengunjung tentang tempat-tempat menarik, aktiviti serta budaya di negara Philippine. Antara aktiviti-aktiviti menarik yang anda boleh buat di Caravan Fair ini adalah :
Cuba Halo-Halo secara Percuma
Halo-halo adalah salah satu dessert yang popular daripada Philippine. Ianya lebih kurang macam ABC ataupun Ais Kacang di negara kita. Cumanya ia tidak menggunakan gula sebagai salah satu kandungannya. Dekat Caravan Fair ni dessert ini diberikan secara PERCUMA kepada semua pengunjung.
Tarian tradisional Philippine
Disepanjang event ini, para pengunjung akan dapat menyaksikan pertunjukan tarian-tarian tradisional dari Philippine. Anda bukan sahaja dapat melihat pertunjukan, tetapi juga berpeluang untuk mencuba serta menari bersama para penari.
Promo Philippine Airlines
Philippine Airlines juga ada membuka sebuah booth di Caravan Fair ini. Philippine Airlines adalah sebuah syarikat penerbangan Full Service Carrier dari Philippine. Antara tawaran menarik adalah tiket ekonomi Kuala Lumpur – Manila bermula dari RM679 sahaja
Pakej-pakej Travel
Disamping itu, ada juga beberapa travel agent yang menawarkan pakej promosi untuk ke Phillipine. Anda akan berpeluang untuk bertanyakan lebih lanjut tentang tempat-tempat menarik serta kos ke sana.
Menang Hadiah!
Sepanjang Caravan Fair ini, pihak Philippine Tourism menyediakan pelbagai hadiah menarik untuk anda. Anda hanya perlu menjawab soalan-soalan mudah sahaja untuk menang!
Jom tengok video mengenai Caravan Fair dulu..
Caravan Fair ini diadakan di pusat membeli belah sekitar lembah klang. Boleh rujuk poster dibawah untuk maklumat lanjut
Jangan lupa ajak ramai-ramai pergi ke Philippine Tourism Caravan Fair 2019 ini hujung minggu nanti! Mana la tau dapat menang hadiah-hadiah menarik ke.
LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!