KL Tower: Port Best Tengok View Kuala Lumpur Dari Atas!


Kalau korang tengah cari tempat best nak tengok view Kuala Lumpur dari ketinggian 421 meter, memang wajib datang ke KL Tower. Menara ikonik ni bukan je terkenal dengan pemandangan bandar yang cantik, tapi ada banyak tarikan menarik dalam satu tempat!

Ini antara aktiviti yang korang boleh buat: 

Glass Box

Antara spot paling viral dekat KL Tower mestilah Glass Box. Korang boleh masuk ke ruang kaca transparent sambil menikmati view bandar Kuala Lumpur dari atas!

Lagi menarik, korang juga boleh duduk atas lantai kaca sambil tengok terus pemandangan bawah. Memang rasa berdebar tapi pada masa sama puas hati sebab view dia cantik gila.

Dari sini korang boleh nampak bangunan terkenal seperti Merdeka 118 dengan lebih jelas.

Sky Terrace

Kalau korang suka suasana open air, boleh naik ke Sky Terrace. Dekat sini ada kawasan outdoor untuk tengok panorama seluruh Kuala Lumpur tanpa halangan.

Waktu petang atau malam memang cantik sebab korang boleh tengok kesibukan ibu kota, dengan lampu bandar yang meriah dari atas.

Observation Deck

Selain tu, KL Tower juga ada Observation Deck. Dari sini korang boleh nampak bangunan ikonik seperti Petronas Twin Towers dengan view yang sangat cantik. Tersedia juga teleskop untuk korang zoom dan tengok pemandangan dengan lebih dekat. Boleh cuba zoom rumah crush, eh… eh! 

Orbit Revolving Restaurant

Bukan setakat tempat viewing, dalam KL Tower ni pun ada restoran buffet yang terkenal iaitu ORBIT Revolving Dining.

Restoran ni menawarkan pelbagai jenis hidangan termasuk main course, seafood, dessert dan macam-macam lagi. Pilihan makanan pun banyak dengan cita rasa berbeza.

Yang paling menarik, korang boleh makan sambil restoran ni berpusing 360 darjah dengan view seluruh Kuala Lumpur. Memang unik dan rare!

Ruang makan dia pun luas serta selesa, sesuai untuk dinner dengan family, kawan ataupun sambutan special occasion.

Kedai Cenderamata

Lepas puas jalan-jalan, korang juga boleh singgah dekat kedai cenderamata dalam KL Tower ni. Banyak souvenir menarik yang boleh dibeli untuk kenangan ataupun hadiah.

📍 KL Tower

🕘 9 pagi – 10 malam (Buka setiap hari) 

Kalau korang nak experience tengok view Kuala Lumpur dari tempat tinggi sambil buat macam-macam aktiviti menarik, memang KL Tower antara lokasi yang wajib masuk dalam checklist!

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *