8 Tempat Makan Wajib Cuba jika anda ke Kuching, Sarawak [2023]
Sarawak merupakan satu lagi destinasi yang menarik untuk penggemar makanan. Bandaraya Kuching misalnya, sangat terkenal dengan pelbagai variasi makanan ekoran daripada kepelbagaian kaum yang berada disana. Kuching juga telah dinobatkan sebagai salah satu Bandar Kreatif Gastronomi oleh UNESCO baru-baru ini. Jadi kali ini kami kongsikan dengan anda beberapa tempat makan menarik di Kuching yang boleh anda cuba jika anda ke Kuching, Sarawak.
1. RESTORAN LEPAU
Restoran Lepau ini menyajikan makanan tradisional masyarakat Orang Ulu dan juga Dayak. Disini anda berpeluang untuk mencuba menu-menu popular seperti Ayam Pansuh (Ayam yang dimasak dalam buluh), Nuba Laya, Sup Terung Salai, Umai Ikan dan lain-lain lagi. Dekorasi di restoran ini juga akan memberikan anda pengalaman menjamu selera etnik di Sarawak.
Restoran Lepau
99, Jalan Ban Hock
93400 Kuching,
Sarawak
Facebook: Lepau Restaurant
Instagram : @lepaurestaurant
2. RESTORAN BABAGANOUSH
Jika anda ingin mencari restoran yang selesa untuk datang bersama famili, boleh ke Restoran Babaganoush ini. Ia menghidangkan pelbagai menu makanan tempatan Sarawak. Antara menu yang menarik adalah ikan terubuk goreng, telur ikan terubuk, sayur midin, umai obor-obor dan banyak lagi. Anda juga boleh memilih pelbagai jenis seafood fresh untuk dimasak sebagai hidangan.
Babaganoush Restaurant
Parcel A2-1, Lot 67, Section 66,
Yoshi Square KTLD, Jalan Pending
93450 Kuching Sarawak
Facebook : Babaganoush Restaurant
3. CAFE-CAFE at THE ORIGINAL CARWASH
Cafe-Cafe ini pula menawarkan menu-menu fusion dengan suasana santai untuk menjamu selera. Ia menyajikan menu-menu tempatan dan juga menu barat dalam portion yang besar, sesuai untuk dikongsikan bersama rakan mahupun orang tersayang. Menu yang popular disini adalah Nasi Goreng Nenas. Restoran ini dikelilingi oleh tempat mencuci kenderaan ataupun carwash. Jadi anda boleh menghantar kereta anda untuk dicuci, sambil anda menikmati hidangan didalam.
Cafe-Cafe @ The Original Carwash
24, Jalan Rubber Selatan
93400, Kuching, Sarawak
Facebook : Cafe Cafe
4.KANTIN AT THE GRANARY
Bagi yang ingin mencuba menu-menu moden Sarawak, boleh ke Kantin At The Granary. Tempat ini terletak bersebelahan dengan The Marian Boutique Lodging House. Antara menu popular disini adalah Nanasi iaitu Nasi Goreng Nenas yang dihidangkan bersama Satay Ayam dicelup gula apong dan juga Rainforest Fried Rice (Nasi goreng vegetarian) . Selain itu anda juga boleh mencuba Superdry Laksa , Tropical Roast dan juga Salted Egg Chicken Popcorn. Dekorasi kedai ini juga sangat instagrammable dan mempunyai banyak spot untuk anda bergambar.
Kantin at The Granary
23, Wayang St,
93000 Kuching
Sarawak
Facebook : Kantin at The Granary
Instagram : @kantingranary
5. TOP SPOT SEAFOOD
Top Spot merupakan tempat popular bagi penggemar makanan laut yang datang ke Kuching. Disini tempatnya adalah seperti food court, ada banyak gerai-gerai disini dan anda boleh memilih gerai mana yang anda mahu. Kebanyakkan seafood disini adalah segar dan terdapat pelbagai menu kebiasaan seperti ikan siakap stim, sotong goreng tepun, udang butter dan cream crab soup. Selain itu yang menarik untuk dicuba adalah ikan gonjeng ataupun ikan kering goreng rangup.
Top Spot Seafood
Bangunan UTC Kuching,
Jalan Padungan 93100
Kuching, Sarawak
6. RESTORAN BUDAYA @ KAMPUNG BUDAYA SARAWAK
Tidak sah jika anda ke Kuching tetapi tidak menjejakkan kaki ke Kampung Budaya Sarawak ataupun Sarawak Cultural Village. Disini anda dapat melawat ke rumah-rumah pelbagai etnik yang berada di Sarawak and belajar dengan lebih lagi tentang adat dan budaya mereka. Selain itu, anda juga boleh mencuba makanan-makanan etnik di Restoran Budaya. Menu Sarawak Highlander Ethnic Cuisine memang sangat rare. Anda akan dihidangkan dengan sup timun, nasi bario, abbeng arur layun (ikan) , labo belatuh pa lungan (daging), bua’ petar pa’ mada (petai), daging tepus dan juga daun ubi.
Sarawak Cultural Village
Pantai Damai, Santubong
P.O Box 2632 93752
Kuching, Sarawak
Facebook : Sarawak Cultural Village
7. King Laksa
Tak sah kalau ke Sarawak tapi tak makan menu popular disini iaitu Laksa Sarawak. Di King Laksa ini ada beberapa pilihan laksa Sarawak, antaranya Laksa Ambal, Laksa Sotong, Laksa Udang Besar dan yang paling special adalah Laksa SikMok Skip. Laksa Sikmok Skip ni ada diletakkan Udang, Sotong dan juga Ambal ataupun kalau di Semenanjung dipanggil Siput Buluh.
Satu lagi menu menarik di King Laksa ini adalah Bihun Belacan. Bihun berkuah ini dimasak dengan belacan dan dihidangkan bersama dengan telur padi.
King Laksa
Unit A101 & Unit 102, Block A, Icomm Square,
Jalan Pending, 93450 Kuching, Sarawak
Facebook : King Laksa
8. Mee Kolok Haji Salleh
Satu lagi menu popular untuk dicuba jika anda ke Sarawak adalah Mee Kolok. Antara yang paling popular di bandar Kuching ini adalah Mee Kolok Haji Salleh. Resepi Mee Kolok disini merupakan resepi turun temurun. Memang sedap beb Mee Kolok dekat sini! Harus dicuba!
Tapi jika anda nak ke sini, pastikan datang awal yer, Setiap hari panjang orang beratur untuk makan disini.
Mee Kolok Haji Salleh
Sepinang Sari Cafe
Lot 206 G/F, Jalan Satok,
Section 11, Kuching,
93400 Sarawak
Jadi untuk anda yang ke Kuching tu, boleh la cuba semua yang ada dalam senarai Tempat Makan Kuching ini. Sebenarnya, bukan ini sahaja yang menarik, ada banyak lagi restoran ataupun tempat makan yang best dekat Kuching ini! Jadi korang boleh explore sendiri ya nanti,
Oh ya kalau korang ke Kuching, boleh juga melawat ke Tasik Biru. Perjalanan lebih kurang 30 minit dari Kuching. Boleh tengok video youtube kami!
Jangan lupa LIKE Facebook Kaki Travel, FOLLOW Instagram @kakitravelnet dan SUBSCRIBE Youtube Kaki Travel bagi mendapatkan idea dan info untuk pengembaraan anda!