7 aktiviti best di Tenom, Sabah!

KEBIASAANYA apabila bercerita tentang tempat menarik di Sabah, pasti ramai yang menyebut lautan biru di Semporna atau mungkin panorama persis lukisan hidup di Kundasang. Ya, memang benar kedua destinasi itu menawan hati namun ada satu lagi kawasan yang berbaloi untuk diterokai di Sabah iaitu di Tenom!

Foto – Muadz Samat

Tenom adalah destinasi percutian yang berkonsepkan hab pertanian kerana dearah ini popular dengan julukan ‘bandar kopi’. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke sini mengambil masa sekitar 3 jam. Sebaik sahaja korang tiba di Tenom, jangan lepaskan peluang untuk lakukan 7 aktiviti menarik ini!


1. Menginap di Naluyan Jungle Lodge

  • Salah-satu lokasi penginapan terbaharu di Tenom.
  • Menjadi best spot untuk ‘healing’ kerana suasananya yang sunyi dan nyaman menenangkan minda pengunjung.
  • Lokasinya yang terletak di kawasan tinggi buatkan angin malam begitu dingin!
  • Lihat saja konsep bilik yang ditawarkan, confirm ramai akan rasa tak puas untuk stay 1 malam beb! Tambah menarik lagi, ada kolam yang berteraskan air terjun yang sejuk dan menyegarkan badan!

2. Nikmati secangkir kopi di Yit Foh

Salah-satu chalet yang berkonsepkan nama kopi di Yit Foh Coffee
  • Kunjungan kalian takkan lengkap di Tenom tanpa singgah di Yit Foh Coffee sebab daerah ini sememangnya terkenal sebagai bandar kopi!
  • Di Yit Foh Coffee, korang bukan sekadar merasai kopinya yang padu tu malah boleh ketahui proses pembuatannya yang masih gunakan konsep tradisional. *sebab tu rasa ‘ongsoi’ weh!
  • Selain itu, kalian juga boleh menginap disini sebab ada 12 jenis chalet ditawarkan dalam kawasan Yit Foh ini & menariknya semua chalet itu dinamakan mengikut nama-nama jenis kopi seperti Americano, Latte, Kopi Susu dan banyak lagi!
Coffee lover must try!

3. Berbasikal di Kampung Marais, Tenom

Foto (kiri) – Nazirul Hakim
Foto: Taufik Saidi
  • One of the best spot yang sangat disarankan untuk kalian kunjungi adalah di Kg. Marais!
  • Dekat sini ada satu pertubuhan koperasi dikenali Marais Center yang kendalikan pelbagai aktiviti menarik untuk kalian cuba kalau singgah di kampung ini.
  • Jangan lepaskan peluang untuk berbasikal di sekitar sawah padi Kg Marais ini sebab panorama alam yang kalian akan tengok itu takkan sama dengan tempat lain – boleh nampak view jelapang padi, banjaran Crocker & sungai padas dalam 1 view!
  • Paling best kalau dapat layan view tu masa sunset. Fuh!
Sungai Padas
Sawah Padi ft Banjaran Crocker

4. Pelajari budaya etnik Murut

Sumandak Sabah
  • Untuk pengetahuan anda, boleh dikatakan majoriti kaum yang stay di Tenom ini adalah dari etnik Murut.
  • Satu benda yang best pasal etnik Murut ini adalah ‘sumandak’ cantik-cantik *serius!* dan bila cakap sopan, ayu gittew!
  • Kalau nak tawan hati sumandak Murut, korang kenalah dalami sikit budaya mereka rite, so jangan lepaskan peluang untuk ketahui cara untuk buat baju kulit kayu yang dipakai kaum lelaki Murut, try makanan tradisional dan belajar step menarik tarian Murut okie!
Proses pembuatan baju kulit kayu etnik Murut

5. Kunjungi Taman Pertanian Sabah – ada buah ‘rare’ Borneo!

Buah Mambang
Buah Kesusu
  • Haa, satu lagi spot boleh singgah adalah di Taman Pertanian Sabah yang memiliki lebih 2 ribu jenis tumbuhan!
  • Berkeluasan 500 ekar, dalam taman ini korang juga boleh pelajari lebih 350 spesis bunga orkid
  • Selain itu, ada buah-buahan spesis endemik Borneo yang dijaga rapi – rezeki korang kalau ada yang masak boleh cuba!
  • Contoh buah endemik yang best korang boleh jumpa adalah seperti – buah kesusu dan buah bambangan (ni sedap buat sambal weh!)
  • Kalau ‘langkah kaki kanan’ boleh jumpa bunga rafflesia juga dalam ni beb!

6. Hiking & camping di Rundum Highlands

Foto – Rundum Highlands Onsoi
  • Buat kalian yang berjiwa ‘adventurous’ tu mesti suka port ni sebab ia terletak di kawasan tinggi & sejuk gila!
  • Kalau nak hiking untuk rasai kesegaran air terjun Umit pun boleh guys!
  • Selain itu, korang juga boleh belajar sejarah sikit-sikit mengenai penempatan British di bumi Sabah sebab atas ni ada juga ‘kubur British’ ye..

7. Naik kereta api – layan view di Tenom baa!

Foto – Patrick Anohada
  • Kalau korang nak fefeling macam ‘old school’, apa kata korang cuba menaiki kereta api lama!
  • Untuk pengetahuan, kereta api ini dikendalikan Jabatan Keretapi Negeri Sabah.
  • Menerusi perjalanan kereta api ni, korang boleh makan-makan, karok sambil tunggu sunset baa!

Terima kasih Tourism Malaysia & Tourism Sabah sudi bawa Kaki Travel terokai alam di bumi Sabah!

Sabah Ongsoi!

You may also like...

1 Response

  1. Fitriazis says:

    Best baca penulisan sis ni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *