Itinerari 3M2H – Railway To See Malaysia, Naik Keretapi Ke Gua Musang, Kelantan!
Bila waktu terakhir korang bercuti di Kelantan? Mungkin ada segelintir yang rasa macam ‘jauhnya’.. letih nak memandu berjam-jam kalau nak kesana. Apa kata korang ubah persepsi sedemikian dengan menaiki keretapi! Sesekali bercuti menaiki keretapi pasti buatkan minda korang lebih tenang dan santai.. Ini kami kongsikan itinerari 3 Malam 2 Hari edisi Railway To See Malaysia terokai keindahan dan keseronakan di Gua Musang, Kelantan!
🗓️ Night 1:
- 9.30 pm: Naik ETS – Berlepas dari KL Sentral ke Gemas (perjalanan sekitar 2jam++)
- 1.20 am: Tukar lane; naik KTM Ekspres Timuran (sleeper train) – Gemas ke Gua Musang (Perjalanan sekitar 6jam 30minit
🗓️ Day 1:
- 7.30 am: Tiba di Gua Musang – ambil kereta sewa – menuju ke Warong Muse
- 8.00 am: Sarapan di Warong Muse
- 9.00 am: Cabar diri dengan cuba Via Ferrata Muse Ecopark – rasanya tak lengkap kalau datang ke Gua Musang tanpa cuba aktiviti lasak ini! Jangan risau sebab ada guide yang akan bantu korang untuk sampai ke atas dan guide sememangnya seorang yang terlatih! Dari nervous auto jadi teruja sebab untuk turun ke bawah korang akan menggunakan Flying Fox dengan ketinggian 40 meter. Berbaloi!
- 12 pm: Makan tengahari di Restoran Ikan Bakar Tok Abah 2 – sajian aneka nasi campur berserta lauk-pauk yang menggiurkan seperti ikan bakar, masak lemak, ulam-ulaman, aneka sambal dan banyak lagi!
- 1.30 pm: Singgah solat di Masjid Buluh – berdekatan dengan Muse Ecopark – Jangan lupa berfoto dengan replika Al-Quran Gergasi yang turut menjadi tarikan terbaharu di Gua Musang!
- 2 pm: Check in di Hotel Mutiara – bersihkan diri – rehat
- 3 pm: Free & Easy // Minum petang
*sederet Hotel Mutiara ada kafe Naskeen Coffee dan kedai snek ringan seperti waffle, jagung cup dll
🗓️ Night 2:
- 8 pm: Makan malam di KB Brewster
- 9.30 pm: Free & Easy
🗓️ Day 2:
- 8 am: Sarapan pagi di Kedai Mok Nab – kedai makan berkonsepkan pembelian tepi tingkap, menawarkan aneka kuih-muih tradisional dan nasi seperti Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan Nasi Minyak Gulai Ayam Kampung.
- 9.30 am: Terokai Taman Etnobotani – ada pelbagai aktiviti menarik yang boleh dicuba seperti menaiki jambatan gantung, Flying Fox, Obstacle, berbasikal dan terdapat juga Mini Waterpark! Selain itu, boleh juga bermesra dengan rusa di Kandang Rusa!
- 12.00 pm: Makan tengahari di Nawan Cafe D’Gua – sajian masakan panas, jangan lupa cuba Nasi Kunyit Daging Rusa!
- 1.00 pm: Explore keindahan Gua Neon – terletak bersebelahan Nawan Cafe D’Gua – antara spot menarik untuk OOTD
- 2.00 pm: Singgah solat di Masjid Razaleigh – antara masjid yang unik di Malaysia kerana menyerupai rekabentuk Masjidil Haram di Arab Saudi sekaligus menjadi mercu tanda di Kelantan.
- 3.00 pm: Santai di Medan Titiwangsa – terdapat banyak kiosk makanan dan minuman dibuka setiap hari – antara menu yang menarik dicuba adalah dessert seperti pizza gebu, aiskrim dan kopi
- 5.00 pm: Pulang ke hotel – mandi – free & easy
🗓️ Night 3:
- 8 pm: Makan malam di Restoran Dalam Taman D’Tasik – menawarkan sajian masakan panas dengan suasana santai di tepi tasik dan turut menyediakan kawasan tempat makan secara bersila yang selesa.
- 10 pm: Pulang ke hotel – kemas barang – rehat seketika
- 12.30 am: Check out dari hotel – menuju ke Stesen KTM Gua Musang – pulangkan kereta sewa
- 1.20 am: Menaiki KTM Ekspres Rakyat Timuran menuju ke Gemas – tukar menaiki ETS dan pulang ke KL Sentral
💸 Anggaran Kos:
- Tiket ETS (KL Sentral-Gemas): RM32/pax – sehala
- Add on Makanan dalam tren ETS – Nasi Beriani & Air Mineral: RM15.40/ 1 set
- Tiket KTM Ekspres Rakyat Timuran (Gemas-Gua Musang): RM34/ sehala (Katil Atas // Katil Bawah: RM40
- Kereta sewa: RM130/1 hari
- Penginapan: RM120/ 1 malam (2pax)
- Via Ferrata: RM50/ 1 pax
- Aktiviti di Taman Etnobotani:
– Mini Waterpark: RM7/ Dewasa | RM5/Kanak-kanak
– Basikal: RM2 / 30 minit
– Flying Fox: RM35/ 1 pax (min 10 pax)
– Obstacle: RM35/ 1 pax (min 10 pax)
– Abseiling: RM25/1 pax (min 10 pax) - Makan: bergantung pada bajet masing-masing
🚇 Tips Naik Kereta Api
- Beli tiket awal – Sebaiknya korang rancang perjalanan dengan teliti, elak beli tiket ‘last minute’ sebab kebiasaannya untuk tiket tren KTM Ekspres Timuran (Sleeper train) cepat ‘Sold Out’ lebih-lebih lagi waktu musim cuti sekolah atau Public Holiday!
- Untuk sleeper train, ada 2 jenis koc iaitu koc jenis duduk atau jenis katil – Kalau jenis katil boleh pilih sama ada nak katil atas atau bawah (harga berbeza).
- Nak mudah, muat turun aplikasi KTMB untuk beli tiket atau korang beli sahaja di kiosk KTMB yang ada di stesen berdekatan
- Oh ya, kalau jenis tak tahan sejuk aircond, disarankan bawa baju tebal (sweater) atau selimut sebab bila tidur dalam tren rasa dingin betul! hehe..
- Sebaiknya tiba di Gemas (dari KL Sentral) – sila check out iaitu ‘scan’ tiket pass korang keluar dari palang ya. Then baru masuk semula guna tiket menuju ke Gua Musang bagi menaiki KTM Ekspres Timuran.. tak boleh suka-suka tukar lane keretapi tanpa ‘check out’ ye!
- Dalam KTM Ekspres Timuran ni ada juga tandas bagi setiap koc. Kafe juga ada incase ada yang lapar tengah malam! hehe..
Tunggu apa lagi? Pakat ajak geng travel korang Railway To See Malaysia ke Gua Musang! Jangan lupa SHARE itinerari ringkas ini dengan yang lain!