7 Tempat Makan di Gua Musang – Fuh, Terliur tengok!
Selalu kalau nak cari makanan di Kelantan, mesti akan ke Kota Baharu. Apa kata sekali sekala kita food hunting dekat Gua Musang. Banyak juga tau, warung tradisional dan kafe yang ada dekat sini.
Ini senarai 7 Tempat Makan di Gua Musang:
1. Warong Muse



Warong Muse ni berdekatan dengan Muse Ecopark, memang sesuailah untuk isi perut dulu sebelum lakukan aktiviti extreme. Ia terkenal dengan menu tradisi Roti titab, laksam, sup keting, maggie celup dan. banyak lagi.
Waktu Operasi: 7:30 pagi – 10.00 malam (Setiap hari)
2. Restoran Ikan Bakar Tok Abah 2


Kalau korang peminat ikan bakar, Restoran Ikan Bakar Tok Abah 2 wajib cuba. Ikan bakar ni dipanggang fresh setiap sehari, selain itu terdapat pelbagai jenis lauk serta ulam-ulaman.
Waktu Operasi: Dibuka seawal 9 pagi
3. Kedai Mok Nab



Untuk sarapan pagi, Kedai Mok Nab adalah port terbaik. Kedai tradisional ini menyajikan makanan tempatan seperti nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, roti bakar serta kuih-muih.
Waktu Operasi: 6.45 pagi – 12.30 tengahari (Tutup Jumaat)
4. Restoran Tepi Gua


Restoran ni menyajikan masakan panas sambil melihat keindahan gua disekitarnya. Menu paling famous ikan patin tempoyak claypot.
Waktu Operasi: 2.00 petang – 11.00 malam (Setiap hari)
5. Medan Titiwangsa




Kalau nak santai petang sambil menikmati hidangan, Medan Titiwangsa adalah tempatnya. Dari minuman sejuk hingga snek manis, semuanya ada untuk temani waktu santai korang.
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 11.00 malam (Setiap hari)
6. KB Brewster


Teringin makan ala-ala western? Korang boleh datang ke KB Brewster. Ada chicken chop, spegahti serta pilihan kopi premium. Sesuai untuk lepak santai sambil update Instagram feed korang.
Waktu Operasi: 11.00 pagi – 10.30pm (Setiap hari)
7. Restoran Dalam Taman D’Tasik


Restoran ni dengan reka bentuk klasik ni dengan pelbagai barang antik. Korang boleh pilih nak makan atas meja ataupun bersila. Tempatnya selesa, sesuai untuk bawa keluarga dan rakan kesini.
Waktu Operasi: 12.00 tengahari – 11.00 malam (Tutup Selasa)
Ha… Mana satu tempat yang korang paling suka? Tak sangkan banyak juga kedai makan di Gua Musang ni & check it out aktiviti menarik di Gua Musang.

