Rasai pengalaman menaiki ‘Hot Air Balloon’ bersama Gamuda Cove !
UPDATE : ACARA INI AKAN DITUNDA KE TARIKH BARU AKIBAT KEADAAN CUACA YANG TIDAK MENGIZINKAN SERTA MEMBERI LALUAN UNTUK MISI BANTUAN BANJIR
Korang pernah naik belon udara panas ataupun ‘Hot Air Balloon’ tak ? Bagi korang yang belum pernah, sempena musim cuti ini Gamuda Cove akan menganjurkan acara Jolly Ride with Cove & Xmas Hot Air Balloon Fiesta dimana korang berpeluang untuk merasa sendiri pengalaman menaiki Hot Air Balloon ini.
JOLLY RIDE WITH COVE
Di acara Jolly Ride with Cove, akan ada penjualan tiket pakej Introductory Let’s Discover dimana anda boleh membeli tiket ini dengan harga RM20 sahaja. Menariknya jika anda membeli pakej Introductory ini, anda juga turut berpeluang untuk menaiki Hot Air Balloon ini secara PERCUMA* !
Pakej Introductory ini terdiri daripada Safari Insta Tour & Cove Aerobar. Safari Insta Tour ini akan membawa anda untuk menyusuri kawasan Paya Indah Discovery Wetlands, manakala Cove Aerobar akan memberi anda pengalaman untuk menikmati suasana panaroma sekitar Gamuda Cove, setinggi 35 meter di udara !
Jolly Ride to Cove ini yang akan berlangsung selama 2 hari di dua lokasi yang berbeza iaitu :
- 18hb Disember 2021 di Padang Merbok, Kuala Lumpur (7.30 pagi – 10.30 pagi)
- 19hb Disember 2021 di Anjung Floria, Putrajaya (7.30 pagi – 10.30 pagi)
XMAS HOT AIR BALLOON FIESTA
XMAS Hot Air Balloon Fiesta ni pula akan berlangsung pada 25hb & 26hb Disember 2021 di Gamuda Cove. Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan dalam acara ini, antaranya :
- Hot Air Balloon Night Glow Show – dimana anda akan dapat melihat belon udara panas yang cantik di waktu malam diikuti dengan irama lagu
- Merasai pengalaman salji di Gamuda Cove
- Bergambar bersama pohon Krismas setinggi 9 kaki
- Christmas Caroling
- Meet and Greet bersama Santa Claus dan Santarina – kalau bernasib baik, mungkin dapat naik Cove Aerobar bersama Santa!
- Cuba permainan sukan lasak seperti Goosebumps Rope Course – mempunyai 57 jenis elemen-elemen yang cukup mencabar
Bagi peminat outdoor, anda boleh merasai pengalaman berkhemah di dalam hutan pada musim cuti ini. Anda boleh membawa khemah sendiri dan pihak Gamuda Cove akan membenarkan anda untuk ‘camping’ di dalam kawasan Paya Indah Discovery Wetlands pada harga minima RM100 sahaja . Selain itu aktiviti-aktiviti lain yang anda boleh cuba di dalam kawasan ‘Wetlands’ ini adalah menaiki kuda, jungle trekking, ’, menaiki trak Safari dan banyak lagi !
Xmas Hot Air Balloon Fiesta ini akan berlangsung bermula jam 3.00 petang hingga 10 malam untuk 2 hari tersebut.
Menarik kan dua acara ini ? Jom ajak kawan-kawan atau keluarga ke acara Jolly Ride With Cove & Xmas Hot Air Balloon Fiesta ni nanti !
Pendaftaran untuk Jolly Ride With Cove dan Xmas Hot Air Balloon Fiesta — > https://bit.ly/GCSleighYourWay