5 Tips Percutian Bajet untuk Korang Melancong
Melancong tidak semestinya memerlukan bajet yang besar. Dengan perancangan yang betul, korang masih boleh menikmati percutian yang menyeronokkan tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Sama ada bercuti dalam Malaysia atau ke luar negara, terdapat beberapa cara mudah untuk menjimatkan perbelanjaan sepanjang perjalanan. Ini 5 tips percutian bajet:
1. Buat Tempahan Awal

Salah satu cara paling berkesan untuk mendapatkan harga yang lebih murah adalah dengan membuat tempahan lebih awal. Tiket penerbangan, penginapan dan pakej pelancongan biasanya menawarkan harga yang lebih rendah apabila ditemah beberapa bulan sebelum tarikh perjalanan.
Selain menjimatkan wang, tempahan awal juga memberi lebih banyak pilihan dari segi lokasi penginapan dan jadual perjalanan yang sesuai dengan keperluan korang. Nak lagi best? Pergi ke Mattar Fair, sebab banyaklah diskaun yang korang boleh dapat!
2. Elakkan Bercuti Ketika Musim Cuti Sekolah dan Perayaan

Harga tiket penerbangan, hotel dan tarikan pelancongan selalunya meningkat apabila tiba musim cuti sekolah, cuti umum atau perayaan. Permintaan yang tinggi menyebabkan kos perjalanan menjadi lebih mahal berbanding hari biasa.
Jika mempunyai jadual yang fleksibel, cuba rancang percutian pada waktu luar musim (off-peak season). Selain harga yang lebih murah, destinasi pilihan juga kurang sesak dan lebih selesa untuk diterokai.
3. Gunakan Aplikasi Tempahan

Kini terdapat pelbagai aplikasi tempahan yang membolehkan korang membandingkan harga penginapan dan penerbangan dengan mudah. Banyak platform menawarkan promosi eksklusif, kod diskaun dan ganjaran yang boleh membantu mengurangkan kos percutian.
Sebelum membuat tempahan, bandingkan beberapa pilihan dan baca ulasan daripada pengunjung/pengguna terdahulu. Langkah ini bukan sahaja membantu menjimatkan wang, malah memastikan korang mendapat percutian yang selesa dan berbaloi.
4. Pilih Destinasi Mengikut Kemampuan Bajet

Tidak semua destinasi memerlukan perbelanjaan yang sama. Sebelum merancang perjalanan, tetapkan bajet terlebih dahulu dan pilih destinasi yang sesuai dengan kemampuan kewangan korang.
Sebagai contoh, terdapat banyak lokasi menarik di Malaysia yang menawarkan pengalaman percutian hebat dengan kos yang lebih rendah berbanding destinasi luar negara. Dengan perancangan yang bijak, korang masih boleh menikmati pengalaman baharu tanpa perlu membebankan kewangan.
5. Gunakan Pengangkutan yang Sesuai

Kos pengangkutan merupakan antara perbelanjaan terbesar ketika bercuti. Oleh itu, penting untuk memilih kaedah pengangkutan yang paling sesuai dengan bajet dan keperluan perjalanan.
Dalam keadaan harga minyak dunia yang tidak menentu, kos perjalanan menggunakan kenderaan persendirian boleh meningkat dengan ketara. Korang boleh mempertimbangkan penggunaan pengangkutan awam seperti bas, tren atau perkhidmatan perkongsian kenderaan untuk mengurangkan perbelanjaan.
Selain lebih menjimatkan, penggunaan pengangkutan awam juga dapat mengurangkan tekanan memandu dan memudahkan perjalanan di kawasan yang sesak.
Percutian bajet bukan bermaksud mengorbankan keseronokan tau tapi untuk save your pocket! Yang penting, kita, family dan kawan-kawan enjoy sepanjang percutian tu. Ala dalam Malaysia pun syok apa… ini antara tempat yang korang boleh pergi di Malaysia.

