Tinyscale – Homestay cantik dengan rekabentuk industri di Melaka
Tinyscale – Duyong, Melaka
Baru-baru ni team kami berpeluang untuk ke sebuah homestay cantik di Melaka. Nama homestay ni adalah Tinyscale dan ianya terletak di Duyong, Melaka. Tempat ini mula dibuka kepada orang ramai sejak Disember 2018. Jarak dari homestay ini ke bandar Melaka tidaklah jauh, cuma mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.
Tinyscale pada asalnya adalah sebuah rumah teres 2 tingkat biasa. Namun ianya sudahpun diubahsuai dengan rekabentuk hiasan dalaman berkonsepkan industri. Dekorasi di sini memang sangat kemas dan setiap sudut di rumah ini adalah sangat ‘instagramworthy’. Memang sangat sesuai untuk korang yang suka bergambar.
Dekat Tinyscale ni ada 4 buah bilik secara keseluruhannya. Ianya boleh memuatkan antara 10 ke 12 orang dalam satu-satu masa. Semua bilik tidur dilengkapi dengan penghawa dingin, jadi ianya memang sangat selesa. Tinyscale juga dilengkapi dengan wifi, TV serta penapis air.
Bahagian dapur homestay ini juga lengkap dengan perkakas seperti dapur, peralatan memasak dan peti sejuk. Jadi untuk korang yang nak memasak semasa dekat sini memang tak ada masalah.
Di tingkat atas, terdapat 3 bilik tidur. Bilik masterbedroom dilengkapi dengan katil bersaiz King serta bersambung dengan bilik air. Bilik kedua pula disediakan katil double decker beserta dengan tilam tambahan. Manakala bilik ketiga pula lengkap dengan katil bersaiz queen.
Di tingkat bawah, terdapat sebuah bilik keluarga. Ianya mempunyai dua buah katil Queen dan memang selesa untuk keluarga yang datang bersama anak kecil. Lebih menarik, ianya bersambung dengan sebuah kolam renang kecil. Memang sesuai sangat untuk kanak-kanak.
Selain itu jika anda menginap di sini, anda boleh ber-BBQ pada waktu malam. Peralatan BBQ disediakan secara percuma untuk anda yang menginap disini. Korang hanya perlu beli bahan mentah seperti ikan, ayam, udang, satay etc. untuk dipanggang sahaja.
Keseluruhannya boleh dikatakan memang best homestay ni. Harga satu malam tempat ni adalah RM600 (weekdays) dan RM740 (Weekend/Cuti Sekolah/Cuti Umum) . Untuk maklumat lanjut korang boleh tengok akaun facebook & instagram dibawah atau whatsap ke nombor dibawah:
Facebook : https://www.facebook.com/tinyscale.melaka/
Instagram : @tinyscale.melaka
Whatsapp : www.wassap.my/0173061899