Wisma Putra: Tangguh perjalanan tidak penting ke Timur Tengah

Wisma Putra dalam kenyataan rasminya meminta rakyat Malaysia agar menangguhkan perjalanan tidak penting ke rantau teluk & Timur Tengah buat masa ini. Ini berikutan krisis yang semakin meruncing diantara Iran & Amerika Syarikat ketika ini.

Peta Timur Tengah

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dalam kenyataannya juga menasihatkan rakyat Malaysia yang tinggal atau mempunyai perancangan untuk ke Timur Tengah dan rantau Teluk supaya lebih berhati-hati dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan mereka. Beliau turut meminta agar rakyat Malaysia di sana, mendaftar dengan pihak kedutaan Malaysia.

“Pendaftaran boleh dilakukan menerusi e-mel,” katanya selepas mesyuarat pasukan petugas belia mengenai hal ehwal luar dan diplomasi di Wisma Putra di sini.

Berikutan misi diplomatik Malaysia yang tidak aktif di Iraq, Syria dan Yaman, Saifuddin berkata rakyat Malaysia yang tinggal, bekerja atau melancong di sekitar rantau itu perlu mendaftar dengan kedutaan-kedutaan berikut:

  • Rakyat Malaysia di Iraq boleh mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Amman, Jordan
  • Rakyat Malaysia di Syria, boleh mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Beirut, Lubnan
  • Rakyat Malaysia di Yaman, boleh mendaftar dengan Kedutaan Malaysia di Muscat, Oman

Atau boleh layari https://www.kln.gov.my/web/guest/malaysian-mission. untuk dapatkan senarai Kedutaan Malaysia yang berhampiran.

Sumber : Wisma Putra & Bernama


Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel , FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSRCIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *