Amverton Cove – Destinasi menarik percutian keluarga di Selangor
Amverton Cove Golf & Island Resort
Korang tau tak dekat Pulau Carey ni sebenarnya ada satu resort yang best? Pulau Carey ni adalah satu pulau di Selangor yang terletak diantara Klang dan Banting. Kawasan Pulau Carey ni majoritinya terdiri daripada kawasan ladang kelapa sawit. Namun begitu disini juga terletaknya Amverton Cove Golf & Island Resort.
Team kami berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman di resort ni baru-baru ini. Ianya merupakan sebuah golf resort namun pada masa yang sama ada ia adalah sebuah destinasi famili.
Mesti korang nak tau apa yang best dekat resort ni kan? Ok ni kami kongsikan 9 benda menarik yang korang boleh buat dekat resort ni.
1.Animal Island
Resort ini ada petting zoo sendiri. Animal island ni terletak di tengah tasik, jadi korang akan dibawa menaiki boat untuk ke tempat ni. Dekat sini korang boleh buat aktiviti seperti naik kuda, beri makan kepada arnab atau bemesra dengan haiwan-haiwan yang ada dekat sini. Ada sesetengah haiwan yang korang boleh beri makan, contohnya seperti arnab & rusa.
2. Kolam renang dengan slide
Dah macam pegi waterpark. Kolam renang dekat sini sangat luas dan ada kolam kanak-kanak dan dewasa. Ditambah pula dengan adanya slide serta water bucket. Ada potensi anak-anak anda tak nak balik.
3. Flying Fox
Kalau yang minat aktiviti lasak, boleh cuba untuk ‘terbang’ dengan flying fox ini. Korang akan mula dari sebuah platform yang tinggi nya 200 kaki dan akan ‘terbang’ melintasi tasik.
4. ATV Ride
Lagi satu aktiviti yang sesuai untuk peminat aktiviti lasak, boleh cuba naik ATV ride. Dekat sini ada trek dan laluan khas dibuat untuk aktiviti ATV ini.
5. Kids Fun Zone
Kalau korang menginap dekat sini, anak-anak akan dapat peluang untuk bermain di ruang permainan ini secara percuma. Tempat dia agak luas dan dalam tempat ini juga ada ruang untuk bermain Xbox.
6. Bilik yang selesa dan luas
Ruang bilik standard di resort ni sangat luas. Kondisi bilik pun masih baru dan sangat selesa. Kalau korang datang dengan keluarga yang besar, boleh ambil Amverton Villa. Villa 2 tingkat ini boleh memuatkan 6-8 orang dalam satu masa.
7. Lokasi team building
Dekat sini ada banyak halangan-halangan yang boleh menjadi lokasi yang best untuk program ‘Team Building’
8. Paintball & Archery
Bagi yang nak cuba sesuatu yang unik, boleh uji tahap mata dan kekuatan anda dengan bermain Paintball dan juga Archery
9. Hummingbird Lounge
Dekat Hummingbird Lounge ni ada banyak permainan ‘indoor’ untuk korang. Ada meja Foosball, Pool, Snooker dan juga permainan Dart. Korang juga boleh serlahkan bakat terpendam korang tu bilik-bilik Karaoke yang disediakan.
Kalau nak tau pasal pakej tempat ni, boleh tengok gambar di bawah
Kalau korang nak tau info lanjut boleh terus ke website ini.
Jom tengok video kami mengenai tempat nie..
Jadi amacam? Best kan? Boleh la korang bawak famili atau kawan-kawan ke sini lepas nie..
Jangan lupa untuk LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan informasi yang best-best okay!
Menarik dan bagaimana nak apply pakej spt di ats