Trip Solo ke Osaka – Gadis ini kongsikan itinerari dan kos ke sana
Kebanyakkan orang suka travel secara berkumpulan, namun begitu masih ada yang suka travel secara solo. Eh tak bahaya ke perempuan kalau travel solo ni?
Tak kira samada kita pergi solo atau berkumpulan, benda yang paling penting yang perlu dititik beratkan semasa travel adalah aspek keselamatan. Namun dengan adanya kemudahan dan teknologi sekarang ini, banyak info serta tips boleh didapati dengan mudah, anda hanya perlu buat research yang secukupnya mengenai tempat yang nak dituju tu.
Untuk kali ni kami nak kongsikan detail daripada Yna Aira yang telah travel secara solo ke Osaka, Jepun
Trip solo ke Osaka, Jepun 2/8/2019 – 7/8/2019 (Musim Panas)
Kos
✍️Flight return (KL-KIX) : RM950
✍️Flight return (KTN-KL) : RM 200
✍️Accommodation (Khaosan World Namba) : RM287 (4nights)
✍️SimCard : RM89 (Hello1010 unlimited 8days)
✍️ICOCA card (kad pengangkutan) : RM88 (dalam ada 1500 Yen)
✍️Pass 👉 Kansai Thru Pass 3days: RM 170
👉 JR West Kansai Pass 2 days : RM165
👉 Osaka Amazing Pass 1 day : RM 83
✍️Universal Studio Japan Ticket : RM315
✍️Kaiyukan Aquarium Ticket : 3000yen (tolak pocket money)
✍️Insurance Etiqa : RM62
✍️Duit poket : 35,000 yen = RM 1,381
All in budget 👉 RM3,796
Itinerari
Day 1 : Tiba di KIX Airport 9.45pm (tidur airport)
Day 2 : Himeji & Kobe
👉Himeji Castle
👉Kobe Tower
👉Meriken Park
👉Kobe Harborland
👉Port of Kobe Earthquake
Day 3: Kyoto
👉 Togetsu Bridge
👉 Kimono Forest
👉Tenryuji Temple
👉Arashiyama Bamboo Forest
👉Fushiminari Shrine
Day 4: Osaka
👉Osaka Castle
👉Museum of History
👉Tempozan Ferris Wheel
👉Osaka Kaiyukan Aquarium
👉Santa Maria Cruise Ship
👉Dotonbori
Day 5: Universal Studio Japan
👉Wizard of Harry Potter
👉 Monsters Live Theatre
👉4D Show Sailor Moon
👉The Amazing Spiderman
👉The Space Fantasy Ride
👉Snoopy Ride
Day 6: Kurumon Market, Terbang pulang ke Malaysia
1) Pass KTP & OAP penting sebab unlimited rides utk subway & buses except JR line. Senang kalau sesat, takyah fikir nak kluar duit dah utk pngangkutan. OAP juga cover entrance fee utk certain places (kira dpt msuk free lah).
2) JR pass tu cuma blh guna utk train JR.
3)Musim panas Jepun sgt panas, panaih lit2.
4) Bawak bekalan dri Mlysia, boleh je nak cari restoran halal, tapi kena menapak sikit lah. So, sy prefer beli di Lawson, FamilyMart @ 7e.
5) Pakai kasut yg selesa.. Berjalan kat Jepun 1 hari mmg akan exceed 20,000 steps😂. I pakai Bata je, alhamdulillah tak sakit kaki.
6) Jepun sgt bersih & berdisiplin. So take noted to keep our phones on silent mode dlm train @ public places. No makan sambil berjalan. Sampah kena asingkan ikut jenis.
Ternyata Jepun satu negara yg wajib dilawati. Jepun is awesome👍👍. InshaAllah nak repeat Jepun tapi taknak musim panas😂😂😂
Untuk korang yang plan nak travel ke Osaka tu boleh la ambil info diatas sebagai panduan.
Jangan lupa untuk LIKE Facebook Kaki Travel bagi mendapatkan info yang best-best!
bila awak nak pergi lagi? dulu saya ada pergi bulan 5 ( 2019 ). nak join trip boleh ke lepsa ni habis covid-19
masalah di sini, covid tak tahu abis bila bang, hehehek..